MARIA OZAWA BERLAKON FILEM INDON


Kontroversi pelakon filem lucah Jepun

JAKARTA - Menteri Komunikasi dan Penerangan Indonesia, Mohammad Nuh berkata, pelakon filem lucah dari Jepun, Maria Ozawa atau Miyabi boleh datang ke negara itu.

"Lawatannya tidak boleh dilarang selagi dia tidak melakukan sebarang kegiatan filem lucah di Indonesia," katanya.

Beberapa kumpulan agama membantah rancangan lawatan Miyabi ke Jakarta pada bulan ini bagi penggambaran filem komedi bertajuk Menculik Miyabi.

Majlis Ulama Indonesia (MUI) memberi amaran bahawa Miyabi mesti dilarang daripada memasuki Indonesia.

Pengerusi MUI, Ma'aruf Amin berkata, reputasi Miyabi sebagai bintang filem lucah boleh memberi kesan ke atas rakyat Indonesia.

Mohammad berkata, bantahan MUI terhadap lawatan Miyabi bukan mengandungi kebencian tetapi lebih kepada soal moral.

"Kita juga perlu menghormati pandangan mereka yang membantah lawatan wanita itu," katanya.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Penaja

insan yang cintakan ilmu

Pengikut