MAYAT MELAMBUNG ATAS POKOK


INILAH rumah simpan mercun yang meletup dan mengorbankan seorang kanak-kanak di Kampung Makam Lama, Chabang Tiga, Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU – Hujan tiada, ribut pun tiada, namun sebuah rumah usang di Kampung Makam Lama, Chabang Tiga dekat sini semalam tiba-tiba meletup dan menghasilkan gegaran yang boleh dirasai oleh beberapa buah rumah lain di kampung tersebut.

Dalam kejadian yang menakutkan pada pukul 12.30 tengah hari itu, mayat seorang kanak-kanak ditemui tersangkut pada dahan sebatang pokok di hadapan rumah itu manakala dua lagi lelaki cedera parah.

Ketiga-tiga mangsa itu berada di dalam rumah kayu yang agak tersorok di kampung itu ketika tragedi berlaku.

Mangsa yang terbunuh ialah Khairul Ariff Ayub, 6. Kanak-kanak itu melambung setinggi 15 meter sebelum badannya yang hampir berkecai tersangkut pada dahan pokok.

Bahagian depan rumah termasuk tangga konkrit rumah itu berkecai akibat letupan yang dipercayai berpunca daripada sejumlah mercun yang disimpan di dalam rumah itu.

Turut rosak dua buah motosikal.

Difahamkan, rumah yang dihuni oleh seorang daripada mangsa yang cedera itu dijadikan stor menyimpan pelbagai jenis mercun yang dibekalkan pada musim raya nanti.

Orang pertama yang tiba di lokasi kejadian, Norshefli Azhar, 36, berkata, ketika kejadian dia ada di rumahnya yang terletak 100 meter dari rumah yang meletup itu.

“Saya ingatkan bunyi itu dari luar rumah saya menyebabkan saya keluar untuk melihat.

“Di luar rumah, saya nampak asap keluar dari rumah yang usang itu.

“Saya bergegas ke situ dan nampak seorang lelaki yang cedera parah di muka dan kaki berada di celah-celah runtuhan rumah,” ceritanya ketika ditemui di sini semalam.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

1 komentar:

komentar
22 Ogos 2010 10:58 PTG delete

Melayu raya Melayu jadi mangsa.
Cina raya pun melayu jadi mangsa.

Ni semua salah kerajaan. Mak bapak TAK SALAH!

Aku Yang Bingai
1. Cina Mulakan Perdagangan Dengan Yuan Berbanding Ringgit
2. Dinar Emas - Bukan Idea Tun Mahathir?

Reply
avatar

Penaja

insan yang cintakan ilmu

Pengikut