PELAKON Fizz Fairuz mengakui dan menerima hakikat zaman kegemilangannya sebagai pelakon semakin malap apatah lagi dia kurang mendapat tawaran berlakon sejak kebelakangan ini.
Menurut Fizz, sebagai pelakon dia menerima hakikat kegemilangannya sudah berakhir dan mengaggap ia adalah kitaran biasa.
"Ia adalah kitaran normal dalam kerjaya mana-mana pelakon dan tidak berasa kecewa apabila namanya tidak lagi menjadi pilihan produksi.
"Jika dahulu adalah masa saya sekarang giliran bakat-bakat baharu pula untuk mencipta nama sebagai pelakon," katanya dipetik Mstar Online.
Tambah pelakon yang terkenal menerusi drama Nur Kasih ini, walaupun karier lakonannya semakin perlahan namun itu tidak bererti dia akan meninggalkan bidang seni.
"Saya masih dalam industri dan saya ada perancangan tersendiri untuk membawa karier saya ke tahap lebih tinggi.
"Saya melihat ini adalah peluang untuk meningkatkan lagi karier seninya ke tahap berbeza termasuk menerbit dan mengarah drama atau pun filem pada masa akan datang," ujarnya lagi.
Fizz atau nama sebenarnya, Mohd Fairuz Zainil Abidin telah membuka syarikat sendiri Rain Maker Creative Sdn Bhd untuk menghasilkan drama atau pun filem termasuk pengurusan acara.
1 komentar:
komentarsaya peminat fizz fairuzz tapi xpe artis ada masa depan blh je berbisnes :)
Reply