Memaparkan catatan dengan label Mahkamah Syariah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mahkamah Syariah. Papar semua catatan
JOE RADZWILL - AIDA SAH BERCERAI

JOE RADZWILL - AIDA SAH BERCERAI


Rumah tangga yang dibina hampir 10 tahun oleh pasangan Joe Radzwill dan Aida Radzwill terlerai jua apabila Joe melafazkan cerai talak satu terhadap dramatis itu di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.


Joe, 40, melafazkan cerai di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Yusri Kasim dengan lafaz: "Saya Ismail Ahmad @ Mohd. Radzwill menceraikan isteri saya, Khalidah Adibah Ahmad dengan talak satu."

Mohd. Yusri kemudian membenarkan cerai tersebut dan memerintahkan mereka mendaftarkan penceraian di pejabat agama di sini.

Sebelum itu, peguam syarie, Roslizam Rahim yang mewakili Joe memberitahu mahkamah bahawa kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka secara baik dengan kebenaran mahkamah mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 1993.

"Saya difahamkan satu dokumen pindaan difailkan sendiri oleh plaintif (Aida) terhadap permohonan sebelum ini yang telah dibuat mengikut Seksyen 53 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 iaitu tuntutan cerai fasakh.

"Kedua-dua pihak juga telah mencapai kata sepakat dan bersetuju dengan permohonan plaintif untuk menggugurkan hak nafkah edah dan mutaah," jelas Roslizam.

TOK IMAM RAJA MAKSIAT,SUKA LENDIR HARAM

TOK IMAM RAJA MAKSIAT,SUKA LENDIR HARAM

Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad
ahmadshahrul@hmetro.com.my
2010/05/27


PUTRAJAYA: Seorang imam yang juga guru agama di dua surau di sebuah taman perumahan di Klang, Selangor, bukan saja selesa melakukan maksiat dengan bersekedudukan lebih sebulan dengan ‘buah hati’ di rumahnya, malah turut bijak menipu jemaah surau kononnya wanita berkenaan isterinya yang sah.
Kegiatan imam ‘nakal’ berusia 26 tahun terbabit terbongkar apabila sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu rumahnya, kira-kira jam 2 pagi kelmarin.


Sebelum serbuan, penguat kuasa Jais yang mendapat maklumat awam melakukan intipan dan siasatan lanjut mendapati rumah itu dihuni imam terbabit dan wanita berusia 27 tahun dipercayai kekasihnya dan menjadi pasangan ‘suami isteri’, sejak lebih sebulan lalu.


Walaupun pintu rumah terbabit diketuk berulang- kali, penghuninya mengambil tempoh lama kononnya tidak terjaga daripada tidur sebelum membuka pintu dan penguat kuasa mendapati pasangan itu sudah lengkap berpakaian.


Imam terbabit dipercayai menipu jemaah surau dan penghuni di taman perumahan itu dengan penampilan alim termasuk memberikan ceramah agama kepada warga emas di kedua-dua surau di taman berkenaan.


Bukan itu saja, imam terbabit yang mendakwa memiliki ilmu hasil pengajian di sekolah pondok selain dipercayai menggunakan taktik mencedok hasil ceramah tokoh agama terkenal dalam kaset dan cakera padat bagi meyakinkan orang ramai mengenai ketinggian ilmu agama dimiliki.


Putar belit imam muda terbabit semakin ‘menjadi’ apabila penghuni dan jemaah surau mudah mempercayainya selepas lelaki terbabit memberitahu wanita yang tinggal bersama di rumahnya adalah isteri yang sah.


Bagaimanapun, kegiatan tidak bermoral imam itu terbongkar selepas segelintir penghuni taman yang curiga membuat laporan kepada Jais yang mendapati wanita terbabit bukan isteri, tetapi teman wanita lelaki berkenaan dan sudah tinggal bersama tanpa ikatan sah.


Tanpa berselindung, Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Strategik Jais, Shahrom Maarop, tidak menolak kemungkinan sudah berlaku hubungan kelamin di antara imam terbabit dengan teman wanitanya itu berdasarkan tempoh lebih sebulan mereka tinggal bersama di rumah itu.


Beliau berkata, apabila seorang lelaki dan wanita yang tidak ada hubungan sah berdua-duaan, sudah pasti ada iblis yang menggoda dan tidak masuk akal jika mereka tidak melakukan sebarang perbuatan tidak bermoral sepanjang lebih sebulan tinggal bersama di rumah itu.


“Kami sebenarnya hairan bagaimana seorang imam yang turut diberi kepercayaan mengajar agama di surau berkenaan boleh melakukan maksiat dan dan menipu orang ramai menggunakan penampilan alimnya.

“Perbuatan ini cukup memalukan apabila penampilan alim imam terbabit dan kononnya ada ilmu digunakan untuk melindungi kegiatan maksiat yang dilakukan dengan ‘buah hati’ bagi mengelak tindakan pihak berkuasa,” katanya, semalam.


