DISFUNGSI EREKSI


Disfungsi Erektil [ DE ] ialah suatu masalah kesihatan dan ditakrifkan sebagai ketidakmampuan seseorang lelaki untuk mengalami dan/atau mengekalkan ereksi bagi aktiviti seks yang memuaskan. Banyak lelaki yang akan mengalami masalah ereksi pada waktu tertentu dalam hidup mereka, tetapi bagi yang lain, masalah ini mungkin lebih kerap berlaku. DE menjejaskan berjuta-juta lelaki di seluruh Malaysia.

Bagaimana ereksi berlaku

Apabila seseorang lelaki naik berahi, arteri di zakarnya mengendur dan membesar, lalu membolehkan lebih banyak darah mengalir ke zakarnya. Semasa arteri di zakarnya mengembang dan mengeras, vena yang biasanya mengalirkan darah dari zakar mengecil, lalu mengurangkan aliran keluar darah dari zakar. Apabila banyak darah mengalir masuk dan kurang darah mengalir keluar, zakar membesar lalu menyebabkannya menegang (ereksi).

Apa yang menyebabkan DE?

Pada lelaki yang mengalami DE, tindak balas kimia yang menyebabkan ereksi tidak berlaku seperti biasa; oleh itu arteri tidak mengembang dan zakar tidak dapat dipenuhi darah. Pernah dipercayai bahawa DE hanyalah wujud dalam fikiran seseorang sahaja atau tidak dapat dielakkan akibat penuaan. Sunggupun pertambahan usia mungkinmerupakan salah satu faktornya, kini kita tahu bahawa dalam kebanyakan kes DE, masalah ini dikaitkan juga dengan keadaan fizikal dan bukan sahaja dengan usia.

Disfungsi Erektil boleh meninggalkan kesan yang ketara pada hidup seseorang lelaki, lalu menjejaskan keyakinan diri, imej diri, dan harga dirinya. Pasangan lelaki DE mungkin juga mempersoalkan diri sendiri, dan mungkin berasa bahawa mereka sudah kehilangan daya penarik fizikal. Sebenarnya, DE yang dialami oleh kebanyakan lelaki dapat dirawat.Tapi mesti berusaha untuk mencarinya.....usah malu

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Penaja

insan yang cintakan ilmu

Pengikut