Memaparkan catatan dengan label Nasional. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nasional. Papar semua catatan

GEREJA DI SARAWAK ANJUR MAJLIS BERBUKA PUASA UNTUK ORANG ISLAM

 
GEREJA St Joseph’s Christian Parish Centre di Kuching, Sarawak yang menjemput para penganutnya untuk sama-sama berbuka puasa dengan umat Islam dalam gereja telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen seluruh negara.
Gambar dalam gereja itu yang dihadiri penganut Kristian dan umat Islam telah dirakam dan dimuat naik oleh 'Colin Wei' dalam Facebook 'Sarawak Edition' sejak Jumaat lalu.
Menurut China Press, dalam tempoh tiga hari itu, ia telah mendapat 10,000 'like' daripada netizen yang meninggalkan komen berbentuk pujian dan tidak kurang pula yang mempertikaikan majlis berkenaan.
Kata akhbar ini, semangat toleransi keharmonian dan perpaduan pelbagai kaum dan agama di Sarawak telah menerima pujian daripada netizen, terutama sekali daripada rakyat Sarawak sendiri.
Seorang netizen, 'Ryan Yap' berkata, "Rakyat Sarawak lebih bijak, tidak seperti rakyat Semenanjung..."
Seorang lagi netizen, 'Aron Reed' pula berkata,"Itulah sebab kenapa saya hormati Sarawak. Di sini tidak ada sentimen perkauman."
Sebaliknya gambar ini tidak pula disenangi oleh sebahagian umat Islam yang menyifatkan amalan ini tidak seharusnya berlaku.

'TUHAN' KERAJAAN LANGIT MENINGGAL DUNIA


Isteri keduanya, Jaharah Awang,56, berkata, suaminya meninggal dunia akibat sakit tua di rumah isteri keempatnya di bekas perkampungan itu.
Menurutnya, suaminya uzur sejak tiga tahun lalu selepas diserang angin ahmar dan keadaan bertambah buruk sejak tiga hari lalu.
"Arwah pulang ke sini tiga hari lalu dan dalam keadaan kritikal sebelum menghembuskan nafas terakhir di samping tiga isterinya," katanya ketika ditemui di bekas perkampungan 'kerajaan  langit' selepas selesai upacara pengebumian  jenazah Ariffin jam 10 pagi ini.
Menurut Jaharah, jenazah  suaminya dikebumikan bermula jam 9 pagi ini berdekatan rumahnya yang turut menempatkan beberapa kubur lain termasuk kubur isteri pertamanya.
Katanya, upacara pengebumian dilakukan mengikuti amalan agama Islam.
"Kami beragama Islam sudah tentunya kami buat ikut Islam," katanya yang berharap selepas ini tidak ada pihak lagi mengaitkan keluarga mereka dan arwah suaminya dengan ajaran sesat dan sebagainya.
Ariffin meninggalkan tiga isteri dan 21 anak hasil perkongsian hidup dengan empat isteri.
Sinar Harian mendapati beberapa kakitangan Pejabat Agama Daerah dan polis turut kelihatan ketika upacara pengebumian.
Saudara mara dan sahabat handal arwah juga turut memenuhi kawasan perkuburan tersebut.

    BN MENANG TIPIS DI TERENGGANU,KEKAL MEMERINTAH

    BN MENANG TIPIS DI TERENGGANU,KEKAL MEMERINTAH

    KUALA TERENGGANU: Barisan Nasional (BN) Terengganu sekali lagi mempertahankan negeri itu daripada jatuh ke tangan pembangkang apabila menang tipis 17 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Ahmad Said yang juga Menteri Besar, mempertahankan DUN Kijal dengan majoriti 4,204 undi. Pada sidang media di Kemaman, Ahmad Said berkata, BN bekerja keras untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat Terengganu, namun masih ada penduduk, khususnya pengundi bandar dan pinggir bandar, terus menyokong pembangkang. "PRU13 ini turut menyaksikan pengundi Cina menolak BN. Kerajaan BN Terengganu sudah melakukan yang terbaik... BN akan membuat post mortem dalam masa terdekat. "Meskipun rakyat di kawasan bandar menerima pelbagai pembangunan daripada kerajaan, namun mereka masih berpihak kepada pembangkang, berbeza dengan penduduk kawasan luar bandar yang majoritinya menyokong BN," katanya

    Akad nikah di masjid didakwa amalan Kristian

    KANGAR - Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang daripada amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.

