PERTANYAAN ANAK GADIS ANDA TENTANG PAYUDARA MEREKA YANG MULAI TUMBUH



Terkadang pada keadaan tertentu para anak gadis belum dapat membezakan keadaan payudaranya normal atau tidak. Apalagi bagi para remaja yang tentunya masih belum banyak pengetahuan mengenai payudara.

Apakah selama ini para kaum Hawa cukup mengerti dengan bahagian istimewa dari tubuhnya, iaiyu payudara?

Berikut ini pertanyaan-pertanyaan yang muncul di benak remaja puteri sekitar pertumbuhan payudaranya.

1. Apakah besar payudara tika dewasa boleh diprediksi?

Jawaban: Ukuran payudara terutama ditentukan oleh gen dan berat badan. Misalnya, jika seorang ibu memiliki payudara yang kecil dan jika anaknya tidak memiliki banyak lemak tubuh, maka kemungkinan juga akan memiliki payudara yang kecil.

2. Apakah melakukan latihan (olahraga) boleh membuat payudara lebih besar?

Jawaban: Anda mungkin pernah mendengar bahawa beberapa produk, seperti krim khusus, atau latihan akan membuat payudara lebih besar, tetapi sebenarnya tidak. Jika tidak puas dengan ukuran payudara, mungkin dapat disamarkan dengan beberapa gaya baju atasan atau gaun yang lebih bagus daripada yang lain atau dapat mencuba mengenakan bra dengan span (bantalan).

Sebagian besar payudara terdiri dari lemak, kelenjar dan saluran, sedangkan di sebelah bawah payudara terdapat otot dada. Dengan melakukan beberapa olahraga untuk payudara seperti push up maka otot dada ini akan dibangun sehingga membuat payudara terlihat lebih membusung dan naik jadi seakan-akan terlihat besar.

3. Apakah payudara dapat terus tumbuh hingga akhir remaja?

Jawaban: Setiap gadis memilki perkembangan fizik yang berbeza, jadi jangan khuartir jika payudara Anda tidak tumbuh secepat teman Anda. Payudara dapat terus tumbuh hingga remaja akhir atau bahkan hingga awal usia 20-an tahun.

4. Apakah normal apabila salah satu payudara menjadi lebih besar daripada yang lain?

Jawaban: Payudara dapat berkembang dengan kecepatan yang berbeza, sehingga sangat normal bagi seseorang yang memiliki salah satu payudara lebih besar. Jika masalah penampilan, maka dapat diatasi dengan mengenakan bra dengan span atau dengan bantalan di satu sisi.

5. Apakah memakai bra yang terlalu kecil dapat mencegah pertumbuhan payudara?

Jawaban: Gen dan hormon merupakan pengontrol pertumbuhan payudara, sehingga apabila memakai bra yang terlalu kecil atau sesak tidak serta merta menghambat pertumbuhan payudara. Namun, sebaiknya tetap menggunakan bra yang nyaman dan memberikan cukup dukungan agar payudara tidak bergerak berlebihan.

6. Kenapa perempuan harus memakai bra cocok dan sesuai ukuran?

Jawaban: Bra yang sesuai ukuran akan membuat payudara terlihat lebih baik, dapat membantu mencegah cedera pada jaringan payudara, dapat membuat postur terlihat lebih baik.

Selain menjaga payudara pergerakan yang berlebihan, bra dengan ukuran yang sesuai dapat meningkatkan bentuk dan penampilan. Selain itu juga dapat mencegah cedera pada jaringan payudara dan membuat postur terlihat lebih baik.

Bra yang dikenakan dengan ukuran yang kurang sesuai dapat menyebabkan masalah punggung, ketegangan otot, dan sakit kepala.

7. Untuk mengetahui ukuran payudara ketika membeli bra, apakah dapat dengan melingkarkan meteran di bagian payudara?

Jawaban: Cara yang paling akurat untuk menentukan pengukuran payudara adalah dengan melingkarkan pita pengukur tepat di bawah payudara yakni di sekitar tulang rusuk dan punggung. Meteran harus rata dan tidak terlalu ketat atau terlalu longgar. Tambahkan 5 inci untuk mendapatkan ukuran payudara.

8. Apakah perlu tahu ukuran payudara untuk mengetahui ukuran cup bra?

Jawaban: Benar, untuk mengetahui ukuran cup bra, lingkarkan pita pengukur di bagian sepenuhnya pada payudara, dan kurangilah pengukuran tersebut untuk mendapatkan ukuran payudara. Hasil pengukuran tersebut, antara lain:
- Selisih < 1 inci, berarti ukuran cup adalah AA
- Selisih 1 inci, berarti ukuran cup A
- Selisih 2 inci, berarti ukuran cup B
- Selisih 3 inci, berarti ukuran cup C

9. Apakah sport bra merupakan jenis bra yang baik untuk dipakai pertama kali?

Jawaban: Benar, Bra olahraga memang dirancang untuk mencegah payudara bergerak terlalu banyak ketika olahraga. Sehingga jenis bra olahraga dapat dijadikan bra pertama yang baik bagi banyak gadis kerana payudara masih agak datar.

10. Apakah beberapa perempuan memiliki rambut sekitar puting mereka?

Jawaban: Benar, kerana faktor genetik dan hormon, beberapa anak perempuan memiliki rambut yang lebih banyak pada tubuh mereka dibandingkan dengan yang lain.

Pertumbuhan rambut tersebut dapat mencakup daerah di sekitar puting. Jika ingin menghilangkan rambut ini, dapat mencoba tweezing atau waxing, atau berkonsultasi dengan dokter mengenai pilihan lain, seperti elektrolisis atau perawatan laser (meskipun mahal).

11. Apakah payudara yang nyeri selalu merupakan tanda adanya masalah medis?

Jawaban: Salah. Merupakan hal yang wajar jika merasakan rasa sakit atau nyeri di payudara, terutama ketika payudara mulai bertumbuh atau selama periode haid. Kerana nyeri payudara sering menjadi bagian dari sindrom pramenstruasi (PMS).

Nyeri tersebut dapat disebabkan oleh perubahan kadar hormon. Gejala PMS yang lain juga dapat termasuk kram, sakit kepala, dan perubahan suasana hati. Tapi pembengkakan dan kelembutan pada payudara dapat terjadi karena alasan lain, termasuk kehamilan. Penting untuk mengetahui kondisi normal atau abnormal, sehingga dapat segera berkonsultasi dengan dokter jika terjadi tanda-tanda yang tidak biasa.

12. Apakah remaja tidak perlu melakukan pemeriksaan payudara sendiri?

Jawaban: Salah karena yang benar remaja bisa melakukan pemeriksaan payudara sendiri. Pemeriksaan payudara sendiri dapat membantu perempuan menemukan kista atau masalah payudara non-kanser lainnya jika ada perubahan yang tidak biasa pada payudara. Selain itu, juga dapat membantu mendeteksi kanker payudara.

TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA BERKAITAN KERETA

1) Contoh : kegagalan kerja-kerja Pembaikan Kereta
Ramai tidak menyedari bahawa undang-undang sedia ada mensyaratkan sebarang kerja-kerja pembaikan kenderaan hanya boleh dilakukan setelah pelanggan bersetuju dengan anggaran kos pembaikan. perkara itu termaktub dalam Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Pendedahan Maklumat Bengkel) 2002 tetapi apa yang berlaku sekarang banyak bengkel melakukan kerja-kerja pembaikan dahulu dan memaklumkan kosnya kemudian, menyebabkan pengguna tiada pilihan selain membayar jumlah itu kerana mahukan kereta mereka dikeluarkan dari bengkel tersebut.Ada juga bengkel gagal melakukan kerja-kerja pembaikan dengan sempurna walau pun telah beberapa kali di hantar semula untuk di baiki tetapi masalah tetap tidak selesai disebabkan alat ganti yang digunakan bukan alat ganti tulen .Malahan bengkel tersebut tidak maklumkan tentang anggaran kos kepada pemilik kereta kemudian memaksa membayar jumlah harga yang tidak munasabah untuk kerja-kerja membaiki kerosakan itu yang disiapkan hanya selepas sebulan. Pemilik kereta merasa seolah-olah mereka tertipu dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Lalu pemilik membuat aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna dalam keputusan tersebut bengkel tersebut telah diarahkan membayar balik kos yang ditanggung pemilik atau membaiki apa sahaja kerosakan kereta secara percuma sehingga pemilik kereta berpuas hati .
_______________________________


