KEADAAN VAGINA SEMASA HAMIL





Banyak perkara yang berlaku dalam tubuh kamu ketika kamu hamil. Selain daripada perut yang membesar, struktur lain dalam tubuh juga semakin membesar. Tubuh kamu bekerja dua kali ganda semasa kehamilan. Kamu pun boleh lihat kan betapa besar seseorang wanita mengandung itu. Vagina sama seperti struktur lain pada tubuh, seperti kulit dan uterus juga melalui sedikit perubahan semasa kehamilan. Vagina akan berubah daripada warna merah jambu ke agak kebiruan kerana terdapatnya peningkatan aliran darah ke situ. Perubahan ini terjadi akibat bahan kimia yang dibebaskan oleh tubuh semasa seorang wanita itu hamil. Apabila aliran darah ke vagina semakin meningkat, ia mula terkumpul di satu kawasan menyebabkan vagina kelihatan kebiru-biruan. Perubahan warna ini bukanlah sesuatu yang patut kamu risaukan. Ia normal dan tidak akan menyebabkan sebarang ketidakselesaan.

Perubahan vagina disebabkan melahirkan anak
Memang perkara biasa untuk risau mengenai bagaimana seorang wanita itu akan kelihatan selepas kehamilan. Tapi, tahukah kamu yang tubuh sebenarnya cukup bijak untuk mendapatkan bentuk dan fungsinya semula selepas kehamilan. Dengan sedikit senaman dan diet yang betul, tak sukar untuk kembali ke bentuk badan yang asal. Betullah yang perubahan-perubahan begini mungkin berbeza dari satu wanita ke wanita yang lain. Sesetengah wanita mungkin berat badannya tak terlalu naik ketika mengandung. Sekiranya kamu tahu yang kamu agak berisi sebelum mengandung, kemungkinan besar kamu akan naik lebih banyak berat berbanding dengan mereka yang kurus.

Semasa melahirkan anak, dinding vagina dan otot yang menyokongnya akan diregangkan. Dalam sesetengah kes, di mana bayi itu bersaiz agak besar atau itu merupakan kelahiran pertama, dinding vagina dan pembukaan vagina akan terluka atau terkoyak. Kelahiran bayi yang berulang kali akan mengembangkan salur vagina dan menjadikannya ruang sebenar. Pembukaan vagina boleh dipotong menggunakan scalpel atau pisau pembedahan semasa kelahiran bayi untuk mengelakkan kecederaan serius pada vagina. Doktor akan melakukan episiotomi. Selepas episiotomi, luka akan dipulihkan melalui jahitan. Dengan kebersihan diri yang bagus dan ubat-ubatan, vagina akan kembali seperti sediakala dalam beberapa hari.

Berapa kerapkah seorang wanita perlu berjumpa dengan pakar sakit puan?
Wanita yang sihat boleh mula berjumpa dengan pakar sakit puan sebaik sahaja mereka mula aktif melakukan hubungan seks. Mereka boleh mendapatkan nasihat doktor pada umur 21 untuk melakukan Pap smear. Untuk wanita berumur 30 dan ke atas, Pap smear boleh dilakukan sekali dalam 2-3 tahun. Untuk wanita yang melakukan seks tanpa perlindungan dan sering bertukar pasangan atau mempunyai ibu atau saudara mara yang pernah mendapat kanser serviks, kunjungan ke pakar perubatan boleh dilakukan sekerap yang mungkin.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

1 komentar:

komentar
30 September 2017 pada 1:56 PTG delete

Terima kasih atas perkongsiannya saya ambil perkongsiannya sahaja lain tiada dulu kini dan selamanya.

Reply
avatar

Penaja

insan yang cintakan ilmu

Pengikut