RANCANGAN TERBITAN INDONESIA TAK AKAN DISIARKAN LAGI DI RTM

KUALA LUMPUR 29 April – Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Heng Seai Kie memberitahu Dewan Negara hari ini bahawa RTM tidak lagi menyiarkan rancangan terbitan dari Indonesia.

"Di TV2, lapan telemovie tempatan disiarkan seminggu sebanyak 5.4 peratus, ia juga disiarkan secara mingguan di TV2 yang merangkumi satu cereka Tamil, satu cereka Cina, satu cereka Hindi, tiga cereka Inggeris dan tiga cereka bahasa Malaysia tempatan, dengan jumlah masa siaran sebanyak 12.8 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan bahawa rancangan Tamil dan Cina di RTM adalah kurang berbanding rancangan terbitan Indonesia.

Rancangan Tamil dan Cina di RTM adalah berjumlah 28 peratus, katanya semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Parlimen di sini.

“Bagi bicarawara pula, jumlah masa siaran di TV1 ialah 20 peratus seminggu di TV1 dan di TV2, bicarawara adalah termasuk bicarawara Mandarin dan Tamil berjumlah sebanyak 3.6 peratus masa siaran,” katanya.

Beliau juga berkata, Berita Bahasa Inggeris, Tamil dan Mandarin hanya disiarkan di TV2 dan jumlah masa siaran adalah sebanyak 10 peratus. – Bernama

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Penaja

insan yang cintakan ilmu

Pengikut