2) Contoh : Urusan Deposit Jual Beli Kereta
Seorang pembeli kereta telah membatalkan tempahan kereta baru setelah ia gagal mendapatkan pinjaman bank, atau tidak memberikan kereta warna yang ditetapkan dalam tempahannya, atau gagal untuk menetapkan tarikh penghantaran, dan tidak memberikan kembali wang deposit walaupun telah berjanji untuk melakukannya atau ada “terma tidak adil” dalam kontrak pembelian kereta . Apabila di rujuk kepada Tribunal tuntutan pengguna Tribuanl Tuntutan Pengguna telah memerintahkan penjual kereta mengembalikan deposit tempahan kepada pembeli yang membatalkan tempahan mereka.
_______________________________

3) Contoh :Terpedaya Dengan Iklan Tawaran Kereta
seorang pembeli kereta terpedaya Promosi sempena perayaan atau iklan yang tawarkan sebuah syarikat pengeluar kereta dengan memberikan servis jaminan percuma sekali gus memperdayakan pembeli yang tidak mengetahui syarat yang tersembunyi dalam iklan masing-masing. Namun jaminan itu hanya tertakluk / terhad terhadap pakej harga yang ditetapkan bagi sebuah kenderaan.
_______________________________

4) Contoh :Tertipu Dengan Wakil Jualan Kereta
a) Seorang Pembeli kereta terpakai setelah langsai membayar pinjaman keretanya secara ansuran bulanan gagal menerima geran keretanya. Setelah bersemuka dengan pihak penjual kereta alasan yang diberikan pada mangsa adalah kegagalan menukar nama milik asal kepada namanya.. Dia meminta menukar nama disebabkan tidak tahan untuk membayar saman trafik pemilik asal kereta tersebut. Setelah membawanya ke TTPM, kes ini dapat diselesaikan setelah arahan kepada penjual kereta memulangkan wang yang dibayar untuk membeli kereta tersebut.

b) Seorang pembeli kereta baru rasa tertipu semasa beli kereta.. contohnya beliau membeli kereta dengan wakil penjualan pada
bulan ni..tapi diberi kereta buatan tahun 2002 tanpa dimaklumkan dahulu dan juga dengan harga jualan biasa...hanya selepas pendaftaran ngan JPJ baru beliau tahu.. Kemudian beliau telah merujuk Wakil jualan dia yang sah.. Jawapan yang didapati “kereta yang dah siap banyak ....Jadi tak heran ler tahun buat tuh dah lama ....Tapi kereta tuh still kereta baru lagi.......Bukan kereta second...” Di sini pembeli kereta terpedaya tentang pembelian tersebut kerana kereta tersebut mengalami peratus susutnilai kereta setahun untuk tempoh harga kereta tahun lepas tapi dijual tahun ni bagi kereta baru... rugi sikit la...kalau nak jual balik .. Kes sebegini boleh kalau nak buat tuntutan kat tribunal tuntuntan pengguna.. boleh buat tuntutan..cuma jumlahnya saya tak tahu berapa?
_______________________________
5) Contoh :Caj Perkhidmatan Melampau
Seorang Pembeli kereta terpakai telah dikenakan caj perkhidmatan RM 100 untuk menguruskan permohonan pinjaman kereta terhadap pinjaman di sebuah bank..dan ada juga yang mengenakan bayaran sehingga RM300 untuk menguruskan pinjaman dari bank untuk pembelian kereta dengan alasan mencuba beberapa bank selepas pinjaman tidak diluluskan,” Apa bila di buat aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) didapati tindakan sebuah syarikat jualan kereta terpakai mengenakan caj perkhidmatan sebanyak RM100 untuk menguruskan permohonan pinjaman kereta sebagai tidak wajar. Sekiranya caj RM100 dikenakan kepada pelanggan untuk sebuah bank ia memang tidak wajar, tetapi jika ia meliputi perkhidmatan untuk permohonan di beberapa buah bank ia memang wajar.
_______________________________
6) Contoh :Mutu Perkhidmatan Teruk di Pusat Servis
Seorang Pembeli kereta baru telah membuat aduan TTPM tentang masalah kereta barunya sejak minggu pertama dibeli sehingga sekarang . Sepanjang sembilan bulan memiliki kereta tersebut , masa banyak dihabiskan di dalam bengkel berbanding kereta tersebut di atas jalan raya kerana banyak masalah dan kerosakan yang berlaku walaupun sudah acap kali keluar masuk bengkel. Malah pemilik kereta tersebut mendapati berlaku beberapa kerosakan pada bahagian kereta akibat kecuaian kakitangan seperti bumper belakang pecah dan perkara itu diakui sendiri penyelia pusat servis terbabit . beliau sudah membuat aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) kerana tidak berpuas hati dengan kualiti kereta itu serta mutu perkidmatan kakitangan di pusat servis dan berharap mendapat pembelaan sewajarnya
_______________________________
7) Contoh :Kecuaian Perkhidmatan yang diberikan
Seorang guru kecewa apabila kereta yang baru dibelinya dua bulan lalu. Saya tidak berpuas hati terhadap apa yang berlaku berikutan kereta itu baru sahaja dibelinya dan kerosakan mekanikal berkenaan tidak logik berlaku. Mekanik pusat penyelenggaraan itu mendakwa kerosakan pada bahagian radiator kereta berpunca dari kecuaian pihak mangsa. Bagaimanapun, beliau menafikan perkara itu berikutan tidak pernah membuka bahagian enjin kereta sejak ia dibeli dan diambil dari syarikat pengedar. Mangsa yang tidak berpuas hati kemudian membuat aduan di TTPM. Bagaimanapun, perbicaraan kali kedua itu menemui jalan penyelesaian apabila pihak syarikat pengedar kereta terbabit sanggup memberi ganti rugi dalam bentuk perkhidmatan pemeriksaan kenderaan percuma dan diskaun bagi pembelian alat ganti kenderaan.
_______________________________
8) Contoh :Tertipu dengan Warranty Produk
Seorang pemilik kereta terpedaya apabila memasang Tinted Film pada cermin kereta. Menurut pihak pemasangan Tinted Film mempunyai ketahanan terhadap kepanasan (heat) dan hentaman (hits) dan diberi warranty 10 tahun sekiranya produk mereka tidak menjamin ketahanan terhadap kedua-dua perkara di atas. Tetapi baru-baru ini, cermin kereta pemilik telah pecah akibat kegiatan kecurian. Apabila berjumpa pihak tinted film tersebut bagi menuntut pemasangan tinted film mereka secara percuma setelah produk mereka tidak terjamin dapat menahan hentaman (hits), mereka mula berdalih dan menyatakan bahawa kes tersebut ini tidak termaktub di dalam warranty mereka. Apabila di rujuk kepada Tribunal tuntutan pengguna Tribuanl Tuntutan Pengguna telah memerintahkan membayar balik kos pemasangan tinted film tersebut
_______________________________
9) Contoh :Harga / Kos Pembaikan Kereta tidak munasabah
Seorang pemilik kereta yang dihantar dalam keadaan yang sempurna untuk tujuan perkhidmatan penyelenggaraan (servis) dan membaik pulih kerosakan enjin dan mengenakan charge harga / kos yang tidak munasabah. Pada mulanya kereta dihantar ke bengkel masih boleh hidup namun setelah dihantar ke pusat servis tersebut langsung tidak boleh bergerak hingga perlu top overhaul, pemilik mengesan ada sesuatu yang tidak kena.oleh kerana itu pemilik kereta tidak puas hati dan membawa kereta nya keluar dari pusat servis tersebut dan menghantar ke pusat servis lain..Pemilik kereta mengambil keputusan membawa kes tersebut ke TTPM bagi mendapatkan keadilan kerana merasakan pihaknya teraniaya.Tuntutan yang dibuat meliputi tuntutan kos pembaikan dan ganti rugi kesusahan dan teladan.
_______________________________
10) Contoh :Kerosakan Peralatan kenderaan
Seorang Pemilik kereta telah menghantar kereta untuk dicuci termasuklah mencuci enjin, enjin kereta mati selepas beberapa KM perjalanan, dan lampu kereta tak dapat dinyalakan kerana air masuk kedalam wayar. Tetapi kerosakan pada bahagian kereta mestilah diperakui oleh mereka yang pakar dalam bidang ini dan kemungkinan jumlah tuntutan yang dibenarkan . akibat tak puas hati, masuklah tribunal pengguna, . Cuma rasanya jumlah tuntutan tu tak banyak..
_______________________________
11) Contoh :Insurance kemalangan kenderaan
Seorang penguna kereta telah terlibat kemalangan dan menghantar kereta ke sebuah bengkel panel insuran, untuk dibaiki. Malah, tempok baik pulih memakan masa berbulan-bulan lamanya. beliau kembali ke bengkel berkenaan dan terkejut apabila mendapati harga dikenakan tidak sepadan kualiti alat ganti yang dipasang.Ada barang baru, ada yang lama dan alat tidak sepadan dengan nilai RM11,000 yang diminta, sedangkan ia selayaknya antara RM300 atau RM400.seolah-olah tipu oleh pihak insurance (adjuster) dan juga pihak bengkel .Malahan pihak bengkel panel meminta pula membayar deposit diambil sebagai jumlah yang tidak dicover sepenuhnya oleh pihak insurance.bagi membolehkan kereta tersebut dikeluarkan dari bengkel. Perkara ini boleh dirujuk pada Tribunal Tuntutan pengguna untuk disiasat
_______________________________
12) Contoh : Penukaran Alat Ganti/ Part kenderaan
Kes Penipuan terhadap produk/ Part tiruan di kedai servis kereta dan tayar. Benda sikit caj melampau yang tak perlu ditukar habis kena tukar daripada servis puluhan ringgit melarat hingga ratusan ringgit termasuklah penukaran part-part tidak bersangkut paut dengan masalah kereta tersebut, allignment dan balancing’ dan mungkin terus kena ketuk bak kata tauke kedai, “Ini mesti tukar, itu mesti tukar…ini banyak bahaya nanti accident lo…Tukar ini barang gerenti baik punya” Selang beberapa hari semua barang yang di tukar berbunyi.. Bila datang balik kedai tersebut , tauke kedai bagi pelbagai alasan di berikan menyalahkan pengguna.. Perkara ini juga boleh di bawa ke Tribunal Tuntutan pengguna jika merasa tertipu .
_______________________________