    Beliau berkata, Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.

    Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun, ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.

    AHMAD SAID BAGI TANAH DAN WANG BUAT WIRA TERENGGANU

    AHMAD SAID BAGI TANAH DAN WANG BUAT WIRA TERENGGANU


    PARA pemain skuad bola sepak negara dijanjikan hadiah lumayan selepas memenangi Piala Suzuki AFF 2010, Rabu lalu.


    ENAM anak Terengganu yang membantu skuad kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 baru-baru ini bakal memperoleh habuan lumayan daripada kerajaan negeri.

    Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said ketika mengumumkan perkara itu berkata, setiap daripada pemain itu akan menerima hadiah berupa sebidang tanah selain wang tunai sebanyak RM5,000.

    Menurutnya, pemberian itu merupakan tanda penghargaan daripada kerajaan negeri di atas kesungguhan anak-anak kelahiran Terengganu yang berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.

    Katanya, pemain-pemain yang akan menerima hadiah tersebut ialah Mohd. Ashari Shamsuddin dan Mohd. Sharbinee Alawee yang kini mewakili skuad Terengganu serta Norshahrul Idlan Talaha dari skuad Kelantan.

    Tiga lagi pemain lain ialah dari skuad Harimau Muda A iaitu Mohd. Muslim Ahmad, Mohd. Faizal Muhammad dan Izzaq Faris Ramlan.

    “Saya cukup terharu dan bangga dengan kejayaan kita menjuarai Piala Suzuki selepas menanti selama 14 tahun. Kita masih mampu menjaringkan gol sekali pun beraksi di hadapan ribuan penyokong Indonesia dan ia adalah satu kejayaan penuh bersejarah.

    “Apa yang pasti, kejayaan ini turut melibatkan enam anak Terengganu dan kita (kerajaan negeri) telah bersetuju untuk memberi hadiah berupa sebidang tanah untuk tapak rumah dan wang tunai sebanyak RM5,000 kepada mereka,” katanya ketika ditemui semalam.

    Menurut Ahmad lagi, pemberian sebidang tanah itu akan ditentukan mengikut daerah masing-masing dan majlis penyerahannya akan dilakukan dalam masa terdekat.

    “Kalau pemain itu berasal dari Kuala Terengganu, maka kita akan carikan sebidang tanah di Kuala Terengganu. Begitu juga kalau dia berasal dari Dungun ataupun dari daerah-daerah lain.

    “Kita lakukan semua ini kerana mahu menghargai jasa mereka pada ketika Terengganu kini merupakan antara kuasa utama sukan di Malaysia,” jelasnya lagi.

    Rabu lalu, skuad kebangsaan yang dikemudi jurulatih K. Rajagobal mengakhiri kemarau 14 tahun dengan menjuarai juara Piala Suzuki 2010 selepas menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir dengan agregat 4-2.

    PELAJAR CIPTA KERETA LUMBA TERBUANG

    PELAJAR CIPTA KERETA LUMBA TERBUANG

    BESUT - Walaupun tidak mempunyai pengetahuan mendalam mengenai bidang automotif, lapan pelajar dari Kelab Rekacipta dan Inovasi, Institut Kemahiran Mara (IKM) Besut, berjaya mencipta sebuah kereta lumba diberi nama BIRT 1.

    BIRT 1 yang dibina menggunakan bahan logam buangan itu digerakkan dengan enjin motosikal yang mempunyai 135 kuasa kuda. Kosnya sebanyak RM10,000 adalah hasil tajaan beberapa syarikat swasta di daerah ini.

    Pengarah IKM Besut, Mohd. Zaid Haron berkata, usaha mencipta kereta lumba itu merupakan inisiatif kali pertama pelajar institut itu sejak ia dibuka pada tahun 80-an.

    "Yang menakjubkan ialah kemampuan lapan pelajar dari pelbagai kursus dan kejayaan mereka membina kereta lumba itu amat dipuji kerana kita tidak menyediakan kursus bidang automatif kepada pelajar," katanya.

    Rekaan itu menyertai Program Varsiti Race yang diadakan di Litar Batu Gajah, Melaka, pada bulan lepas.

