PASTIKAN ANDA MENELITI PERKARA INI SEBELUM MEMBELI ALAT SOLEK




Tahukah anda, produk solekan juga mempunyai tarikh luput. Jadi jangan mengambil mudah soal ini kerana ini boleh memberi kesan buruk seperti alahan atau iritasi pada kulit. Jom semak tarikh luput produk solekan anda!

1. Maskara
Tarikh luput mascara sekitar tiga bulan sahaja. Jangan menggunakan produk ini selepas tempoh tersebut. Dapatkan maskara yang baru untuk menjamin keberkesanan produk dan mengelakkan jangkitan pada bahagian mata.

Tip: Pastikan anda menutup maskara dengan kemas agar maskara tidak keras. Jika maskara keras, titiskan sedikit minyak zaitun.

2. Eye Liner  (Penggaris Mata)
Penggaris mata juga tidak dapat bertahan lama. Untuk jenis cecair, tarikh luput sekitar tiga hingga empat bulan. Bagi penggaris mata jenis batang ( stick) ia mampu bertahan enam hingga tujuh bulan.

3. Bedak Asas Jenis Cecair
Bedak asas jenis cecair mesti dijaga dengan baik, tutup rapi agar angin tidak masuk. Jika dijaga dengan elok, jangka hayatnya boleh bertahan dari enam bulan sehingga satu tahun. Namun jika bedak asas ini bertukar warna atau berbau, jangan gunakan. Ia boleh menyebabkan alahan kulit, dikhuatiri bedak tersebut mempunyai bakteria.

4. Alat Solek Serbuk (Pembayang Mata & Bedak)
Alat solek yang berasas serbuk mempunyai tarikh luput berbeza. Pastikan produk ini sentiasa bertutup dan kering. Produk-produk solekan jenis serbuk boleh bertahan dua hingga tiga tahun. Jangan sesekali dedahkan produk di tempat yang panas, ia menyebabkan produk mudah rosak.

5. Gincu Bibir/ Lip Gloss
Gincu bibir mesti dijaga dengan baik, elakkan meninggalkan gincu di tempat panas seperti di dalam kereta. Pastikan gincu dan lip gloss atau pengilat bibir ini diletakkan di tempat yang mempunyai suhu bilik. Produk-produk ini tarikh luputnya dua hingga tiga tahun.

6. Penggaris Bibir (Lip Liner)
Penggaris bibir mempunyai jangka hayat yang lebih lama iaitu sekitar tiga hingga lima tahun. Selepas gunakan, tutup dengan penutup agar kebersihan terjaga. Asah atau tajamkan penggaris bibir untuk memelihara produk ini.

7. Berus solekan
Berus solekan mesti dibersihkan sekali sebulan. Berus yang tak bersih boleh menjadi ejen utama penyebaran bakteria pada kulit. Jika gunakan setiap hari, bersihkan berus setiap minggu. Berus boleh digunakan sehingga dua tahun.

Kesan Gunakan Produk Tamat Tarikh Luput
1. Iritasi, radang atau alahan pada kulit.
2. Jerawat
3. Masalah kesihatan akibat jangkitan kuman
4. Produk tidak berkesan kerana sudah rosak

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Penaja

insan yang cintakan ilmu

Pengikut