Cara Membuat Tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna
a)Boleh buat pemfailan tuntutan hanyalah sebanyak RM 5.00 sahaja.
b)Pihak TTPM akan menghantar anda Borang 1. Secepat mungkin, anda hubungi pihak yang menuntut itu untuk berbincang mengenai sebarang pertikaian atau menyelesaikannya ( kira macam settle luar la heheheheh)
c)Sekiranya penyelesaian menemui jalan buntu, secepat mungkin anda memfailkan Borang 2 di mana-mana cawangan tribunal. Borang 2 ini adalah pernyataan pembelaan dari pihak anda dan sesalinan harus diberi kepada yang menuntut.
d)Semasa pengguna mengemukakan pemfailan di TTPM, dalam masa 14 hari pengguna akan mengetahui tarikh bila pendengaran untuk kesnya akan didengar. Pada masa itulah, urusan settle luar akan dilakukan dan jika berjaya, Notis Henti akan dilakukan dan kedua-dua pihak tidak perlu hadiri pendengaran.
e)Jika tidak berjaya, kedua-dua pihak perlu mengemukakan bahan bukti semasa pendengaran seperti resit dan sebagainya. Sessi pendengaran tidak berlangsung lama. Sekitar 10 - 15 minit sahaja. Pihak Presiden TTPM akan membuat keputusan dalam tempoh itu.
_______________________________

Kemukakan Bukti Kukuh kepada TTPM
Para pengguna yang ingin mengemukakan tuntutan di TTPM supaya menyediakan semua dokumen yang lengkap dan bukti yang mencukupi untuk mengukuhkan tuntutan mereka.
nasihat saya untuk semua:
1) Jangan sesekali sign borang kosong.
2) kalau nak buat perjanjian, pastikan isi kandungan dan butir-butir semuanya lengkap (harga, tempoh bayar,masa/ tarikh perjanjian, orang yang terlibat, patuhi syarat kontrak dan sebagainya). boleh cari saksi 2 orang (yg dipercayai sebagai saksi)
3) Simpan segala bukti bertulis, simpan resit serta statement pembelian atau deposit, Jika buat pembayaran transaksi bank simpan butiran tersebut, Simpan kad warranty, jika ada buat report polis sertakan sekali dan sebagainya

Tuntutan yang ditolak dan Luar bidang kuasa TTPM
Setiap kes itu diselesaikan melalui tiga cara iaitu pendengaran di mahkamah TTPM, perundingan antara pihak yang menuntut dan penentang dan tuntutan ditarik balik oleh pihak yang menuntut.Pihak yang menuntut atau para pengguna yang memfailkan tuntutan terhadap sesebuah pihak tidak semestinya berjaya mendapat tuntutan yang mereka tuntut kerana presiden TTPM akan melihat secara teliti tuntutan-tuntutan itu ketika pendengaran kes.Tidak semestinya apa yang para pengguna tuntut itu mereka akan dapat… kadang-kadang tuntutan pihak yang menuntut terpaksa ditolak kerana tidak mempunyai bukti yang kukuh atau di luar bidang kuasa TTPM.
_______________________________
Bagi yang ingkar perintah TTPM
Tribunal akan mengeluarkan award (arahan) kepada penentang supaya menjelaskan tuntutan pengguna dalam tempoh 14 hari daripada tarikh award itu diterima.

Kegagalan penentang mematuhi award tersebut dianggap sebagai kesalahan jenayah di bawah Seksyen 117 Akta Perlindungan Pengguna APP 1999 seperti berikut:
a) Seksyen 117 (1) APP 1999 - Kesalah pertama - denda tidak melebihi RM5000 atau PENJARA selama tidak lebih daripada 2 tahun atau kedua-duanya

b) Seksyen 117 (2) APP 1999 - Kesalahan yang berterusan - penalti seperti seksyen 117(1) dan tambahan denda tidak melebihi RM 1000 bagi setiap hari atau sebahagian hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Sumber: http://firestartingautomobile.blogspot.com

KEAJAIBAN BAYI DALAM KANDUNGAN


Minggu 1
Bayi
Lapan hari selepas persenyawaan, blastocyst akan merembeskan mukus untuk menyatakan kehadirannya di dalam rahim.

Anda
Anda digalakkan makan lebih banyak asid folik iaitu 400 micrograms (mcg) sehari. Asid folik diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah selain dapat mengelakkan kecacatan janin seperti spina bifida.

Minggu 2

Bayi
Blastocyst mula menggelembung dan membahagi dua kali dalam tempoh sehari. Pada hari ke-12, jumlahnya akan menjadi beribu- ribu. Setelah itu, blastocyst disauh dengan kukuh pada endometrium.

Anda
Dalam minggu ini pula, anda perlu mengambil makanan tambahan yang mengandungi asid folik, besi dan kalsium termasuklah beberapa jenis nutrien penting lain untuk perkembangan bayi yang sihat.

Minggu 3
Bayi
Selepas tiga minggu persenyawaan, saiznya ialah sepanjang 0.08 inci ataupun 2 mm. Gen mula membentuk tiga lapisan sel daripada organ badan yang akan bergabung.

Anda
Di awal minggu kehamilan anda perlu banyak mengambil kalsium. Antaranya keju. Namun terdapat beberapa jenis keju yang b oleh menyebabkan listeria. Penyakit ini menimbulkan kesakitan seperti sakit otot, sakit belakang, demam dan kesejukkan.

Minggu 4
Bayi
Pada minggu ini, akan kelihatan bentuk awal otak dan tulang belakang. Jantungnya mengepam darah ke paru-paru dan aorta(urat besar yang mengalirkan darah daripada jantung)

Anda
Senaman dipercayai baik untuk ibu hamil. Apabila anda aktif, anda dapat mengelakkan ketidakselesaan seperti sakit belakang, sukar tidur, sembelit dan keletihan

Minggu 5
Bayi
Walaupun anggota tubuh badan bayi yang jelas kelihatan ialah matanya, namun otaknya masih dalam proses perkembangan. Begitu juga dengan saluran darah yang tidak lama lagi akan bertukar menjadi jantung.

Anda
Suhu badan yang terlalu panas boleh menyebabkan kecacatan pada bayi. Jadi elakkan aktiviti seperti bersauna, jakuzi dan senaman yang boleh menyebabkan suhu tubuh meningkat.

