TRAGEDI JAMBATAN GANTUNG KUALA DIPANG RUNTUH ,JURUTERA MESTI DISIASAT.


LAKARAN ASAL REKA BENTUK JAMBATAN PERLU DISIASAT,MUNGKIN ADA YANG TAK KENA....

KAMPAR – Jurutera dan lakaran asal reka bentuk jambatan gantung perlu disiasat dengan mengambil kira struktur binaan di kawasan asal sama ada mengikut spesifikasi atau tidak.


Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, tragedi ini ini tidak sepatutnya berlaku jutera yang terlibat mengikut peraturan kejuruteraan yang ditetapkan Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi ‘standard engineering design’.

“Jurutera perlu ikut spesifikasi asal. Sekiranya tidak, beginilah jadinya (jambatan runtuh). Kita perlu sahkan bahawa jurutera terbabit mengikut prosedur spesifikasi asal,” katanya kepada pemberita di kawasan kejadian semalam.

Beliau berkata, melihat kepada struktur jambatan yang runtuh sejauh kira-kira 25 kaki, tidak mustahil ada sesuatu yang tidak kena tentang reka bentuk jambatan itu.

Sementara itu Penasihat DAP, Lim Kit Siang menggesa kerajaan mengadakan siasatan terbuka bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian yang runtuh mengakibatkan kematian seorang pelajar.

Menurutnya, kejadian ini begitu mengecewakan kerana ia di bawah jagaan sekolah dan merupakan kawasan yang paling selamat bagi pelajar.

“Ia sekali gus menimbulkan pandangan negatif masyarakat khususnya ibu bapa kerana faktor kecuaian menjadi punca utama berlakunya tragedi ini,” katanya.

Menurutnya, beliau melahirkan perasaan sedih terhadap tragedi yang menimpa pelajar dan keluarga mangsa dan mengutuk sekeras-kerasnya kerana perkara melibatkan kecuaian tidak boleh dimaafkan.

“Saya telah memberi cadangan kepada menteri terbabit untuk mengadakan satu siasatan terbuka ketika menemui beliau hari ini (semalam). Beliau memberitahu sedang menunggu laporan daripada pengarahnya mengenai perkara tersebut,” katanya

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Penaja

insan yang cintakan ilmu

Pengikut