RINGKAS

HUKUMAN AMAH INDONESIA CULIK ANAK MAJIKAN DI TAMBAH 2 TAHUN/RANGKA MANUSIA TERTUA DITEMUI DI KUALA TERENGGANU/BAYI 5 BULAN DILIWAT BAPA SENDIRI DITAHAN REMAN

Sabtu, 2010 Februari 06

Rangka Manusia Zaman Mesolitik Ditemui Di Gua Bewah HULU TERENGGANU

BAYI LIMA BULAN MATI DILIWAT,IBU BAPA DIREMAN

PETALING JAYA 6 Feb. – Seorang bayi lelaki berusia lima bulan mati dipercayai akibat didera dan diliwat.

Sehubungan itu, sepasang suami isteri ditahan di tanah perkuburan Islam di Sungai Buloh sebaik selepas pengkebumian bayi pertama mereka itu Isnin lepas, kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed.

Beliau berkata, bayi itu dibawa ke Hospital Sungai Buloh oleh pasangan yang masing-masing berusia 33 dan 19 tahun itu pada malam 31 Januari lalu kerana mendakwa bayi mereka tidak sihat.

"Menurut ibu bayi itu, anaknya masih hidup ketika mereka tiba di hospital tetapi doktor yang memeriksanya mengesahkan bayi itu telah mati.

"Bedah siasat dijalankan sejurus selepas itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis polis bersama masyarakat di Subang Perdana di sini, hari ini.

Beliau berkata, ibu berusia 19 tahun itu membuat laporan polis mengenai kematian bayinya di bit polis Hospital Sungai Buloh.

Arjunaidi berkata, siasatan lanjut polis mendapati bayi itu mempunyai kesan luka di seluruh badan dan dia turut diliwat.

Pasangan dari Sungai Buloh itu direman sehingga 1

Khamis, 2010 Februari 04

FAKTA BUNGA KEMBOJA:BUNGA PERTAMA DICATAT PADA 1522


Ada lebih daripada 300 jenis bunga kemboja atau juga dikenali sebagai plumeria.Ia asalnya dieja sebagai Plumiera yang diberikan sempena memperingati pakar botani Perancis abad ke 17,Charles Plumier,yang banyak mengembara untuk merekodkan spesis tumbuhan dan haiwan.

Namun menurut pengarang ,Peter Loewer menerusi tulisannya ,The Evening Garden:Flouwer and Fragrance from dusk Till Dawn ,Plumier bukannlah orang pertama yang menceritakan perihal bunga berkenaan.Sebaliknya orang pertama yang dikatakan harus menerima penghargaan itu adalah seorang Paderi Sepanyol ,Francisco de Mendoza,yang memperkatakan mengenai bunga terbabit pada 1522.

Nama lain bagi bunga Kemboja ialah biasa disebut ialah Frangipani datangnya daripada seorang keluarga bangsawan Itali ,Marquis Frangipani pada abad ke 16 yang mencipta minyak wangi berbau kemboja.

Pohon Kemboja tersebar ke merata kawasan tropika didunia termasuk Amerika Tengah,Mexico Colombia dan venezuela.Dalam budaya Poly nesia moden ,bunga kemboja juga dipakai ditelinga kanan,ini bermakna wanita itu mencari pasangan manakala di telinga kiri bermakna sudah berpunya.

Bunga Kemboja sukar ditemui di china justeru lebih berharga daripada Orkid.Jika diberi bunga kemboja kepada seseorang orang itu akan menjadi penerima yang istimewa.

Rabu, 2010 Februari 03

TINDAKAN APABILA ENJIN TIBA-TIBA MATI

Panduan pemeriksaan berikut mungkin boleh anda lakukan ketika berhadapan masalah itu.Lakukan pemeriksaan berikut mengikut urutan.

# Periksa air bateri.Pastikan air bateri mencukupi paras airnya mesti merendam keseluruhan plat bateri.

# Periksa kepala bateri ,Pastikan tidak berkarat atau mempunyai keladak putih dan ketat.

# Periksa air radiator ,jika kering tambahkan

# Periksa palam pencucuh jika terdapat kesan minyak.Bersihkan.Tukar dengan palam pencucuh sekiranya ia terlalu kotor atau lama tidak menukarnya.(tukar setiap 40,000 KM).

# Periksa coil Biasanya apabila ia panas ,ia menjadi punca kenderaan sukar dihidupkan.Puncanya dalam keadaan normal coil mesti sejuk.

# Tunggu sehingga sejuk dan hidupkan kereta.Jika boleh dihidupkan pergi ke bengkel terdekat.Tukar kepada yang baru.

# Jika selepas menukar coil masih sukar dihidupkan ia bermakna berlaku kerosakan pada bahagian kondenser.

# Jika ketika kenderaan dihidupkan ia tersengguk-sengguk kemungkinan besar masalah berkenaan berpunca daripada penapis minyak yang tersumbar



#

GIGI USIA 100,000 TAHUN DIJUMPAI

WARSAW - Sekumpulan saintis Poland kelmarin menyatakan mereka menemui tiga batang gigi manusia purba Neanderthal yang tinggal hidup 80,000 hingga 100,000 tahun lalu.




