APA YANG DIPERLUKAN PADA TRIMESTER PERTAMA KEHAMILAN

BERITA KEHAMILAN sememangnya sesuatu yang membahagiakan buat wanita yang telah berumah tanggan .Sembilan bulan selepas itu gelaran ibu akan dipegang namun sebelum itu banyak yang perlu dilakukan olehnya.Selain itu perlu jaga diri.Ibu hamil perlu lakukan beberapa persediaaan untuk memastikan janin yang ada dalam rahim membesar dengan sihat.

BULAN PERTAMA

Pastikan anda mengambil 400 mg asid folik sehari selama 12 minggu pertama kehamilan kerana ia akan menjaga janin dari lahir dalam keadaan yang cacat.Ketika pemeriksaan kehamilan ,anda boleh meminta pendapat doktor sama ada pelu mendapatbekalan tambahan atau tidak.

Hentikan
Jika anda merokok maka hentikanlah .Ia adalah hadiah terbaik yang boleh berikan untuk bayi anda .Ini juga termasuk tidak mewarnai rambut anda menjadi warna coklat,merah atau pun perang.

Walaupun hasil kajian menunjukan bahawa ia tidak memberi kesan tapi ramai doktor menyarankan ibu hamil menundakan perancangan untuk mewarnakan rambut trimester 2

Hentikan mual
Jadikan makan sebiji pisang sebagai amalan dipagi hari.Perut kosong akan membuatkan rasa sakit,loya atau muntah-muntah makin parah.Selepas itu pastikan makanan yang tinggi karbohidrat seperti roti atau biskut.Makanlah dengan kerap supaya perut tidak dibiarkan kosong.

Simpan tenaga

Jangan tunda tidur jika terasa mengantuk yang amat sangat.Setelah tidur ibu hamil selalunya akan berasa segar.Selain itu jangan memaksa diri melakukan kerja-kerja rumah tangga sekiranya tidak berdaya.Simpan tenaga dan berehatlah

Biarkan suami atau pembatu rumah melakukannya untuk anda.Namun jangan terus menerus asyik berehat .senaman ringan turut diperlukan oleh ibu hamil setiap hari.Lakukan senaman jalan kaki samada dipetang mahupun dipagi hari.

Tidak perlu cemas

Awal kehamilan ramai ibu hamil yang risau berlakunya keguguran namun janganlah menjadikan ia sebagai ia satu perkara yang mencemaskan.Perlu diketahui bahawa kehamilan berlaku kerana janin tidak normal.

Tiada apa yang boleh anda lakukan untuk mencegahnya.Jadi sekiranya berlaku pada diri terimalah saja ia dengan redha dan jangan sesekali menyalahkan diri sendiri.

BULAN KEDUA

Makan dengan cermat

Ada beberapa jenis makanan yang boleh menggangu jsnin anda.Hindari telur mentah atau setengah masak yang boleh meningkatkan risiko keracunan makanan,keju lembut yang mungkin mengandungi bakteria yang boleh menyebabkan kelahiran pra matang,begitu juga dengan sushi.

Selain itu seeloknya hentikanlah saja makanan ringan yang tiada manafaat.Ramai ibu hamil mengambil jalan yang tidak menyihatkan bagi memenuhi selera mereka



Jangan terlalu dedahkan diri pada panas matahari


Hormon - hormon kehamilan menyebabkan sel-sel pigmen kulit keras sehingga ibu hamil menjadi lebih sensitif kepada sinaran ultra violet.Oleh itu sangat digalakkan agar ibu hamil lebih banyak dan lebih kerap mengoleskan krim pelindung cahaya matahari pada kulit.

Hindari Varies

Kesan sampingan yang tidak digemari ibu hamil ini mungkin timbul pada minggu pertama kehamilan.Cegahlah dengan mengenakan stoking khusus yang boleh dibeli.


BULAN KE TIGA

Zat besi

Kebanyakan wanita menderita kekurangan zat besi ketika hamil.Walaupun tiada hubungannya dengan kesihatan dan kekuatan janin ,kurangnya zat besi membuat anda lebih letih.Pilih makanan yang kaya dengan zat besi seperti bijirin ,roti gandum brokoli ,kekacang ,bayam,biji-bijian dan coklat.Minum jus oren ketika makan juga akan membantu mengoptimunkan kerja zat besi.

Minta sokongan

Pastikan anda memeliki persekitaran yang menyokong kehamilan anda samada dirumah atau pejabat.Pastikan pasangan mahupun rakan-rakan tidak membuat anda stress atau merokok.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Penaja

insan yang cintakan ilmu

Pengikut