Bukan itu saja, Shahrom berkata, imam terbabit memperdayakan jemaah surau dan penghuni taman perumahan berkenaan dia sudah berkahwin di luar negara.


Bagaimanapun, katanya, siasatan mendapati wanita itu yang juga pekerja swasta bukan isterinya dan mereka bersekedudukan sejak lebih sebulan lalu berdasarkan maklumat awam diperoleh.


“Walaupun imam berkenaan memberi pelbagai alasan kononnya datang ke rumah itu pada waktu tertentu bagi melihat ‘buah hatinya’, siasatan mendapati dia memang tinggal di rumah itu bersama wanita berkenaan,” katanya Shahrom berkata, imam terbabit dan pasangannya sudah diambil keterangan awal sejurus mereka ditahan sebelum dibebaskan dengan jaminan Jais.

Menurutnya, mereka akan dipanggil ke Ibu Pejabat Jais di Shah Alam bagi merekodkan keterangan lebih teliti sebelum dihadapkan ke mahkamah berhubung kesalahan dilakukan.

KARTIKA PESALAH AGAMA YANG PALING BERNASIB BAIK


Kartika dapat layanan istimewa



KARTIKA Sari Dewi (tiga dari kiri) mengesat air matanya kerana terpaksa berpisah dengan ahli keluarganya di hadapan Rumah Kanak-kanak Tengku Ampuan Fatimah, Kuantan semalam.

KUANTAN - Jika orang ramai menganggap bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor dikerah melakukan pelbagai tugas berat dengan kemudahan peribadi yang terhad di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah di sini, mereka sebenarnya silap.

Ini kerana ibu kepada dua orang anak itu hanya ditugaskan menguruskan kanak-kanak di rumah kebajikan tersebut dengan kemudahan selesa sepanjang tiga minggu di situ.

Antara kemudahan yang disediakan ialah rumah tetamu yang lengkap dengan dua bilik tidur, bilik air, dapur, penyaman udara dan taman mini.

Kartika adalah merupakan pesalah agama yang paling beruntung dan bernasib baik setakat ini kerana tidak dihukum atau disebat.Adakah hukuman seperti boleh menginsafkan atau pun mungkin membuatkan sesiapa yang ingin melakukan sesuatu yang ditegah Allah tidak akan merasa takut untuk melanggar hukum Allah?entahlah....

HUKUMAN SEBAT YANG DILAKSANAKAN SEKADAR MELEPASKAN BATUK DITANGGA,BAGAIMANA PULA DENGAN KARTIKA?


KUALA LUMPUR Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh berkata, pelaksanaan hukuman sebat belum memenuhi kehendak Islam sepenuhnya kerana dilakukan secara tertutup, bukan secara terbuka seperti yang dianjurkan dalam Islam.

"Hukuman sebat mesti dilakukan secara terbuka, bukan tertutup dalam penjara. Kita kena ingat, tujuan dilakukan secara terbuka adalah untuk mendidik dan memberikan kesedaran kepada rakyat agar tidak melakukan kesalahan yang sama," katanya.

Justeru, beliau mengingatkan kerajaan khususnya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan pihak berwajib agar melaksanakan hukuman sebat seperti yang dituntut dalam Islam, bukan sekadar melepaskan batuk di tangga.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendedahan Hishammuddin bahawa tiga wanita yang melakukan kesalahan jenayah syariah menjalani hukuman sebat pada 9 Februari lalu di Penjara Wanita Kajang.

Hishammuddin dilaporkan sebagai berkata, tiga pesalah wanita itu bersama empat lagi pesalah lelaki dihukum sebat mengikut Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram) yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur antara Disember 2009 hingga Januari tahun ini.

Hishammuddin juga berkata, seorang daripada tiga pesalah wanita berkenaan telah dibebaskan pada Ahad lepas, pesalah kedua akan dibebaskan dalam tempoh beberapa hari lagi dan pesalah ketiga dibebaskan pada Jun nanti.

Menurutnya, wakil dari kementeriannya turut hadir semasa pelaksanaan hukuman dibuat bersama 13 orang lagi antaranya Pengarah Jabatan Agama Wilayah, Pegawai Jabatan Agama Wilayah dan wakil dari Bahagian Syariah Jabatan Peguam Negara serta wakil dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Saya nak ingatkan menteri yang berkenaan, jangan ingat bila sudah laksanakan hukuman sebat, sudah cukup segala-galanya. Kerajaan kena kaji semula hukuman sebat yang dianjurkan Rasulullah s.a.w. belajar daripada awal," kata Nuridah yang juga Ketua Muslimat PAS Wilayah Persekutuan.

Beliau juga berkata, tindakan Hishamuddin mendedahkan mengenai hukuman yang dijalankan terhadap tiga wanita itu hanya sekadar untuk menutup mulut rakyat daripada terus mempersoalkan isu Kartika.

"Saya nampak cara menteri memberitahu rakyat mengenai hukuman yang dilaksanakan itu seperti hanya meraikan pandangan orang sahaja dan ingin menutup mulut rakyat daripada terus bercakap isu sebat ini.