GAMBAR salah satu batang gigi manusia Neanderthal yang ditemui di sebuah gua di Poland.

Menurut seorang arkeologi dari Universiti Szczecin, Mikolaj Urbanowski, sebelum ini artifak manusia zaman itu telah ditemui di Poland tetapi gigi tersebut ditemui buat kali pertama di negara berkenaan.

Urbanowski berkata, gigi itu ditemui di Gua Stajnia bersama peralatan batu api dan tulang gajah gergasi serta badak yang hidup pada zaman Ais.

Dia berkata, beberapa penyelidik turut menemui tukul yang diperbuat daripada tanduk rusa dan tulang beruang gua yang menunjukkan haiwan tersebut dimakan oleh penduduk zaman itu.

"Beruang gua itu besar dan merupakan haiwan yang berbahaya dan ia sekali gus menyokong dakwaan bahawa manusia purba tersebut merupakan pemburu yang cekap," katanya. - AP

Sabtu, 2010 Januari 30

BEBANAN TUGAS GURU SEMAKIN BERAT,SEGERAKAN PENEMPATAN PEMBANTU GURU DISEKOLAH


TIBA-TIBA timbul isu jawatan pembantu guru berikutan beberapa kemalangan maut yang menimpa pelajar ketika melakukan aktiviti di luar sekolah.


URUS PENDAFTARAN...guru perlu menguruskan sesi pendaftaran dan pembayaran yuran pelajar selain menjadi pendidik. TIBA-TIBA timbul isu jawatan pembantu guru berikutan beberapa kemalangan maut yang menimpa pelajar ketika melakukan aktiviti di luar sekolah. Terbaru, enam pelajar sekolah menengah termasuk seorang guru di Pulau Pinang maut selepas bot naga yang mereka gunakan untuk latihan mendayung terbalik selepas dipukul ombak besar Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mahu jawatan itu diwujudkan bagi melakukan tugas pengkeranian termasuk mengisi borang dan mengiring murid sama ada untuk acara sukan atau klinik. Dengan nisbah seorang pembantu guru bagi setiap 500 murid, guru dapat bebas daripada beban tidak perlu dan menumpu kepada tugas mengajar.


Ini kerana guru dikekang dengan pelbagai kerja pengkeranian dan tugas remeh yang mengambil banyak masa mereka selain mengajar.


Masalahnya, perlukah jawatan pembantu guru di sekolah diwujudkan? Bagaimana dengan kos untuk jawatan itu, mampukah kementerian atau sekolah membiayainya kerana guru pembantu dianggap profesional? Seorang guru pembantu perlu mempunyai kemahiran memberi rawatan kecemasan, berenang atau menguruskan murid? Guru yang hanya mahu dikenali sebagai Shima, 40, berkata pembantu guru sangat diperlukan terutama menguruskan hal pengkeranian di sekolah.


Menurutnya, masyarakat mungkin menganggap tugas guru ini senang dan hanya mengajar beberapa jam sehari.


"Hakikatnya, guru bukan hanya sekadar mengajar, tapi bertanggungjawab menguruskan pelbagai hal termasuk kerja pengkeranian dan keceriaan sekolah.


"Beban kerja yang bertambah menyebabkan kami selalu pulang lewat ke rumah.


"Selain melakukan kerja di rumah termasuk melayan anak-anak dan suami, terpaksa pula memeriksa buku murid kerana tiada masa berbuat demikian di sekolah," katanya.


Katanya, jika ada guru pembantu, mereka boleh menguruskan pembayaran yuran dan membimbing pelajar dalam persatuan.


"Kadangkala, guru sendiri terpaksa mengeluarkan duit membeli kelengkapan selain mengambil masa pembelajaran bagi menyelesaikan urusan pelajar," katanya.


Dia yang 13 tahun menjadi pengajar mengakui tugas guru membeban dan mencabar kerana melakukan pelbagai tugas yang kadangkala remeh temeh.


"Jika ada sebarang acara seperti sukan, pertandingan, aktiviti kokurikulum, guru akan mengendalikannya. Kerja menceriakan sekolah, melukis mural, menanam bunga termasuklah membeli bunga juga dilakukan guru.


"Kadangkala kami hanya ada masa 20 minit berehat. Itu belum termasuk masalah yang perlu dikendalikan membabitkan ibu bapa pelajar," katanya.


Menurutnya, bagi guru yang menjadi guru kelas kepada pelajar tingkatan tiga dan lima, kerja pengurusan lebih rumit dan meletihkan.


"Bermula dari awal tahun, guru sibuk menguruskan borang yang perlu diisi untuk Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SMP).


"Ia belum disertakan dengan peperiksaan lain yang harus pelajar hadapi.


"Guru dibebani dengan pelbagai tugasan yang remeh sehingga mereka tidak boleh fokus untuk mengajar," katanya.


Justeru, Shima mengakui, pembantu guru adalah sangat diperlukan dan ia perlu disegerakan.