Minggu 6
Bayi
Jantungnya kini sudah terbentuk dan mula berdenyut. Di akhir minggu ini, saluran yang menghubungkan bayi dengan plasenta mula membesar menjadi tali pusat. Selain itu, saluran darah juga terbentuk. Saiz bayi kini membesar jari kelengkeng dan pergerakkannya hanya dapat dilihat melalui ujian imbasan.

Anda
Jika anda menderita morning sickness, bau-bau tertentu membuatkan anda jadi lebih teruk lagi. Kulit anda juga berubah menjadi lebih gelap sehingga menjadi bertompok-tompok dan mengelupas.

Minggu 7
Bayi
Lubang hidung, bibir, lidah dan giginya dalam proses pembentukkan. Manakala kaki dan lengannya kian berkembang. Dalam pada itu, tulang belakang, usus dan otak hampir terbentuk.

Anda
Anda mungkin berasa pening ataupun pengsan jika berdiri terlalu lama. Selain itu, jika terpaksa berada dalam keadaan sesak, anda juga mungkin berkeadaan sebegini. Anda juga mudah berasa letih.

Minggu 8
Bayi
Mata, telinga dan telinga tengah yang mengawal keseimbangan sudah mula terbentuk. Saluran darahnya juga sudah mula kelihatan. Jantungnya pula mula berdenyut pada kadar denyutan normal. Memandangkan kaki dan lengannya kian berkembang, bayi sudah “pandai” bergerak dan menendang. Walau bagaimanapun, saiznya yang masih kecil, tidak membenarkan anda merasai pergerakannya.

Anda
Perubahan bentuk fizikal mula dialami,puting dan payu dara mula membesar dan mudah sensitif. Lelehan faraj juga makin banyak.

Minggu 9
Bayi
Bentuk muka bayi mula berkembang, malah mulut dan hidungnya jelas kelihatan. Begitu juga dengan kaki dan tangannya.

Anda
Berat badan mula bertambah. Anda digalakkan untuk merekodkan setiap pertambahan berat badan yang dialami. Ketika ini, gusi anda menjadi lebih lembut dan nipis disebabkan oleh perubahan hormon.

Minggu 10
Bayi
Telinga luaran mula jelas kelihatan. Tubuhnya kini mula memanjang iaitu ibu jari dan jari-jari yang lain jelas terlihat tetapi bentuknya belum sempurna seperti jari normal manusia.

Anda
Jumlah darah yang mengalir di dalam tubuh kian meningkat. Ini akan membuatkan anda berasa lebih panas daripada biasa. Saiz rahim anda kini sebesar buah oren.

Minggu 11
Bayi
Majoriti organ bayi sudah terbentuk. Kini, bayi berada dalam zon selamat daripada sebarang ketidaknormalan pada janin dan jangkitan tertentu.

Anda
Ketidakselesaan yang dialami membuatkan anda mudah berasa letih. Jadi, anda perlu mengambil peluang merehatkan diri jika ada kesempatan.

Minggu 12
Bayi
Jantung bayi berdegup antara 110 hingga 160 kali seminit. Pada minggu ini dadanya turun naik kerana dia sudah mula bernafas. Bentuk tubuhnya sudah mula kelihatan. Ibu jari dan jari-jari lainnya sudah lengkap terbentuk. Termasuk kukunya. Bayi sudah mampu menghisap ibu jarinya dan menelan cecair amniotik seterusnya menukarkannya menjadi urin.

Anda
Berat badan anda akan bertambah kira-kira ¼ daripada berat badan normal di antara minggu ini hingga minggu ke-20. Ketika minggu ini anda akan merasa lebih bertenaga berbanding minggu- minggu sebelumnya.

Minggu 13
Bayi
Tulangnya mula berkembang, begitu juga dengan gigi. Pada tahap ini, bayi sentiasa menggerakkan bibirnya sebagai persediaan untuk merangsangkan otot bibirnya supaya daya hisapnya dapat berfungsi dengan baik setelah dia lahir nanti.

Anda
Perubahan ’saiz’ rahim yang kian membesar akan membuatkan anda menyedari bahawa perasan perut anda “buncit”. Dalam pada itu, perubahan warna putting turut berlaku. Warna bahagian tersebut berubah menjadi lebih gelap dan urat biru pada payu dara anda mula jelas kelihatan.

Minggu 14
Bayi
Organ-organ bayi dalam kandungan sudah mulai matang. Dagu, dahi dan hidung kini semakin menyerlah. Bayi juga berupaya untuk menggerak-gerakkan kepalanya dan ada kalanya dia boleh mengerutkan kening.

Anda
Katakan selamat tinggal kepada morning sickness. Saat ini, anda dapat menikmati makan dan minum. Jika beberapa bulan sebelum ini dunia seks anda hambar, jangan risau. Kini, keseronokkan hubungan seks itu muncul kembali dan mungkin lebih baik daripada sebelumnya. Agar hubungan anda dan suami pulih seperti sedia kala, tumpukan perhatian dan berikanlah kasih sayang sepenuhnya pada suami.

Minggu 15
Bayi
Tulang rangka bayi sedang giat berkembang. Kini, kakinya lebih panjang daripada tangan. Rambut pada kepala juga semakin menebal. Begitu juga dengan kening dan bulu matanya. Semua makin jelas kelihatan. Ketika ini, dia sudah boleh mendengar. Antara yang paling jelas didengarnya ialah suara anda selain daripada degupan jantung dan bunyi perut anda.

Anda
Kuantiti darah yang mengalir dalam badan semakin banyak. Pada masa yang sama bayi juga perlukan oksigen. Oleh yang demikian, jantung perlu bekerja kuat. Jadi, tidak hairanlah jika ketika ini jantung anda kelihatan sedikit besar. Semua itu adalah untuk memastikannya mampu menjalankan tugas sebaiknya.

Minggu 16
Bayi
Bayi semakin kerap bergerak. Tubuhnya juga mula diselaputi lanugo iaitu rerambut halus. Tujuannya ialah untuk mengekalkan keseimbangan suhu badan. Jantina bayi juga sudah boleh diketahui semasa ultrasound dilakukan.

Anda
Pada saat ini anda sepatutnya rasa lebih segar, seronok dan gembira. Selera makan juga semakin bertambah. Anda mungkin dapat merasa pergerakkan pertama bayi dalam kandungan. Akan tetapi pergerakan bayi anda tidaklah terlalu ketara. Pada masa yang sama, garis halus berwarna gelap di bawah abdomen yang dikenali sebagai linea niagra semakin menyerlah.

Minggu 17
Bayi
Anggota badan bayi kini terbentuk dengan sempurna. Deria rasanya juga sudah mula dibina. Bayi anda sekarang sudah mempunyai cap jarinya sendiri.

Anda
Pinggan ramping anda kini sudah menghilangkan dirinya. Yang tinggal hanyalah perut yang semakin membesar di samping kehadiran sedikit tanda rekahan pada bahagian tersebut. Selain perut, gusi juga mengalami sedikit gangguan. Gusi berdarah ialah antara masalah yang biasa.

Minggu 18
Bayi
Kulit bayi ketika ini masih lagi berkedut kerana dia belum mengumpul lemak. Dia juga sangat aktif bergerak. Bayi juga mula peka terhadap bunyi-bunyian daripada luar. Oleh yang demikian, jangan terperanjat jika tiba-tiba bayi menendang setelah terdengar bunyi kuat.

Anda
Ketika ini anda sudah semakin dapat rasa pergerakkan anak. Dalam masa yang sama, anda juga mungkin mengalami masalah untuk bernafas. Hal ini terjadi kerana membran dalam hidung akan membengkak seterusnya mengganggu peredaran udara masuk ke dalamnya. Selain itu, lelehan faraj juga semakin bertambah.

Minggu 19
Bayi
Sama seperti anda, bayi dalam kandungan juga semakin membesar. Ketika ini gigi susu mulai terbentuk dalam gusi. Dalam masa yang sama, tunas untuk pembentukkan gigi kekal juga muncul.

Anda
Saat ini berat badan anda semakin bertambah. Punggung, paha dan bahagian abdomen adalah antara kawasan yang paling ketara pertambahan beratnya. Urat-urat halus juga mula kelihatan pada muka anda.

Minggu 20
Bayi
Vernis iaitu sejenis bahan putih berminyak mula menyelaputi kulit bayi untuk melindunginya daripada cecair amniotik semasa berada dalam kandungan.

