TANDA TANDA ANDA SUDAH HAMIL




Macam-macam persoalan bermain di minda ibu apabila terlambat datang haid dan ibu sering mengalami mual. Itu sebahagian tanda ibu mengandung. Untuk kepastian, ibu hamil boleh membeli alat ujian kehamilan atau berjumpa doktor. Namun jika tanda tersebut tidak dialami terutama wanita yang mengharapkan dirinya mengandung, kenal pasti beberapa tanda lain seperti ini...


1. Cepat penat
Petanda fizik yang mudah dialami oleh wanita hamil, walaupun ketika melakukan aktiviti yang biasa dibuat. Mereka mudah berasa penat. Ini terjadi apabila peningkatan hormon progesteron. Hormon ini penting untuk menyokong kehamilan dan pertumbuhan janin, namun mempunyai kesan melambatkan metabolisme pada tubuh. Mengambil makanan yang sesuai di awal kehamilan boleh mengatasi masalah ini.

2. Hilang selera
Kurang berselera untuk makan, walaupun ibu hamil dihidangkan menu yang digemari. Tetap tidak dapat membangkitkan selera ibu. Rasa mual adalah salah satu sebab nafsu makan ibu terbantut. Namun perkara ini tidak perlu dikuatiri kerana ini perkara normal berlaku kepada ibu hamil awal semester kehamilan.

3. Tetiba teringin makanan susah nak dapat
Istilah mengidam lebih tepat. Iaitu keinginan untuk mengambil makanan tertentu, terutama yang memberikan tenaga dan kalsium. Adakalanya juga wanita mengidam hal-hal tertentu diluar kebiasaan. Perlu bersederhana dalam mengambil jumlah makanan yang diingini demi kesihatan ibu dan janin.

4. Sensitif pada bau
Ibu akan menjadi lebih sensitif terhadap bau yang berada di sekeliling. Bau itu boleh menjadi terlalu menyengat dan membuatkan ibu mual serta muntah. Sedangkan aroma yang dicium hanya pewangi atau baju yang baru dicuci. Ini terjadi disebabkan kadar hormon yang meningkat.

5. Morning sickness
Tidak dapat dielak dialami oleh ibu di awal kehamilan. Kondisi ini akan menggangu ibu. Tidak hanya terjadi di waktu pagi, namun boleh berlaku waktu petang, malam dan di mana-mana sahaja. Cara untuk mengawalnya dengan mengambil beberapa jenis buah yang baik untuk ibu hamil.

6. Kerap membuang air kecil
Biasanya ibu hamil sering membuang air kecil. Bahkan terkadang rasa ingin membuang air kecil ini tidak tertahan. Berlaku apabila ada peningkatan kecekapan buah pinggang dan adanya pertumbuhan uterus atau rahim yang memberi tekanan pada pundi kencing. Faktor peningkatan jumlah cecair dalam badan selama kehamilan turut mempengaruhi. Ini membuatkan ibu sering keluar masuk tandas di malam hari.

7. Perubahan fizikal
Wanita hamil turut akan mengalami perubahan fizikal sebagai tanda awal kehamilan. Perubahan saiz anggota tubuh seperti payudara, saiz badan kelihatan lebih besar dan alat sulit wanita mengalami perubahan warna.

Terima kasih kerana berkunjung ke Blog Besutkito ..

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Penaja

insan yang cintakan ilmu

Pengikut