    "Walaupun tidak berjaya memperoleh sebarang tempat, ia menjadi pembuka jalan kepada pelajar untuk terus memperbaiki mutu hasil ciptaan mereka di masa depan," katanya. - Bernam
    LANTAI KELAS RUNTUH,KONTRAKTOR HANYA  SIMEN DI ATAS LANTAI KAYU LAMA,HAIRAN MACAMANA BOLEH LULUS?SPRM KENA TURUN PADANG

    LANTAI KELAS RUNTUH,KONTRAKTOR HANYA SIMEN DI ATAS LANTAI KAYU LAMA,HAIRAN MACAMANA BOLEH LULUS?SPRM KENA TURUN PADANG

    Kelmarin,Negara dikejutkan dengan kejadian lantai sekolah runtuh yang mengakibatkan berapa guru dan murid tercedera ,ada yang parah.Kejadian itu berlaku di Sekolah Kebangsaan Guntung,Alor Setar Kedah.Pada masa kejadian sesi pembelajaran kelas agama islam sedang dijalankan.

    Bangunan kelas tersebut sudah pun berusia 50 tahun,maklumlah sudah 50 tahun sudah tentunya struktur bangunannya sudah uzur.Bangunan tersebut telah mengalami pengubahsuian 3 tahun lalu.Menurut jurucakap Jabatan Kerja Raya(JKR) Kedah berkata,runtuhan tersebut bukan disebabkan mendapan tanah,tapi mungkin strukturnya bermasalah.ia sedang diteliti.

    "Saya dimaklumkan proses pengubahsuian ini bangunan lama itu tidak mengikut penguatkuasaan JKR".Kata jurucakap tersebut.

    Tapi bila di fikirkan balik kenyataan pihak JKR terbabit,Pihak JKR tidak buat pemantauan ke semasa kerja pengubahsuian bangunan itu dilakukan?Pihak kontraktor hanya menyimen di atas papan lantai yang sudah tidak kukuh strukturnya,biasalah kontraktor,mahu untung!!.

    Mungkin SPRM juga kena turun padang untuk menyelesaikan kes ini, demi keselamatan anak bangsa.
    PUAKA TAMAN REKREASI ARUS DERAS SEDIM

    PUAKA TAMAN REKREASI ARUS DERAS SEDIM


    SEDIM - Kawasan Taman Rekreasi Arus Deras Sedim yang mengakibatkan enam maut sepanjang 2005 dikatakan berpuaka oleh sesetengah penduduk berhampiran kerana ada dalam kalangan mereka ternampak lembaga dan bunyi misteri hampir setiap malam.

    Kelmarin, mayat seorang lelaki berusia 27, Mohd Eizzat Abd Halim ditemui di celah batu kira-kira jam 6.40 petang setelah hampir empat hari operasi mencari mayatnya gagal.

    Penduduk Kampung Ulu Riau, Kamarudin Hussein berkata, sebelum mangsa hanyut, temannya yang turut memancing di sekitar kawasan di mana mayat mangsa ditemui terdengar bunyi misteri.

    “Sebelum mangsa, Mohd Eizzat Abd Halim ditemui mati lemas, rakan saya ada memancing di sekitar kawasan lubuk itu dan dia terdengar bunyi batu seakan berlaga dengan kuat. Berikutan itu kawan saya meninggalkan lubuk berkenaan.

    " Selain itu, saya juga pernah berjumpa dengan wanita sedang mandi di kawasan lubuk di sekitar kawasan ini. Selalunya kejadian misteri berlaku di sekitar jam 5.30 petang sehingga lewat malam,” katanya.

    Sementara itu, Aziz Ibrahim dari Kampung Sungai Buluh berkata, dia pernah terjumpa dengan beberapa pasangan yang sedang mandi di sekitar kawasan lubuk. Tiba-tiba salah seorang daripada pasangan itu mula menunjukkan reaksi aneh dan penduduk kampung terpaksa memanggil bomoh untuk memulihkan pasangan terbabit.

    Selain itu, peristiwa di mana seorang pelajar yang sudah mandi dan kemudiannya naik ke tebing, secara tiba-tiba terjun semula ke dalam air seakan-akan dipanggil oleh seseorang. Bagaimanapun mangsa berjaya diselamatkan apabila tangannya ditarik penduduk kampung.

    “Banyak perkara misteri yang berlaku di sekitar Sedim. Saya pernah memancing di Lubuk Kawah kira-kira jam 11 malam dan ternampak seperti kain putih hanyut dan tiba-tiba lampu yang kami bawa padam. Selain itu, ada juga pelajar yang datang dari luar memancing di lubuk itu dan ternampak rambut panjang timbul dari air.