Anda
Rahim semakin cepat membesar dan anda kini telah kelihatan sama seperti ibu hamil lain. Akibat pembesaran perut yang begitu cepat, pusat hampir tidak kelihatan. Tetapi, ada sesetengah ibu hamil pusatnya tidak menjadi rata sebaliknya tertonjol keluar. Ketika ini masalah pedih ulu hati bukanlah sesuatu yang asing. Ini terjadi akibat perubahan hormon yang akan menyebabkan injap pada pintu masuk perut mengendur. Kesannya, asid perut kembali semula ke saluran perut yang dikenali sebagai esofagus. Agar masalah ini tidak berlarutan, elakkan makan terlalu banyak makanan yang terlalu pedas ataupun bergoreng.

Minggu 21
Bayi
Si kecik kini sebesar kira-kira sebiji pisang besar. Sudah besar bukan? Jadi apa salahnya jika anda mula mencari nama terbaik untuknya.

Anda
Pada minggu ini badan anda berupaya menerima makanan lebih daripada biasa. Jadi, jangan terlalu banyak makan kerana lemak akan berkumpul dan tahap gula mungkin meningkat. Elakkan juga makanan yang tinggi kandungan karbohidrat seperti nasi kerana ini akan menyumbang kepada peningkatan gula dalam darah.

Minggu 22
Bayi
Perkembangan pendengaran bayi di tahap yang memberangsangkan kerana anak kini sudah mula mendengar bunyi dari luar.

Anda
Minumlah segelas jus oren setiap kali anda mengambil makanan yang tinggi zat besinya seperti brokoli dan buah yang diawet. Jus oren membolehkan mineral dari makanan tersebut diserap dengan banyak dan mudah.

Minggu 23
Bayi
Degupan jantung kini boleh dikesan menggunakan seteskop. Dia juga mula pandai tersedu.

Anda
Jika tangan dan kaki beng kak, jangan panik. Perkara ini biasa berlaku pada ibu hamil khususnya di akhir-akhir minggu kehamilan. Proses ini dinamakan sebagai oedema.

Minggu 24
Bayi
Bayi semakin lasak bergerak. Anda juga semakin mahir membaca pergerakkannya. Degupan jantung bayi sudah boleh didengar walaupun hanya menggunakan setoskop biasa. Pendengarannya semakin tajam. Bayi mendengar setiap bunyi yang ada seperti suasana di luar, degupan jantung dan bunyi angin dalam perut ibu. Oleh yang demikian, gunakan masa ini untuk mendengarkan anak dengan muzik atau lagu.

Anda
Empat peratus daripada ibu hamil cenderung mengalami masalah kecing manis atau diabetis pada minggu ini.

Minggu 25
Bayi
Sel-sel otak pada bayi terus berkembang dan menjadi semakin kompleks. Tulangnya juga semakin keras. Kini, bayi semakin sktif belajar bernafas, menyedut dan keluarkan kembali cecair amniotik yang wujud di sekitarnya mereka. Sekiranya bayi tertelan terlalu banyak cecair tersebut, dia boleh tersedu.

Anda
Memasuki minggu ini, pelbagai perasaan akan timbul. Takut, gembira, gementar, suka, risau dan segala jenis macam rasa akan timbul. Jangan terlalu banyak berfikir. Cuba tenangkan diri dengan membanyakkan bacaan tentang kehamilan.

Minggu 26
Bayi
Mula belajar bernafas. Tetapi, pada tahap ini masih belum ada oksigen yang akan masuk ke dalam paru-paru. Tahap ini juga kedudukan bayi dalam keadaan menyongsang. Jangan panik. Dari masa ke semasa bayi akan berada di kedudukkan yang betul setelah berpusing mengikut usia kandungan.

Anda
Akan berlaku perubahan khususnya soal pernafasan. Anda mungkin akan cepat mengah dan rasa seperti kekurangan oksigen. Hal ini di sebabkan oleh saiz bayi yang kian membesar dan mula menekan jantung dan paru-paru.

Minggu 27
Bayi
Bayi makin membesar manakala kulit pula mula menebal dan berkedut dan diselaputi dengan satu lapisan yang dinamakan vernix caseosa

Anda
Anda mungkin menghadapi beberapa penyakit biasa ketika mengandung iaitu kecing manis dan darah tinggi. Oleh yang demikian, anda perlu tahu keadaan fizikal terkini dan pastikan kesihatan berada di tahap normal.

Minggu 28
Bayi
Pada usia ini, bayi sudah cukup sifatnya dan boleh lahir pada bila- bila masa. Jika bayi lahir pada usia ini, dia diketegorikan sebagai bayi pramatang. Jantungnya kini berdegup sebanyak 150 degupan seminit.

Anda
Payu dara kini mula mengeluarkan kolostrum iaitu sejenis cecair likat. Jika anda berasa tidak selesa dengan pengeluaran kolostrum tersebut, cuba pakai pad pada baju dalam bagi mengelakkan rasa melekit.

Minggu 29
Bayi
Bayi semakin membesar dan memenuhi ke seluruhan ruang dalam perut. Kepalanya mula sepadan dengan badan. Kening dan bulu mata tumbuh sepenuhnya. Bulu pada badannya terus tumbuh. Matanya boleh membuka dan ditutup dan mula fokus.

Anda
Dengan perut yang semakin besar, tidur anda kini sering tidak nyenyak. Selain daripada rasa tidak selesa semasa berbaring, anda juga semakin kerap ke bilik air. Ketika ini cara tidur yang betul penting untuk memastikan anda berpeluang untuk berehat secukupnya. Agar anda rasa selesa ketika berbaring, alaskan perut dan kaki dengan bantal.

Minggu 30
Bayi
Bayi kini sudah pandai menyesuaikan keadaan mengikut keselesaan.

Anda
Anda akan cepat rasa letih kerana perut semakin membesar. Jika berjalan terlalu laju anda akan cepat lelah. Jadi adalah penting untuk anda menjaga posisi. Tidur pada waktu malam juga mungkin akan terganggu.

Minggu 31
Bayi
Kini, dia sangat aktif dan sudah dapat membezakan antara terang dan gelap.

Anda
Sesak nafas atau termengah-mengah akan mudah berlaku sekiranya anda tidak berhenti bergerak. Jadi banyakkan berehat. Jika waktu malam anda rasa kurang selesa untuk bernafas, pastikan pakaian anda tidak terlalu ketat dan panas.

Minggu 32
Bayi
Bayi semakin aktif bergerak. Dia akan memusingkan badan, menendang dan membuat lebih banyak lagi aksi berbanding sebelum ini. Walaubagaimanapun, kedudukan kepala bayi tetap berada si permukaan serviks untuk keluar pada bila-bila masa.

Anda
Jika anda bekerja, mulakan cuti sekarang. Nikmati hujung minggu kehamilan ini dengan pelbagai persediaan mental dan fizikal.

Minggu 33
Bayi
Jari jemari mulai terbentuk dengan sempurna. Begitu juga halnya dengan paru-paru. Ketika ini, bayi mula berlatih bernafas.

Anda
Kenaikan berat badan kini tidak terlalu cepat. Jika tidak pun, berat badan hanya meningkat lebih kurang 1kg untuk setiap minggu. Anda digalakkan memeriksa tahap kesihatan dengan kerap agar tidak berlaku sebarang masalah.

Minggu 34
Bayi
Berat badannya semakin bertambah. Matanya mula sensitif terhadap cahaya. Kening dan bulu mata kini sudah cukup matang dan mata janin kini sudah pandai berkedip-kedip. Sekiranya janin adalah lelaki, testisnya mula membentuk dengan sempurna.

Anda
Tekanan darah mungkin akan meningkat agak tinggi. Jadi, jaga sedikit perasaan dan emosi pada peringkat ini.

Minggu 35
Bayi
Tulang kepalanya lembut dan mudah lentur. Manakala kulitnya mula berubah menjadi kemerah-merahan. Kini, dia tahu waktu tidur dan berjaga.

Anda
Banyakkan berbincang tentang emosi dan kesediaan anda ketika di bilik bersalin bersama pasangan atau sesiapa yang akrab agar rasa gentar dan risau semakin hilang. Dalam masa yang sama, kawal diet. Jangan berjalan keluar rumah kerana takut kontraksi boleh bermula pada bila-bila. Bersiap sedia dari sekarang.

Minggu 36
Bayi
Kontraksi awal boleh bermula sekarang. Jika berlaku tidak terlalu kerap, itu bukan tanda ingin bersalin. Itu adalah tanda kandungan anda semakin mencapai tahap matang. Bayi mula pandai bernafas dengan betul, menghisap jari dan belajar menelan.

