Selain daripada jin sihir dan jin saka,apa lagi kategori jin yang ada?
Ada beberapa kelompok lagi,Antaranya:
JIN API
Kelompok jin penyembah api seperti mana penganut agama Majusi.Akibat penyembahan dan penelitian jipunca serangan serta rasukan terhadap manusia.Mereka yang diserang jin api akan berasa panas dan mata merah menyala.Dalam keadaan kerasukan,pesakit gemar membakar barang-barang di sekitarnya.Jin api juga ada kalanya menyerang manusia dengan membakar langsir,tilam,kain-kain dan lain-lain tanpa diketahui puncanya.
JIN ASYIK ATAU JIN I LOVE YOU
Jin yang jatuh cinta kepada manusia.Ini berlaku sama ada jin lelaki yang jatuh cinta dengan manusia wanita atau pun jin betina yang jatuh cinta kepada seorang lelaki.Jin asyik selalunya dikaitkan dengan jin yang sering memerhatikan seseorang tanpa pengetahuan orang berkenaan.Lama kelamaan akan timbul rasa sayang dan cinta.Mangsa selalunya seseorang yang suka:
1.Mendedahkan aurat secara melampau (walaupun dalam rumah sendiri)
2.Gemar menyanyi
3.Bersolek di depan cermin dan sebagainya.
Jin Asyik kuat cemburunya.sekiranya mangsa sudah berkahwin,jin asyik akan menimbulkan perbalahan yang boleh menyebabkan penceraian .Jika mangsa belum berkahwin ,ia akan mengubah wajah mangsa sehingga kelihatan hodoh pada pandangan orang lain.Ini bertujuan menghalangnya daripada berkahwin.
Bagi Jin Asyik melampau,ia akan datang melalui mimpi ,Pesakit akan bermimpi berkawin,melakukan hubungan seks,mempunyai anak-anak dan sebagainya.Pada tahap yang lebih serius,pesakit mula mengasingkan diri di dalam bilik,sukar tidur malam,pemalas,tidak mahu makan,mandi dan biliknya kotor.Pesakit juga mahu membunuh diri.
JIN AIR
Kelompok yang menjadikan air sebagai tempat tinggal mereka seperti telaga,tasik dan sungai.Kelompok ini mengganggu manusia apabila manusia mencerobohi kawasan mereka.Simpton gangguan adalah amat cenderung terhadap air.Mangsa kerap mandi,gemar berendam,suka berada ditempat sejuk seperti persisiran pantai dan sungai.Pesakit juga lebih gemar memakan makanan laut berbanding makanan berdaging.
JIN TANDAS
Jin yang suka tinggal di dalam tandas.Hadis-hadis secara jelas menyatakan bahawa tandas adalah destinasi kegemaran jin.Seperti mana mafhum hadis yang mengatakan azan berkemundang,jin-jin jahat akan melarikan diri ke dalam tandas .Oleh sebab itu ,antara adab memasuki tandas ialah berdoa dan menutup kepala agar tidak diganggu.Jin tandas suka kepada benda yang kotor dan busuk.
Simpton mereka yang diganggu oleh jin tandas antaranya:
1.Seorang pengotor.
2.Tidak suka mandi.
3.Suka berada dalam tandas dalam masa yang lama.
4.Suka berada dalam bilik yang gelap.
5.Tidak gemar mendengar suara azan.
4.Sendi tulangnya terasa ngilu.
JIN KUBUR
Jin yang menghuni tanah perkuburan.Gangguan berlaku apabila mangsa yang tidak menjaga adab,tidak berzikir atau terjatuh ke liang lahad ketika berada di kawasan perkuburan.Simpton gangguan:
1.Pesakit mengalami bintik - bintik merah (ada kalanya keluar darah ).
2.Suhu badan menjadi panas.
3.Pesakit tidak mempunyai motivasi dalam kehidupan.
4.Tiada selera makan.
5.Hilang semua keseronokan atau kegembiraan.
JIN RUMAH.
Jin yang suka tinggal di rumah manusia.Hadis Nabi dengan jelas menyatakan rumah atau bangunan yang dibiarkan kosong lebih daripada 3 hari akan dihuni jin.Jin rumah bolehlah dikategorikan sebagai kelompok yang suka berpindah randah.Jin ini ada yang beragama islam dan ada juga yang kafir.
Mereka biasanya mendiami kawasan-kawasan rumah yang yang jarang dihuni manusia seperti siling,stor atau bilik kosong .Kehadiran mereka ada kalanya amat dirasakan apabila mereka mula campurtangan dalam kehidupan manusia.Penghuni rumah mendengar bunyi seperti sesuatu didapur,bunyi kanak-kanak bermain guli,suis rumah terbuka dan tertutup dengan sendiri.
Lebih jauh lagi,jin-jin ini ada kalanya mengangkat penghuni dari satu tempat ke tempat yang lain ketika penghuni itu tidur.Jin rumah makan bersama penghuni rumah.Makanan didalam rumah yang dihuni oleh jin cepat basi.
JIN TOYOL
Dikenali sebagai jin budak .Mereka kecil,bertelanjang dan berwarna hijau.Bagi Jin Toyol yang dibeli manusia, ia diajar untuk mencuri wang dalam kuantiti sedikit dan bagi yang tidak bertuan iiak-kanak.Apabila Jin Toyol merasuk manusia .Mangsa akan berperangai seperti budak-budak.
JIN TEMPEL
Jika kebanyakan jin suka masuk dan meresap ke dalam tubuh manusia tetapi jin tempel lebih gemar menempel atau bergayut pada tubuh manusia.Ada kalanya ia berada pada bahagian sulit,bahagian tengkuk,permukaan tangan dan lain-lain.Simpton gangguan jin ini adalah rasa sakit atau kebas pada kawasan yang jin ini sedang bergayut.