Sementara itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Dr Mohd Ali Hassan, berkata keperluan terhadap pembantu guru amat mendesak berikutan nisbah guru dan pelajar jauh berbeza.


"Kini, beban guru lebih berat kerana mereka perlu menguruskan pelbagai hal termasuk menyelia, mengurus dan mengiringi pelajar membabitkan kokurikulum," katanya.


Mohd Ali bersetuju dengan cadangan memperkenalkan pembantu guru itu, tetapi ia harus dihalusi sebelum pelaksanaannya.


"Pembantu guru diperkenalkan bagi membantu meringankan beban guru terutama berkaitan pengurusan.


"Tetapi, skop kerja, ruang kerjaya dan tangga gaji pembantu guru itu perlu ada garis panduan.


"Kita tidak mahu pembantu guru kekal di takuk itu tanpa kenaikan gaji atau pangkat," katanya.


Selain itu, katanya, pembantu guru juga perlu mendapatkan latihan dan pendedahan yang baik dan bukan hanya sekadar melakukan kerja pengurusan pelajar," katanya.


Katanya, pembantu guru bukan sekadar menjadi pengiring pelajar dalam aktiviti luar, tetapi perlu mempunyai kemahiran merawat jika berlaku kecemasan, berenang atau kebolehan mengawal pelajar dalam jumlah yang banyak.


Beliau tidak menolak kemungkinan, ibu bapa kini takut untuk membenarkan anak mereka melakukan aktiviti luar selepas beberapa kejadian yang berlaku membabitkan kehilangan nyawa.


"Harapan kita dengan adanya pembantu guru, ibu bapa lebih yakin untuk membenarkan anak mereka mengambil bahagian dalam aktiviti di luar sekolah.


"Sekolah juga perlu bertanggung jawab dan jangan lepas tangan jika mengambil bahagian dalam aktiviti luar," katanya.

Jumaat, 2010 Januari 29

ASAL-USUL NAMA TERENGGANU

Setakat ini terdapat beberapa cerita yang dikaitkan dengan nama negeri Terengganu. Nama Terengganu itu dikaitkan dengan " Terangnya ganu ", " Taring anu ", dan " Terangan nu ". Kisah asal nama Terengganu ini melibatkan penduduk luar Terengganu ( Kelantan dan Pahang ) dan juga dari penduduk Terengganu sendiri. " Terangnya ganu " ini dikaitkan pula dengan peristiwa beberapa orang pelajar Kelantan tiba di Kuala yang kini dipanggil Kuala Terengganu melihat pelangi di langit. Mereka pun menyatakan " Terang sungguh ganu di sini ". Apabila pulang ke Kelantan mereka menyatakan di negeri jiran sungguh "terang ganunya ".

Sementara itu " Taring anu " dikatakan berasal daripada cerita yang dikisahkan oleh Sultan Terengganu yang kesembilan, Baginda Omar ( 1839 – 1876 ). Sebelum wujud nama negeri Terengganu, satu rombongan Pahang telah datang memburu di kawasan hulu. Apabila mereka tiba di satu tempat ( kini dikenali dengan Sungai Terengganu Mati ), salah seorang daripada rombongan itu berjumpa sebatang taring. Beliau pun bertanya kepada temannya, taring apa? Salah seorang daripadanya menyatakan – "Taring anu " kerana ia tidak dapat mengingatkan nama taring tersebut. Tidak lama kemudian, di antara mereka di dalam rombongan ini dapat memburu seekor rusa. Apabila dibawa pulang ke tempat mereka berkhemah, salah seorang daripada mereka bertanya tempat rusa itu diburu. Mereka yang berkenaan menyatakan berburu di "Taring anu ". Begitu juga apabila membawa pulang kayu gaharu dan ditanya tempatnya, mereka menyatakan di " Taring anu". Lama kelamaan dikenali dengan Terengganu.

Terdapat dua kisah asal nama Terengganu yang melibatkan penduduk tempatan. pertamanya kisah " Taring anu " yang berlaku di tempat lain ( bukan di hulu ). Kisah ini menyatakan yang " Taring anu " berasal daripada sebatang taring sebesar gading gajah dijumpai di sebuah pulau ( kini dikenali sebagai Pulau Duyung ) berhampiran Kuala Sungai. Ketua pulau tersebut menyembahkan kepada raja " taring anu tuanku ". Dengan itu kuala sungai itu disebut sebagai Kuala Sungai Taring anu. Kemudiannya Kuala Sungai Terengganu.

Sebuah kitab lagi berkait dengan salah sebuah sungai yang bernama Sungai Terengan. Kuala Sungai Terengan ini adalah pertemuan Sungai Kerbat dan Sungai Terengan. Dipercayai pada zaman silam sudah ada penduduk di sini. Mereka berulangalik menggunakan kedua-dua sungai ini. Oleh itu jika mereka bertolak dari Kuala Terengan, mereka akan menggunakan samada Sungai Terengan atau Sungai Kerbat. Jika ada di antara mereka bertanya hendak ke mana? Mereka akan menjawab sama ada ke " Terangan ni " atau " Terengan nu". Dengan itu lama kelamaan muncullah Terengganu.