Anda
Pernafasan kini menjadi semakin tidak selesa. Pangkal rahim juga rasa sakit akibat tekanan yang dibuat oleh bayi dalam kandungan. Pemeriksaan kehamilan pula akan dijalankan setiap minggu mulai sekarang.

Minggu 37
Bayi
Bulu pada badan bayi mula berkurangan. Bayi mula mengeluarkan hormon yang dinamakan cortisone yang membantu mematangkan orang pernafasan.

Anda
Bersedia, mungkin anda bersalin pada minggu ini. Periksa semua persiapan sebelum dan selepas bersalin. Jangan takut untuk bertanya apa jua soalan berkaitan dengan proses kelahiran kepada orang yang berpengalaman. Sikap ini membantu anda menambah lagi ilmu untuk digunakan ketika di bilik bersalin.

Minggu 38
Bayi
Rambut mulai memanjang sehingga mencecah ukuran 5cm. Begitu juga dengan kukunya.

Anda
Sentiasa peka dengan perubahan diri. Pastikan tanda-tanda ingin bersalin. Jika ada tanda cepat-cepat pergi ke hospital. Jangan terlalu banyak membuat kerja-kerja rumah takut nanti tenaga anda hilang. Kumpulkan tenaga untuk beberapa hari ini supaya tenaga yang disimpan itu dapat digunakan sepenuhnya ketika di bilik bersalin.

Minggu 39
Bayi
Pada peringkat ini, anak dalam kandungan kurang aktif dan banyak memperoleh antibodi daripada ibu.

Anda
Masa kini sudah tiba. Rasa sakit kontraksi kini semakin kerap. Walaupun begitu, jangan biarkan rasa sakit itu menghantui anda. Tenangkan fikiran dan bersiap sedia untuk ke hospital.

Minggu 40
Bayi
Pada hujung minggu kehamilan pembesaran anak mula berkembang dengan lebih cepat. Lima tulang yang membentuk tengkoraknya belum bergabung antara satu sama lain.

Anda
Anda mula terasa tanda-tanda sebelum bersalin: sakit belakang, sakit seolah-olah senggugut, pergerakan perlahan usus, kontraksi dan pecah ketuban. Dalam pada itu akan ada perasaan takut untuk bersalin dan ragu-ragu dengan kemampuan diri untuk meneran.

CATATAN WANITA: MENGAPA HAID DATANG TIDAK TERATUR?

CATATAN WANITA: MENGAPA HAID DATANG TIDAK TERATUR?

Kamus kedoktoran mendefinisikan Oligomenore sebagai haid yang datang tidak teratur atau haid yang sedikit sekali. Tetapi para doktor mencuba mempersempit definisi tersebut, sehingga diagnosis oligomenore adalah wanita yang sebelumnya haid secara teratur sebelum mengalami masalah haid yang datang tidak teratur. Pada orang yang mengalami oligomenore, siklus menstruasi biasanya terjadi lebih panjang dari 35 hari, sehingga hanya mengalami haid 4-9 kali selama setahun.

Pada wanita yang baru memasuki usia reproduktif ataupun yang baru mengakhiri usia tersebut, sangat umum untuk mengalami haid yang tidak teratur. Hal ini normal & biasanya merupakan akibat dari koordinasi yang kurang sempurna dari hipotalamus, kelenjar pituari & indung telur. Ada juga beberapa wanita yang tanpa alasan tertentu mengalami siklus menstruasi setiap 2 bulan sekali, tetapi bagi mereka hal tersebut adalah normal & bukan kerana suatu masalah kesihatan.

Wanita yang mengalami PCOS (polycystic ovary syndrome) juga sering mengalami oligomenore. PCOS sendiri adalah suatu keadaan dimana indung telur berisi kista. Wanita yang mengalami PCOS mengalami haid yang tidak teratur, dapat berupa oligomenore, amenore atau bahkan haid yang sangat banyak. Keadaan ini biasanya berkaitan dengan kadar hormon androgen yang berlebih dalam tubuh.

Selain itu ada juga beberapa faktor yang dapat menyebabkan haid menjadi tidak teratur pada wanita, iaitu:
  • Stres emosional.
  • Sakit kronis.
  • Nutrisi yang kurang.
  • Adanya kelainan makan seperti pada penderita anorexia nervosa.
  • Latihan fisik yang berlebih.
  • Adanya tumor yang mempengaruhi pengeluaran hormon estrogen.
  • Penggunaan terlarang obat anabolik steroid untuk mendongkrak kemampuan atletis.
Para wanita penari balet profesional, pesenam & pemain ice skating, mereka yang berisiko tinggi untuk mengalami oligomenore, kerana mereka mengkombinasikan latihan fizik yang berat dengan diet ketat untuk menjaga supaya berat tubuhnya tidak naik.

Haid yang datang tidak teratur,Pada waktu ini dikenal juga sebagai satu dari tiga masalah kesihatan yang dialami oleh atlet wanita, sehingga dijuluki dengan "female athlete triad", yang lainnya adalah kelainan makan & osteoporosis. Ketiga masalah kesihatan ini dinamakan secara formal pada pertemuan tahunan dari the American College of Sports Medicine di tahun 1993, tetapi doktor telah mengetahui mengenai kombinasi masalah kesihatan antara hilangnya massa tulang, mudah patah tulang, kelainan makan dengan partisipasi wanita dalam bidang olahraga beberapa dekade sebelumnya. Para pelatih wanita mulai banyak menyedari mengenai hal tersebut sejak awal tahun 1990-an & mendorong para atlet wanita untuk mendapatkan konsultasi kesihatan mengenai hal tersebut.


Gejala & Penyebab Haid yang Datang Tidak Teratur (Oligomenore)
Gejala dari oligomenore meliputi:
  • Periode siklus menstruasi yang lebih dari 35 hari sekali.
  • Haid yang tidak teratur dengan jumlah yang tidak tentu.
  • Pada beberapa wanita yang mengalami oligomenore terkadang juga mengalami kesulitan untuk hamil.
Oligomenore yang terjadi pada remaja, seringkali disebabkan kerana kurangnya sinkronisasi antara hipotalamus, kelenjar pituari & indung telur. Hipotalamus merupakan bahagian otak yang mengawal suhu tubuh, metabolisme sel & fungsi dasar seperti makan, tidur & reproduksi. Hipotalamus mengatur pengeluaran hormon yang mengatur kelenjar pituari. Kemudian kelenjar pituari akan merangsang produksi hormon yang mempengaruhi pertumbuhan & reproduksi. Pada awal & akhir masa reproduksi wanita, beberapa hormon tersebut dapat menjadi kurang tersinkronisasi, sehingga akan menyebabkan terjadinya haid yang tidak teratur.

Pada PCOS, oligomenore dapat disebabkan oleh kadar hormon wanita & hormon lelaki yang tidak sesuai. Hormon lelaki diproduksi dalam jumlah yang kecil oleh setiap wanita, tetapi pada wanita yang mengalami PCOS, kadar hormon lelaki tersebut (androgen) lebih tinggi dibandingkan pada wanita lain.

Pada atlet wanita, model, aktris, penari ataupun yang mengalami anorexia nervosa, oligomenore terjadi kerana rasio antara lemak tubuh dengan berat badan turun sangat jauh.


Pemeriksaan Haid yang datang tidak teratur (Oligomenore)
Pemeriksaan untuk mengetahui apakah seseorang mengalami oligomenore atau tidak, biasanya dilakukan dengan beberapa cara, yaitu :
  1. Pemeriksaan Fisik & Riwayat Siklus Menstruasi
    Untuk diagnosis oligomenore, biasanya doktor akan menanyakan riwayat menstruasi dari pesakit secara detail, termasuk apa masalahnya, berapa lama sudah terjadi, & adanya pola lain yang mungkin diketahui pesakit. Untuk membantu diagnosa dokter, pasien dapat mencatat waktu menstruasi, frekuensi, lama menstruasi & kuantitas perdarahan. Sebaiknya pesakit juga memberitahukan doktor mengenai penyakit yang baru diderita termasuk keadaan kesihatan yang dialami seperti misalnya menderita diabetes melitus. Selain itu doktor juga memerlukan informasi mengenai diet pesakit, pola latihan fisik, aktifitas seksual, penggunaan kontrasepsi, penggunaan ubat-ubatan atau prosedur rawatan yang pernah dijalani.

