PEGAWAI DI PEJABAT PENDIDIKAN MARANG DAN JANDA DIHUKUM PENJARA KERANA CUBA BERZINA

Gambar hiasan

Penyelia Kanan Pendidikan Islam di Pejabat Pendidikan Marang ,Mohd Zawawi Abu Bakar dan pasangannya seorang janda dijatuhi hukuman penjara 3 bulan dan denda RM 2,900.00 oleh Mahkamah Rendah Syariah disini,semalam selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan cuba melakukan zina dalam sebuah kereta  di sebuah Taman Awam disini tahun lepas.
Terduduh ,Rohaya Abd Ghani,50 dari Kemaman dan Mohd Zawawi Abu Bakar,49 yang berkerja di Penjabat Pendidikan Daerah sebagai penyelia Kanan Pendidikan Islam juga berdepan  hukuman penjara tambahan jika gagal membayar denda.
Mengikut fakta kes,sepasukan pegawai penguatkuasa Syariah Daerah yang menerima maklumat awam melakukan rondaaan kira-kira jam 10.00 pagi pada 22 julai lalu di Taman Awam Pulau Warisan disini dan ketika menghampiri kereta pasangan tersebut pihak penguatkuasa ternampak kedua-dua tertuduh berada dalam keadaan mengaibkan iaitu pasangan wanita bajunya terselak ke atas manakala seluar terlondeh hingga paras peha manakala tertuduh lelaki berada di tempat pemandu."Kes ini amat serius dan sebagai Pendidik yang mempunyai asas agama kamu tidak sepatutnya melakukan perkara terkutuk tersebut" kata Hakim dalam Penghakimannya.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Penaja

insan yang cintakan ilmu

Pengikut