LELAKI HIPERSEKS MEMPUNYAI NAFSU SYAHWAT YANG TINGGI



SECARA normal, seorang lelaki akan berpasangan dan melakukan hubungan seksual dengan satu wanita, iatu isterinya. Tapi pada lelaki yang mengalami hiperseks, satu wanita tak cukup untuk dapat memuaskan nafsunya.

Hiperseks atau hypersexuality merupakan penyimpangan seksual yang ditandai dengan tingginya keinginan untuk melakukan hubungan seksual dan susah untuk mengawal keinginan seks tersebut.

"Orang yang mengalami hiperseks tidak pernah berasa puas saat berhubungan seks, walaupun sudah mengalami orgasme. maka silelaki itu akan berusaha untuk mencari wanita lain," ujar Prof Dr dr Wimpie Pangkahila, Sp.And, FAACS, Ketua Asosiasi Seksologi Indonesia (ASI), di jakarta Theatre Building.

Prof Wimpie mengatakan ciri-ciri orang yang menderita hiperseks antara lain:

1. Tidak pernah merasa puas saat berhubungan seks, walaupun ia sudah mengalami orgasme. Inilah yang membuat lelaki hiperseks tak puas dengan satu wanita.
2. Tuntutan seks tidak boleh ditunda
3. Tidak boleh mengawal keinginan seks
4. Sangat tergila-gila dengan hal-hal yang berhubungan dengan seks


Menurut Prof Wimpie yang juga merupakan pengajar di Bagian Andrologi dan Seksologi, Pusat kajian Anti-Aging Medicine Fakulti Kedoktoran Universiti Udayana, Bali, kebanyakan orang yang mengalami hiperseks tidak menyedari bahawa dirinya menderita penyimpangan seksual tersebut, sehingga ada orang yang menyedarkannya.

Penyimpangan ini boleh diakibatkan kerana adanya gangguan psikoseksual atau trauma yang terjadi pada masa kecil. Trauma masa kecil ini boleh berasal dari lingkungan keluarga atau sekolah.

Pada umumnya, orang yang mengalami hiperseks tidak boleh disembuhkan. Pengubatan atau rehabilitasi yang ada hanya boleh mengurangi atau melatih untuk mengawal keinginan seksnya yang sangat kuat.

Tapi Prof Wimpie juga berkata bahawa masih ada jalan untuk mengurangi dan mengawal keinginan seksual orang yang mengalami hiperseks, iaitu dengan cara menelusuri trauma masa kecil yang dialaminya dengan melakukan kaunseling oleh ahli psikologi.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Penaja

insan yang cintakan ilmu

Pengikut