    Doktor kemudian akan melakukan pemeriksaan fisik antara lain untuk: mengevaluasi proporsi berat badan pesakit terhadap tinggi badan, melihat tanda perkembangan seksual yang normal, melihat apakah denyutan jantung & tanda vital lain normal serta merasakan kelenjar tiroid untuk melihat ada tidaknya pembengkakan.

    Untuk kes yang dialami oleh atlet wanita, perlu juga ditanyakan mengenai pola diet, jadual latihan & penggunaan ubat-ubatan seperti steroid & efedrin. Bila perlu dokor akan memberikan kuisinoer mengenai apakah pesakit berisiko mengalami anorexia atau bulimia.
  2. Pemeriksaandi Laboratorium
    Setelah mengetahui sejarah kesihatan pesakit, doktor akan melakukan pemeriksaan panggul & pap tes. Untuk mengetahui penyebab tertentu dari oligomenore, doktor dapat juga melakukan tes kehamilan & tes darah untuk mengetahui kadar hormon tiroid.
  3. Pemeriksaan Lanjutan
    Pada beberapa kes tertentu, doktor akan menyarankan untuk dilakukan pemeriksaan lain, seperti USG untuk memeriksa sekitar pinggul & melihat ada atau tidaknya ketidak normalan anatomi, sinar X atau scan tulang untuk mengetahui ada atau tidaknya patah tulang, bahkan MRI untuk melihat ada atau tidaknya tumor yang mempengaruhi hipotalamus atau kelenjar pituari.

Penanganan Haid yang Datang Tidak Teratur (Oligomenore)
Penanganan untuk haid yang datang tidak teratur atau oligomenore tergantung dari penyebabnya. Pada remaja & wanita yang memasuki usia menopause biasanya tidak memerlukan terapi apapun, kerana hal tersebut akan hilang dengan sendirinya. Untuk atlet wanita, perubahan rutinitas latihan & kebiasaan makan cukup dapat mengembalikan siklus menstruasi menjadi kembali normal.

Kebanyakan pesakit yang mengalami oligomenore diterapi dengan menggunakan pil KB. Untuk yang lainnya, termasuk mereka yang mengalami PCOS, diterapi dengan menggunakan hormon tertentu, tergantung hormon apa yang diperlukan.

Ketika oligomenore terjadi akrena kelainan pola makan atau seperti pada “the female athlete triad”, maka penyebab utama masalahnya harus ditangani terlebih dahulu. Konsultasikan dengan psychiatrist dan nutritionist untuk mengatasi masalah kebiasaan makan. Pada atlet wanita dapat juga memerlukan terapi fisik ataupun rehabilitasi.
HUKUM MENGHISAP PAYU DARA ISTERI

HUKUM MENGHISAP PAYU DARA ISTERI

Persetubuhan antara seorang lelaki dan perempuan menjadi halal melalui pernikahan yang sah. Nikah yang sah menjadi portfolio untuk mengadakan persetubuhan. Islam menghalalkannya dengan nikah dan mengharamkannya bagi mereka yang tidak bernikah.

Melalui perkahwinan tertunailah segala keinginan seorang lelaki dan keinginan seorang wanita. Fitrah semulajadi manusia telah dilengkapkan dengan keinginan ini. Mereka yang hidup dengan menahan dan mengorbankan keinginan fitrah nafsunya berhadapan dengan pelbagai masalah di antaranya; psikologi yang terganggu, ketidakstabilan emosi, seterusnya membawa masalah dalam kehidupan seharian.

Dalam hal ini, Islam memberi ruang untuk seseorang itu menikmati keinginan nafsunya dengan izin syarak. Namun sebagai hamba yang diciptakan untuk mematuhi perintah Allah maka cara dan etika dalam mengadakan hubungan suami isteri perlu dijaga.

Ini kerana jimak juga dikira sebagai ibadat. Dalam surah al-Baqarah, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya (pada hari akhirat kelak). Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman.

Dalam ayat ini Allah s.w.t. menggambarkan sebagai ladang atau kebun itu dengan tatacara yang beradab, walaupun ayat ini menyatakan datanglah kepada isteri-isteri kamu mengikut kamu suka.

Mengikut al-Raghib al-Asfahani, makna kebun itu adalah tempat kamu menanam benih zuriat kamu.

Al-Jauhariy menegaskan bahawa “kebun dalam ayat ini adalah satu perumpamaan” manakala Ibn Abbas r.a. berpendapat: “siramlah tanaman kamu di mana ia boleh tumbuh”.

Allah memberikan kebebasan bagi suami isteri untuk menikmati jimak sesuai dengan kaedah dan cara yang dianggap sesuai menurut syarak. Maksudnya memenuhi kepuasan nafsu dengan tidak melampaui nilai dan adab.

Namun begitu, Islam juga menggariskan batas-batas jimak tersebut, seperti dilarang menjimak isteri ketika haid atau nifas, dilarang menjimak dubur isteri dan lain-lain.

Mengenai persoalan terminum susu isteri ketika bersetubuh sama ada secara sengaja atau sebaliknya. Harus menghisap payu dara isteri ketika berjimak, tetapi jika isteri dalam tempoh menyusukan anak adalah lebih baik tidak menghisapnya sampai terminum susu dari tubuh isteri.

Ini kerana mungkin mulut si suami boleh membawa kuman dan anak yang menghisap susu itu boleh terdedah kepada sebarang jangkitan kuman.

Perkara yang kedua ialah susu itu hak si anak dan bukan hak si suami. Walaupun dengan meminum susu si isteri tidak menjadikan lelaki itu bapa susuan.

Sekiranya perbuatan suami itu membawa mudarat kepada bayi dengan jangkitan kuman atau susu berkurangan, maka hukumnya haram.


SUMBER: homefamilysite http://homefamilysite.com

2 WANITA DIBUNUH KEJAM UNTUK DIJADIKAN MAKANAN


Dua wanita telah dibunuh dengan kejam hanya untuk dijadikan makanan.Pembunuhan ini dilakukan oleh satu masyarakat pribumi di hutan Argentina.Wanita-wanita tersebut adalah merupakan pelancong Asing yang datang melancong di negara tersebut.

PELIK TAPI BENAR: AIS KRIM BERBENTUK ANEH

Kreativiti yang di luar dugaan memang tidak akan habisa. Sebagai contoh, untuk meningkatkan penjualan, sebuah kedai aiskrim di China membuat aiskrim yang aneh iaitu aiskrim berbentuk kemaluan lelaki.

Hasilnya… Penjualan aiskrimnya meningkat berlipat-lipat. Peningkatan ini ternyata kerana banyak wanita yang menyukainya.


CATATAN KEHAMILAN:JANIN SONGSANG IBU TAK PERLU BIMBANG

















POSISI janin dianggap somgsang apabila bahagian punggungnya lebih rendah daripada
Kepala.Kelahiran songsang boleh berlaku kira-kira 1:25 kelahiran bayi yang cukup bulan.
Jumlah ini tidak membimbangkan,lagipun beberapa minggu sebelum kelahiran janin
akan berpusing dan meletakkan kepalanya ke pintu rahim sehingga ia boleh melalui
laluan lahir dengan mudah.
















ADAKAH kehamilan janin berposisi songsang dan melintang itu merbahaya?Sebenarnya
kedudukan janin songsang masih boleh diperbaiki .Sekiranya pusingan tidak berlaku,janin
masih boleh dilahirkan.Tapi kelahiran songsang amat berisiko.Apabila janin tidak berpusing,
kelahiran secara pembedahan perlu dilakukan.














PUNCA berlakunya janin songsang dan melintang belum diketahui dengan pasti tetapi ibu
hamil dalam kategori ini berpotensi untuk mengalami songsang:-


1. Ibu yang sudah beberapa kali melahirkan sehingga rahimnya sangat anjal.

2. Ukuran janin terlalu besar untuk ukuran pinggul ibu.



3. Pernah melahirkan bayi pramatang.





4. Hamil kembar kerana janin berebut tempat.




5. Kekurangan air ketuban dalam rahim.





6. bentuk rahim tidak normal.






7.Mengalami plasenta previa yang menutup pintu rahim.













CARA MENGESAN

















MENGESAN posisi songsang boleh diketahui menerusi pemeriksaan berkala yang biasa
ibu lakukan diklinik kehamilan antaranya adalah:














1. Meraba perut dari bahagian luar.





Doktor akan metakkan tangannya diperut ibu bahagian bawah untuk memastikan
kedudukan kepala bahagian punggung dan kaki janin.Doktor boleh meneka samada janin
dalam kedudukan songsang apabila bahagian paling keras dan besar berada dipenghujung
atas perut.Bshsgisn terbesar dan paling keras dari janin itu adalah kepala.