    "Saya tidak menafikan, memang berlaku kejadian misteri di sini, dan kebanyakan mereka yang terkena terdiri dari orang luar dari kawasan ini,” katanya.

    Penguat kuasa Agama Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK), Zainol Chin berkata, beliau pernah memulihkan semangat remaja perempuan yang dirasuk berhampiran kawasan lubuk Siku.

    Menurutnya, remaja itu seakan berbual dengan seseorang tetapi tidak dapat dilihat. Beliau yang curiga dengan perlakuan remaja itu mendekatinya dan bertanya dengan siapa dia sedang bercakap dan bersalam. Setelah dimandikan di tepi lubuk itu, tiba-tiba mangsa melambai tangan ke arah seberang sungai lalu pengsan.

    “Ketika itu saya bersama beberapa petugas lain ditugaskan untuk menjaga beberapa kumpulan remaja yang datang untuk berkhemah di sekitar kawasan arus deras. Tiba-tiba salah seorang daripada mereka berjalan dengan cepat ke arah air. Apabila saya tanya dia bercakap dengan siapa, mangsa berkata, ada sekumpulan puteri menantinya di seberang sungai dan sebelum itu dia sudah dijamu dengan buah-buahan di ladang yang luas,” katanya.
    iPHONE 4 BAKAL LAHIRKAN iPORN UNTUK REMAJA

    iPHONE 4 BAKAL LAHIRKAN iPORN UNTUK REMAJA



    Jakarta - FaceTime merupakan salah satu fitur unggulan di iPhone 4 yang paling dinanti pengguna. Hanya saja, kecanggihan teknologi ini dimanfaatkan penggiat industri porno untuk membuat layanan video iPorn.

    Dengan memanfaatkan fitur percakapan video milik iPhone 4 tersebut, penggiat industri porno mengaku telah menyiapkan sejumlah model panas untuk memberikan layanan melaui video chat kepada pengguna.

    "Kami telah menyiapkan ini sejak iPhone 4 dilancarkan," ujar jurucakap perusahaan Pink Visual, Quentin Boyer yang menerbitkan filem porno. "Kami hanya memberikan apa yang pelanggan inginkan," kilahnya.

    Apple memang telah lama mendeklarasikan produknya bebas porno dengan cara menghalang pengguna untuk memuatturun aplikasi porno. Namun para penggiat industri porno akan terus mencari jalan untuk mengedarkannya (video porno)demi keuntungan.Hanya satu klik gambar menghairahkan akan terpapar.

    "Handphone dilengkapi dengan web browser dan Apple tidak dapat menghentikan orang untuk berkunjung ke web dewasa," tegas Boyer. Meski kehadiran layanan kontroversi menuai protes, namun tetap saja ada pemilik iPhone yang justru menyambut baik layanan sebegitu.

    "Saya bosan, tidak boleh tidur dan ingin 'bermain'. Saya punya iPhone 4 dan sedang berfikir untuk melakukannya dengan FaceTime," tulis sebuah pengguna di
    laman web pencari Craiglist. Sementara Brian Stone, pemuda 23 tahun mengatakan bahwa tidak ada alasan bagi Apple untuk memblok konten porno dari Handphonenya..

    RM 100 JUTA UNTUK PROJEK BEBAS CUKAI TASIK KENYIR TERENGGANU

    RM 100 JUTA UNTUK PROJEK BEBAS CUKAI TASIK KENYIR TERENGGANU



    KUALA TERENGGANU – Tasik Kenyir yang memiliki kira-kira 340 buah pulau bakal berubah wajah selepas Kementerian Kewangan meluluskan permohonan kerajaan negeri untuk menjadinya kawasan bebas cukai menjelang tahun 2012.

    Perkara itu disahkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang mengakui telah menerima surat kelulusan daripada Kementerian Kewangan secara rasmi selepas empat bulan membuat permohonan.

    Justeru katanya, Tasik Kenyir yang dikenali sebagai tasik terbesar yang pernah dibina oleh manusia akan dibangunkan sebagai sebuah kawasan baru lengkap dengan pelbagai kemudahan dan pembangunan.

    “Ia termasuklah pembinaan kompleks bebas cukai, taman tema, premis kediaman dan rumah kedai membabitkan kos kira-kira RM100 juta,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco di sini semalam.

    Penaja

    insan yang cintakan ilmu

    Pengikut