AWAS! PENYAKIT KAYAT BOLEH MEMBUNUH

Penyakit kayap atau shingles adalah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan sejenis virus dikenali varicella-zoster virus, atau VSZ. Virus ini adalah virus yang sama yang menyebabkan chickenpox sewaktu kita masih kecil. Virus ini biasanya akan berada dekat pangkal saraf dan ianya membiak semula kebiasaannya terjadi disebabkan oleh masaalah seperti stress / tekanan, badan rasa lemah2, kecederaan pada kulit dan juga akibat masaalah penyakit kanser. Simptom2 terkena penyakit kayap ialah pesakit akan alami sakit teramat sangat apabila disentuh pada kulit . Bahagian kulit juga akan rasa gatal2, geli2, terasa panas seperti terbakar, rasa macam nak demam, tekak rasa loya, pening berpanjangan, hilang selera makan dan timbul ruam2 panas. Selepas beberapa hari, bahagian kulit dijangkiti penyakit kayap itu akan menjadi kemerah2an, menjadi ruam panas, ada yang bernanah, ada menjadi biji berbuih dan mula menjalar. Penyakit kayap ini boleh menjangkiti mana2 bahagian kulit tubuh kita samada bahagian badan, mata , ketiak mahupun bahagian hidung. Jenis2 penyakit kayap : 1) Kayap Ular - paling merbahaya dan boleh membawa maut - boleh akibatkan badan kurus akibat hilang selera makan - kayap jenis menjalar / melilit ( merebak ) - boleh terjadi dimana2 bahagian badan - bermula dari tengah belakang dan menjadi semakin panjang sehingga mengelilingi badan ke bahagian dada - ada juga menyerang bahagian dada saja - boleh menyerang bahagian urat saraf ' rasa ' . Lazimnya ruam kayap ular ini berkumpul ataupun berbaris mengikut lengkaran urat saraf ‘ rasa ’. - keadaan kulit boleh melecet, pedih serta sakit - ambil masa juga untuk sembuh diantara beberapa hari ke minggu, ada yang sehingga bertahun2 disebabkan faktor usia Lain2 jenis kayap : 1) Kayap melukut 2) Kayap jagung 3) Kayap api2 4) Kayap setompok 5) Kayap selendar 6) Kayap harimau 7) Kayap bersambung (umur pendek) Pantang larang bila terkena penyakit kayap : 1) Ada pendapat mengatakan cepat2 jumpa doktor atau pakar perubatan untuk nasihat dan rawatan . Ada juga mengatakan cuma jumpa pakar rawatan tradisional. Jadi ikut yang mana terbaik. 2) Elakkan pakai pakaian ketat. Pakai pakaian yang longgar untuk mengurangkan kesakitan disebabkan geseran pakaian dengan bahagian kulit. 3) Jangan pakai seluar serta baju yang berhawa panas ( contoh jemur di luar rumah dibawah terik matahari atau yang baru digosok) 4) Jangan pakai seluar serta baju yang basah 5) Elakkan menggaru bahagian kayap itu dikhuatiri boleh merebak ke bahagian lain. Kayap ni akan rasa gatal2, minta ubat untuk kurangkan rasa gatal2. 6) Bila mandi, biasakan mengosok pelan2 bahagian kayap tu dengan sabun untuk pastikan kebersihan pada bahagian kayap tu. 7) Jika boleh, semasa dijangkiti penyakit kayap ni , elakkan dari mendekati ahli keluarga serta rakan2 dikhuatiri mereka2 ni akan dijngkiti pula. 8) Jaga pemakanan dikhuatiri rasa bisa dan gatal2. Makan kena pantang seperti orang dalam pantang bersalin, makanan gatal2 dan goreng2 cuba elakkan, hanya makan yang rebus, stim atau bakar. Jangan makan makanan berminyak. 9) Kurangkan makan buah tempatan atau sayuran yang menjalar/ berjalur (contohnya tembikai,timun,labu) 10) Tak boleh dengar orang goreng lauk, dan tak boleh goreng sebarang benda pun. Antara petua2 lain boleh dicuba : 1) Sapu dengan BEDAK MUNTAH BELUT untuk keringkan / kecutkan kayap tu dan seterusnya menghilangkan parut kayap tu 2) Sapu dengan alor vera 3) Sapu dengan kelapa parut campur gula melaka ke bahagian kulit terkena kayap tu 4) Gunakan daun cili dan kapur makan. Tumbukkan atau ramas daun lada serta campurkan sedikit kapur . sapukan dibahagian kulit terkena kayap. 5) Gunakan daun pokok duit2. Ditumbuk hancur , ambil daunnya serta air perahannya dan ditekap pada tempat dijangkiti kayap tu . Jika boleh, dibengkungkan semalaman. 6) Gunakan daun delima ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan bedak sejuk (tanpa pewangi contoh BEDAK SEJUK MUNTAH BELUT ) dan tempekkan pada tempat kayap itu. 7) Gunakan daun bunga melur , Pucuk daun buah delima , Daun setawar dan Pucuk daun mambu. Semua daun di atas di tumbuk atau di belender dan di campurkan dengan bedak sejuk ( tanpa pewangi contoh BEDAK SEJUK MUNTAH BELUT ) dan di bancuh pekat. Kemudain di sapu atau tampal atau tempekkan pada tempat kayap tu . 8) Gunakan ubi larut. Di gosokkan pada simen atau lesung batu, ambil pati nya dan sapu di tempat kayap tersebut. 9) Minum minuman yang menyejukkan badan contoh getah anggur dicampur dengan kembang semangkuk

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Penaja

insan yang cintakan ilmu

Pengikut