2. Membuat pemeriksaan dalaman.





Memeriksa Vagina dengan menggunakan jari.Apabila bahagian pinggul ibu terasa
lunak dan keras dibahagian atas bermakna kedudukan janin telah songsang.











3. Pemeriksaan janin dengan ultrsonografi.




Kemudian pemeriksaan yang lebih teliti dilakukan dengan ujian ultrasonografi untuk
mengetahui kedudukan janin benar-benar melintang atau songsang.












JENIS JANIN SONGSANG
















Terdapat tiga jenis posisi yang boleh terjadi pada janin songsang iaitu:


1.Frank Breech







2.Complete Breech







3.Footling Breech

















Jenis songsang ini tidak akan membuatkan doktor membuat keputusan untuk melakukan
operasi pembedahan waktu bersalin.















Usaha untuk mengubah posisi janin pada posisi kepala hingga menghadap ke arah pintu
rahim akan dilakukan pada usia kehamilan 32 ke 37 minggu.Sebelum mencapa 32 minggu
wanita hamil tidak perlu bimbang dengan kedudukan songsang janinnya kerana ia masih
mampu bergerak dan mengubah posisinya denga bantuan ketuban.












Beberapa cara yang boleh dilakukan untuk membantu janin songsang kembali normal
adalah dengan kaedah ubatan.Janin diputar biasanya cara ini dikesan tetapi tidak boleh
dilakukan apabila kandungan telah memasuki 37 minggu kerana rahim semakin sempit
akibat pertumbuhan janin.Keberkesanannya bergantung kepada kedudukan janin dan janin
tidak bermasalah misalnya tali pusat terbelit.














Kaedah lain adalah dengan secara semulajadi iaitu boleh dikalukan oleh ibu dirumah.
Tetapi kandungan ibu perlu sihat dan tidak berisiko dan cecah 34 minggu.











TIDUR TERLENTANG

















1. Angkat bahagian pinggul setinggi 12-30 cm dari lantai dan tahan dengan bantal yang keras.
2. lalkukan selama 3 kali sehari antara 10 minit.Lebih baik lakukan ketika perut kosong dan
janin bergerak aktif.
















3. Tumpukan perhatian pada janin dan bukannya tekanan tubuh terutama di kawasan perut.










BERSUJUD

















1. Dengan posisi perut tergantung dibawah,letakkan punggung lebih tinggi dari dada dan
lakukan dengan posisi bersujud.















2.Lakukan terapi ini selama 10 minit sebanyak dua kali sehari.











































KURANG AIR DALAM RADIATOR PUNCA ENJIN PANAS

KURANG AIR DALAM RADIATOR PUNCA ENJIN PANAS

ENJIN yang terlalu panas boleh mengundang bahaya
sekiranya lewat bertindak kerana ia boleh menyebabkan
kenderaan anda berasap, terbakar dan seterusnya
meletup.

APABILA anda melihat kereta berasap atau terbakar di tepi jalan, tentu ada sesuatu yang tidak kena pada enjin kereta berkenaan. Salah satu sebab ialah kekurangan air dalam radiator yang menyebabkan enjin panas.

Selain itu, enjin panas juga berpunca daripada paip radiator tersumbat, kekotoran pada sirip radiator dan kerosakan pada kipas dan termostat sistem penyejuk.

SISTEM penyalaan kurang
tepat, kerosakan pada
sistem saluran petrol,
ekzos tersumbat, masalah
cekam, brek bergesel
dan cara pengendalian
kenderaan yang kurang
baik boleh menyebabkan
kereta terbakar.

Malah, sistem penyalaan kurang tepat, kerosakan pada sistem saluran petrol, ekzos tersumbat, masalah cekam, brek bergesel dan cara pengendalian kenderaan yang kurang baik turut menyebabkan enjin menjadi panas.

Enjin yang terlalu panas boleh mengundang bahaya sekiranya lewat bertindak kerana ia boleh menyebabkan kenderaan anda berasap, terbakar dan seterusnya meletup.

Apabila enjin kereta anda terlalu panas, berhentilah di tepi jalan dengan tempat teduh. Anda tidak harus panik, sebaliknya memberhentikan kereta dan cuba lakukan pemeriksaan sendiri terlebih dulu.

Langkah pertama, buka bonet kenderaan untuk menyejukkan enjin sementara waktu dan periksa salah satu daripada punca yang dinyatakan tadi. Selepas itu, periksa radiator kenderaan untuk memastikan tidak berlaku kebocoran di bahagian itu.

Selepas itu periksa tali kipas. Sekiranya ada kebocoran pada radiator atau tali kipas terputus, matikan enjin. Jika tiada kebocoran pada radiator dan tali kipas masih elok, hidupkan enjin kenderaan dan jalankannya seketika pada putaran yang lebih tinggi daripada biasa.

Langkah itu adalah untuk membolehkan udara mengalir melalui sirip-sirip radiator dengan jumlah yang banyak. Air dalam radiator itu akan menjadi sejuk dan pam air akan bekerja lebih cepat sehingga air penyejuk dapat dialirkan dengan lebih baik.

Tidak lama selepas itu suhu enjin akan menurun. Kemudian turunkan putaran enjin tadi dan buka penutup radiator. Penutup itu perlu dibuka secara berhati-hati untuk mengelakkan bahaya semburan air dan wap panas yang keluar daripada radiator.

Isikan air ke dalam radiator secara perlahan sementara enjin masih dalam keadaan biasa dan matikan enjin sekiranya sudah menjadi sejuk. Sekiranya air terlalu sedikit dalam radiator, ia akan menyebabkan enjin menjadi panas dan wap akan keluar daripada radiator berkenaan.

Dalam keadaan itu, matikan enjin dengan segera dan periksa radiator.

Pertamanya, buka tutup radiator dulu dan ketukannya menggunakan belakang pemutar skru dan putar perlahan menggunakan kain.

Pegang tutup dengan kemas sehingga wap dalam radiator dapat mengalir keluar dan tekanan dalam radiator menjadi rendah. Selepas itu barulah penutupnya dilepaskan.

Sekiranya, ada kebocoran pada radiator terutama pada bahagian sambungan atau saluran paipnya, hidupkan enjin pada putaran yang lebih tinggi daripada biasa serta periksa tempat sambungan itu.

Keadaan itu penting kerana ada sesetengah kebocoran tidak dapat dilihat pada putaran enjin yang rendah. Sekiranya ada kebocoran, ketatkan skru pengikat dan jika gelung pengikat rosak, gunakan kawat sebagai ganti.

Jika ada kebocoran, balut bahagian yang rosak dengan pita pelekat dan perkuatkan dengan kawat. Anda perlu ingat pembaikan itu hanya untuk sementara waktu sebelum kenderaan dibawa ke bengkel berhampiran.

Paip radiator yang tersumbat berpunca daripada kerak atau karat akan mengganggu kitaran air atau menyebabkannya terhenti walaupun ada banyak air.

Keadaan itu boleh diketahui dengan memeriksa aliran air pada pili pembuangan. Jika aliran air tidak lancar atau tidak keluar sama sekali, keadaan itu menunjukkan paip radiator tersumbat.

Untuk membaikinya, buka pili air pada blok enjin sehingga air penyejuk dapat dikeluarkan. Buka tutup radiator dan cuci dengan air bersih selama kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan kerak atau karat itu.

Kekotoran pada sirip radiator disebabkan daun kering, serangga atau lumpur yang melekat pada bahagian muka radiator akan menyebabkan aliran udara penyejuk akan terganggu hingga air menjadi panas.

Kekotoran pada permukaan itu boleh dibersihkan dengan menggunakan udara tekanan tinggi atau menyemburnya menggunakan air. Kekeliruan pada langkah pengendalian kenderaan turut menyebabkan enjin kenderaan menjadi panas.

Walaupun enjin berada dalam keadaan baik tetapi apabila kenderaan sedang mendaki bukit atau membawa muatan berlebihan, ia boleh menjadi panas.

Enjin itu boleh disejukkan kembali dengan cara menghentikan kenderaan anda sebentar, membuka bonet, hidupkan enjin pada putaran tinggi atau isikan radiator dengan air sejuk.

Penaja

insan yang cintakan ilmu

Pengikut