"Saya minta menteri laksanakan hukuman sebat ini kerana Allah, bukan sekadar melepaskan batuk di tangga," katanya.

Beliau juga mempersoal sikap kerajaan melengah-lengahkan pelaksanaan hukuman sebat ke atas bekas model sambilan yang didapati bersalah kerana minum arak, Kartika Sari Dewi Shukarno, 33.

Nuridah hairan dengan sikap kerajaan yang dilihat seolah-olah sengaja membiarkan Kartika ternanti-nanti untuk menerima hukuman sebat itu walaupun beliau sudah menyatakan kesediaan untuk menerima hukuman itu sejak dari awal lagi.

"Tiga orang yang dihukum itu, biarlah dihukum. Tapi yang saya persoalkan kenapa kes Kartika belum selesai lagi? Apa masalah kerajaan sebenarnya sehinggakan Kartika perlu menunggu begitu lama untuk menerima hukuman itu?" soal Nuridah ketika dihubungi Harakahdaily petang tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendedahan Hishammuddin bahawa tiga wanita yang melakukan kesalahan jenayah syariah menjalani hukuman sebat pada 9 Februari lalu di Penjara Wanita Kajang.

Sementara itu, Kartika sendiri, seperti yang dilaporkan sebuah akhbar semalam,berasa pelik mendapat tahu tiga wanita telah menjalani hukuman sebat pada 9 Februari lalu kerana melakukan kesalahan syariah tersebut.

Menurut ibu tunggal kepada dua anak ini, apa yang berlaku seolah-olah 'mempermain-mainkan' perasaannya selama ini.

Kartika sebelum ini telah membuat permohonan kepada Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pahang (Jaip) untuk campur tangan bagi mempercepatkan hukuman terhadapnya memandangkan ianya masih tertangguh sehingga kini.

Kartika ditahan pihak berkuasa ketika minum arak di sebuah resort di Cherating pada 11 Julai 2008 dan selepas mengaku bersalah, Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan terhadapnya.

Pengarah Jaip, Datuk Abdul Manan Abdul Rahman bagaimanapun dilaporkan sebagai berkata, pihaknya masih menunggu reaksi daripada Tengku Abdullah selaku Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) sebelum boleh mengambil sebarang tindakan susulan
KEPUTUSAN HUKUMAN SEBAT KARTIKA SELEPAS MENGHADAP TENGKU ABDULLAH

KEPUTUSAN HUKUMAN SEBAT KARTIKA SELEPAS MENGHADAP TENGKU ABDULLAH

KUANTAN - Hukuman sebat terhadap model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor akan diputuskan selepas pertemuannya dengan Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Datuk Abdul Manan Abdul Rahman berkata pihaknya perlu menunggu maklum balas daripada pertemuan itu sebelum membuat tindakan susulan.

"Kartika perlu menghadap dulu Tengku Mahkota, lepas itu barulah keputusan boleh dibuat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis akad nikah pasangan saudara baru Sheikh Adam Idham Fadhil, 27, dan Ling Suraiyah Foo Abdullah, 29, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hukuman sebat terhadap Kartika, 33, yang belum dilaksanakan selepas dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai tahun lepas setelah mengaku bersalah meminum arak di sebuah hotel di Cherating pada 11 Julai 2008.

Abdul Manan berkata JAIP telah membuat persiapan untuk melaksanakan hukuman itu.

Tengku Abdullah yang juga Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang sebelum ini bertitah baginda bersedia menerima menghadap Kartika berhubung isu penangguhan pelaksanaan hukuman sebat itu..-Bernama

KARTIKA BERCERAI TALAK SATU


KUALA KANGSAR - Mahkamah Rendah Syariah di sini mengesahkan lafaz cerai yang dibuat oleh Mohamed Afandi Amir, 38, pada pertengahan Oktober 2008 terhadap Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, bekas model sambilan yang kini menunggu hukuman sebat kerana kesalahan minum arak.

Hakim Syarie Burhanuddin Ismi Adam berkata, berdasarkan keterangan Kartika Sari Dewi selaku plaintif, Mohamed Afandi ada melakukan dua lafaz cerai yang jelas iaitu pada pertengahan Oktober 2008 dan 10 Februari 2009.

Berdasarkan keterangan dalam perbicaraan semalam, kedua-dua lafaz itu didapati adalah talak yang 'soreh' iaitu lafaz yang jelas dari segi makna dan pada kebiasaannya membawa erti talak kerana Mohamed Afandi selaku defendan secara jelas dan tanpa berselindung mengatakan dia menceraikan plaintif dengan sebutan 'aku ceraikan kau'.

Bagaimanapun, Burhanuddin memberitahu, mahkamah hanya mengambil kira lafaz cerai yang pertama yang dibuat pada pertengahan Oktober 2008 pada pukul 1 petang sebagai perceraian yang sah dan selepas Kartika tamat edah pada 17 Disember tahun sama, kedua-dua mereka bukan lagi pasangan suami isteri.

Penaja

insan yang cintakan ilmu

Pengikut