PUAKA TAMAN REKREASI ARUS DERAS SEDIM


SEDIM - Kawasan Taman Rekreasi Arus Deras Sedim yang mengakibatkan enam maut sepanjang 2005 dikatakan berpuaka oleh sesetengah penduduk berhampiran kerana ada dalam kalangan mereka ternampak lembaga dan bunyi misteri hampir setiap malam.

Kelmarin, mayat seorang lelaki berusia 27, Mohd Eizzat Abd Halim ditemui di celah batu kira-kira jam 6.40 petang setelah hampir empat hari operasi mencari mayatnya gagal.

Penduduk Kampung Ulu Riau, Kamarudin Hussein berkata, sebelum mangsa hanyut, temannya yang turut memancing di sekitar kawasan di mana mayat mangsa ditemui terdengar bunyi misteri.

“Sebelum mangsa, Mohd Eizzat Abd Halim ditemui mati lemas, rakan saya ada memancing di sekitar kawasan lubuk itu dan dia terdengar bunyi batu seakan berlaga dengan kuat. Berikutan itu kawan saya meninggalkan lubuk berkenaan.

" Selain itu, saya juga pernah berjumpa dengan wanita sedang mandi di kawasan lubuk di sekitar kawasan ini. Selalunya kejadian misteri berlaku di sekitar jam 5.30 petang sehingga lewat malam,” katanya.

Sementara itu, Aziz Ibrahim dari Kampung Sungai Buluh berkata, dia pernah terjumpa dengan beberapa pasangan yang sedang mandi di sekitar kawasan lubuk. Tiba-tiba salah seorang daripada pasangan itu mula menunjukkan reaksi aneh dan penduduk kampung terpaksa memanggil bomoh untuk memulihkan pasangan terbabit.

Selain itu, peristiwa di mana seorang pelajar yang sudah mandi dan kemudiannya naik ke tebing, secara tiba-tiba terjun semula ke dalam air seakan-akan dipanggil oleh seseorang. Bagaimanapun mangsa berjaya diselamatkan apabila tangannya ditarik penduduk kampung.

“Banyak perkara misteri yang berlaku di sekitar Sedim. Saya pernah memancing di Lubuk Kawah kira-kira jam 11 malam dan ternampak seperti kain putih hanyut dan tiba-tiba lampu yang kami bawa padam. Selain itu, ada juga pelajar yang datang dari luar memancing di lubuk itu dan ternampak rambut panjang timbul dari air.

"Saya tidak menafikan, memang berlaku kejadian misteri di sini, dan kebanyakan mereka yang terkena terdiri dari orang luar dari kawasan ini,” katanya.

Penguat kuasa Agama Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK), Zainol Chin berkata, beliau pernah memulihkan semangat remaja perempuan yang dirasuk berhampiran kawasan lubuk Siku.

Menurutnya, remaja itu seakan berbual dengan seseorang tetapi tidak dapat dilihat. Beliau yang curiga dengan perlakuan remaja itu mendekatinya dan bertanya dengan siapa dia sedang bercakap dan bersalam. Setelah dimandikan di tepi lubuk itu, tiba-tiba mangsa melambai tangan ke arah seberang sungai lalu pengsan.

“Ketika itu saya bersama beberapa petugas lain ditugaskan untuk menjaga beberapa kumpulan remaja yang datang untuk berkhemah di sekitar kawasan arus deras. Tiba-tiba salah seorang daripada mereka berjalan dengan cepat ke arah air. Apabila saya tanya dia bercakap dengan siapa, mangsa berkata, ada sekumpulan puteri menantinya di seberang sungai dan sebelum itu dia sudah dijamu dengan buah-buahan di ladang yang luas,” katanya.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Penaja

insan yang cintakan ilmu

Pengikut