HADIAH HARI JADI AYU (NORZI AYU)

KLANG - "Keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman mati terhadap pembunuh Ayu (Norzi Ayu) boleh dianggap sebagai hadiah hari jadi buat arwah kerana hari ini (semalam) adalah ulang tahun kelahirannya."

Demikian kata Md. Noor Dahari, 58, bapa Allahyarham Norzi Ayu yang dibunuh kekasih sendiri ketika ditemui di rumahnya di Taman Maznah di sini semalam.

Menurut Md. Noor, secara kebetulan keputusan yang dijatuhkan terhadap Irawadi Mohamad, 29, diketahui sehari sebelum hari ulang tahun kelahiran Norzi Ayu yang genap 33 tahun semalam.

"Mungkin itu hadiah paling bermakna buat arwah anak saya kerana pembunuhnya telah menerima hukuman yang setimpal," katanya, seorang pesara eksekutif di Northport, Pelabuhan Klang.

Md. Noor memberitahu, biarpun luka menerima kenyataan bahawa anak kesayangannya menemui ajal akibat dibunuh seorang pemuda yang dikenalinya, dia reda dengan pemergian Norzi Ayu.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

3 komentar

komentar
15 November 2009 pada 2:41 PG delete

jenayah merata tempat..........

Reply
avatar
Abi
15 November 2009 pada 9:14 PG delete

ya jenayah sekarang berlaku merata tempat,kadang kat rumah sendiri pun dah tak selamat.kes rogol,kes bunuh dan macam lagi lah..

Reply
avatar
23 Oktober 2015 pada 6:10 PTG delete

Innalillahiwainailaihirojiun.. Utk mangsa & pembunuh

Reply
avatar

Penaja

insan yang cintakan ilmu

Pengikut