Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan pay per use (PPU)?.Secara ringkas,PPU ialah cara pembayaran untuk penggunaan data secara pukal dan bayar atau dalam erti kata lain,anda sepatutnya membayar penggunaan data berkadaran dengan penggunaan.
Untuk memahami lebih lanjut lihat contoh ini:
Katakan syarikat telekomunikasi yang anda langgan menetapkan bahawa setiap 10 kilobyte (kb) yang anda pula telah menggunakan sebanyak 1024 kb (1 Gigabyte) dalam satu tempoh tertentu.Ini bermakna anda telah menggunakan sebanyak 1024 bahagi 10=102.4 unit data boleh dicaj.Darab jumlah itu dengan caj RM0.05 dan anda akan dapati caj yang perlu dibayar bersamaan dengan RM51.20.
Itulah harga pay per use untuk 1GB=RM51.20
Bagaimanapun,secara purata,harga pakej 1GB yang ditawarkan oleh syarikat telemunikasi berada sekitar RM38.00 dan jika diulang perkiraan ditas,caj yang anda bayar ialah RM 0.03 dan ini akan menjadikan harga bagi PPU lebih daripada yang sepatutnya.
Mutakhir ini,banyak aduan dan perkongsian daripada pengguna talian prabayar mengatakan mereka dikenakan caj PPU terhadap langganan pelan data sebaik sahaja penggunaan data habis digunakan.
Seperti yang telah dijelaskan ,PPU dicaj berdasarkan penggunaan dan sebaik sahaja kuota data langganan internet habis ,anda akan dikenakan bayaran mengikut penggunaan.
Terdapat juga kes-kes dimana syarikat telekomunikasi yang mengenakan caj setinggi 50 sen untuk 50 kbps.
Penggunaan caj PPU bukan perkara baru,ia telah dilaksanakan sejak dahulu lagi dalam bentuk langganan jangka masa pendek seperti harian,mingguan,malah paling mengejutkan ia turut dikenakan untuk langganan bulanan ,satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku.
Keadaan ini biasanya menjadi beban kepada pelanggan prabayar manakala untuk pelanggan pascabayar,mereka akan terbeban dengan pengurangan kelajuan aliran data.
Bagi mengelakkan keadaaan ini,anda dinasihatkan untuk menutup fungsi data bagi bagi menghalang PPU berjalan tanpa sedar apabila kuota data habis digunakan.
Anda perlu tahu.sistem operasi android atau ios sentiasa ada aplikasi yang berjalan tanpa sedar seperti kemaskini perisian dan sebagainya.
Aplikasi-aplikasi ini kadangkala akan memakan sehingga 300 kb dan jika harga untuk setiap 10 kb bersamaan RM 0.05,anda buatlah kira-kiranya sendiri untuk mengetahui berapa banyak wang anda akan melayang.