Untuk memastikan kenderaan sentiasa diperiksa,pemilik dinasihatkan melakukan penyelenggaraan secara berkala.Dapatkan nasihat dari pusat servis supaya anda boleh melakukan sendiri apabila mempunyai waktu lapang.
Dengan adanya rutin penjagaan secara berkala ,pengguna mengetahui keadaan kenderaan seperti mengesan bahagian atau kompenen haus,rosak dan perlu diganti.
Keadaan ini perlu dilakukan untuk mengelak berlaku kerosakan ,terutamanya ketika kesesakan lalu lintas dan perjalanan jauh.
Suatu langkah bijak jika pemilik kenderaan menjadualkan menyelenggarakan dan menetapkan waktu sesuai untuk kerja membaikinya.
Berikut beberapa langkah boleh dilakukan.
1.Panaskan enjin selama 10 minit sebelum mulakan perjalanan.
2.Biasakan diri mendengar bunyi enjin .Ia melatih anda mengesan bunyi ganjil pada enjin dan ia membantu mengesan masalah pada bahagian itu.
3.Setiap minggu luangkan masa memeriksa bahagian keselamatan kenderaan seperti sistem brek dengan menguji pelapik brek supaya ia tidak haus.
4.Anda juga boleh memeriksa sistem penyaman idara serta cecair pada enjin kenderaan seperti minyak pelincir,air radiator,minyak brek dan pencuci cermin.
5.Untuk memastikan cat kenderaan tidak pudar,luangkan sedikit masa membasuh atau menghantarnya untuk dicuci serta dikilatkan supaya cat kenderaan tidak dimakan usia.
Tayar kekurangan tekanan udara menyebabkan kenderaan berat pada bahagian stereng atau boleh menakibatkan kebocoran.Ia juga boleh memberi kesan terhadap bunga tayar jika kekurangan tekanan udara.
Anda juga boleh menguji sistem brek dan membersihkan penapis udara kenderaan supaya ia sentiasa bersih.
* Setiap 3 bulan ganti minyak pelincir kereta anda.
Sebaiknya,setiap 5,000 km perjalanan anda ,lakukan penyelenggarakan (servis) di pusat penyelenggaraan atau hantar kereta ke bengkel yang menawarkan perkhidmatan berkenaan.
* Jika menggunakan pelincir yang mahal,anda perlu menukar penapis minyak pada setiap 5,000 KM.
* Setiap tahun ,periksa sistem gantungan (suspensi ) kenderaan .
Langkah itu bertujuan memastikan ia masih baik atau periksa bahagian perlu ditukar.Anda boleh menghantar ke kedai untuk pemeriksaan.Kerosakannya boleh dirasai pemandu apabila membawa penumpang.
* Pastikan penjajaran (alignment) dan imbangan tayar berada dalam keadaan yang baik.Periksa minyak pada bahagian kotak gear atau ditukar dengan minyak baru terutama kenderaan manual.
Anda juga boleh menilai ketebalan bunga tayar ,sama ada perlu tukar dengan yang baru atau tidak.
Panduan berkenaan adalah sebahagian daripada asas penyelenggaraan yang boleh anda lakukan sendiri.Ia dapat memberikan maklumat kepada pemilik mahupun pengguna kenderaan supaya sentiasa memngambil berat status jentera mereka.Penyelenggaraan berterusan adalah langkah bijak untuk menjaga usia kenderaan supaya sentiasa bertenaga dan selamat di jalan raya.