DAJALNYA WARGA INDONESIA

  • Wisma Putra digesa mengadakan kerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia bagi menyiasat dalang di belakang tindakan segelintir warga Indonesia yang terlibat dalam demonstrasi menghina Malaysia.
  • Dalam pada itu, Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) yang berdemonstrasi dan melontar najis ke dalam Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia kelmarin, turut mengugut akan melancarkan gerakan mengusir rakyat Malaysia.
  • Presiden Susilo Bambang Yudhoyono meminta rakyatnya bertenang dan mengingatkan supaya hubungan baik Malaysia-Indonesia dijaga.
  • Rata-rata rakyat Indonesia yang mencari rezeki di Malaysia mencemuh perbuatan Bendera yang memijak Jalur Gemilang dan melempar najis ke kawasan Kedutaan Besar Malaysia.
  • JAKARTA 24 Ogos – Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) yang mengadakan demonstrasi dan melontar najis ke dalam Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia semalam, dipercayai didalangi oleh pihak ketiga.

    Kumpulan itu turut mengugut akan melancarkan gerakan mengusir rakyat Malaysia dengan mengadakan sekatan jalan raya di hadapan ibu pejabatnya di Jalan Deponegoro, Jakarta Pusat.

    Ugutan itu dibuat menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan kenyataan media di Internet.

    Bendera turut mengecam kepimpinan Susilo yang disifatkan terlalu berlembut dengan Malaysia dan lambat menangani isu penangkapan tiga anggota penguat kuasa Jabatan Kelautan dan Perikanan Indonesia pada 13 Ogos lalu.

    Tahun lalu, beberapa orang aktivis Bendera ditangkap kerana melakukan operasi pengusiran rakyat Malaysia di hadapan ibu pejabat mereka di Jalan Deponegoro, Jakarta Pusat dengan menggunakan senjata buluh runcing.

    Bagaimanapun, polis membebaskan mereka dengan alasan tidak ada senjata buluh runcing digunakan semasa tindakan Sweeping Malaysia itu.

    Pada sidang Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia hari ini, seorang anggota pembangkang dari parti Golkar, Tantowi Yahya meminta pemerintah Indonesia mengambil tindakan keras terhadap Malaysia.

    Tantowi turut menyelar pemerintah Indonesia kerana merendah-rendahkan martabat negara itu apabila melakukan pertukaran pembebasan tujuh nelayan yang ditahan pihak berkuasa Indonesia dengan tiga anggota penguat kuasa terbabit.

    Dalam pada itu, jurucakap Polis Metro Jaya, Asisten Komisioner Daniel Bolly Tafaona berkata, empat aktivis Bendera yang ditahan dalam demonstrasi melontar najis semalam dibebaskan malam tadi kerana didapati tidak melanggar sebarang undang-undang.

    “Kerana sasaran yang akan mereka lempar tidak sempat dilemparkan, kita bebaskan mereka,” jelasnya di sini hari ini.

    Bagaimanapun difahamkan salah satu daripada lima bungkus najis yang dilempar telah masuk ke dalam premis kedutaan. – utusan.

    Share this

    Related Posts

    Previous
    Next Post »

    2 komentar

    komentar
    24 Ogos 2010 pada 3:27 PTG delete

    salam sahabat
    lhoh kok indonesia jadi begitu sich pasti ada sebab akibatnya

    Reply
    avatar
    Abi
    24 Ogos 2010 pada 11:29 PTG delete

    mungkin mereka di upah atau ada dalangnya disebalik kejadian

    Reply
    avatar

    Penaja

    insan yang cintakan ilmu

    Pengikut