KENAPA GAGAL SEMASA TEMUDUGA? SILA BACA ARTIKEL INI..



MENGIKUT Kaji selidik dan pemerhatian, ramai anak muda yang pertama kali ke sesi temuduga atau melangkah kaki ke alam pekerjaan gagal memancing perhatian bakal majikan dan teman sepejabat kerana masalah imej.

Kebanyakan mereka punya kelulusan baik dengan pengalaman kerja yang hebat namun silapnya pada personaliti dan pemakainan yang tidak dapat meyakinkan bakal majikan.Bayangkan,pernah sekali pengurus syarikat guaman mengadu yang hari ini begitu ramai graduan undang-undang yang langsung tidak mencerminkan kredibiliti tegas dan kuat untuk mewakili kehakiman individu lain.


Mana tidaknya,mohon kerja menjadi seorang pegawai perhubungan awam,tapi pakaiannya tidak ubah seperti promoter minyak wangi di 'shooping mall'.Ada juga yang pertama kali menyertai syarikat syarikat koporat bertaraf lima bintang tapi pakaian  yang dipakai berkedut .

Persoalannya,adakah seorang  individu  yang bijak masih gagal berfikir mana yang sesuai dan apa yang tidak patut dilakukan.

Ada banyak faktor menyebabkan kita tidak dilihat sebagai calon pilihan /sesuai bagi memenuhi kerusi yang kosong.Tidak dinafikan ia adalah pengalaman ngeri dan menyedihkan jika gagal,namun perlu optimis dan cari kelemahan itu bagi tidak gagal lagi di temuga yang lain.

Perkara paling mudah menyebabkan seseorang calon itu ditolak mentah - mentah sebelum ditemuduga adalah ketika dia memasukki bilik temuduga.Dengan ketrampilan yang salah ,cara komunikasi yang tidak bagus serta bahasa badan yang lemah sudah boleh memberi anda markah yang sangat kurang.

Malah ketrampilan dan personaliti yang tidak menarik sudah mampu berikan persepsi negatif kepada pihak majikan kerana ia menggambarkan seseorang itu tidak bersedia dan akan mengambil mudah akan kerjanya.

Oleh itu,kita perlu ketahui dan belajar ilmu ketrampilan,komunikasi dan gaya memikat 'pembeli'.Ingat pihak penemuduga adalah manusia juga dan selagi ia berstatus manusia maka setiap tindakan dan keputusannya akan dipengaruhi oleh emosinya.

Jika awal-awal mereka tidak berkenan dengan apa yang ditampilkan anda ketika melangkah  masuk kebilik temuduga /penilaian itu,jangan harap mereka akan tertarik dengan kepakaran anda yang lain..Inilah yang dinamakan 'first impression 'sebagaimana yang dijelaskan dalam artikal utama diatas.

Dengan cara komunikasi yang lemah,bagai membuka kelemahannya sendiri dan mengabaikan peluang terbaik untuk beritahu pihak penemuduga akan apa kelebihan dirinya dan bagaimana dia boleh memenuhi kriteria pekerja mereka inginkan.

Gaya bahasa badan yang lemah dan kurangmenyakinkan menyebabkan pihak penemuduga tidak yakin untuk mengambil anda bekerja kerana ia menunjukkan tahap keyakinan dan pemikiran seseorang itu dalam menangani konflik atau masalah.

Ini adalah sebahagian dari banyak lagi faktor yang menyebabkan seseorang itu menangis keluar dari bilik temuduga.Tapi tiga aspek ini iaitu penampilan,komunikasi dan gaya badan adalah sering dibualkan mengenai sebab seseorang itu gagal dalam temuduga.

Kebanyakannya gagal dalam beberapa saat sahaja bertemu dengan panel temuduga dan belum sempat menunjukkan apa yang dirancangkan sebelum itu.

'First Impression' amat penting.Dalam lingkungan dua hingga saat pertama penilai dari pihak majikan melihat kita dan mereka dapat agak apakah keputusan  temuduga anda.

Kita perlu ambil serius soal ini jika tidak mahu hanya hadir ke sesi temuduga namun hasilnya..haus!

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Penaja

insan yang cintakan ilmu

Pengikut