KEMANDULAN ISTERI

Oleh: Prof.Dr.Hamid Arshat,Pakar Sakit Tuan
Telefon: 03-20945262

DALAM penyiasatan ke atas pasangan kelamin yang mandul,tumpuan utama diberi kepada pihak isteri oleh kerana kebanyakan daripada sebab-sebab kemandulan (60 peratus) adalah berpunca daripada pihak isteri.Pada biasanya seseorang isteri tidak perlu membawa suaminya bersama pada kali pertama ia ke klinik mandul.
Dalam pemeriksaan yang dijalankan,keterangan yang mendalam tentang kesihatan ,edaran haid,perhubungan antara suami isteri perlu dicatat doktor.Kebanyakan dari pada soalan yang dikemukakan ini mungkin menyentuh peribadi dan maruah seseorang tetapi bukanlah bertujuan doktor hendak memperkecilkan hati seseorang itu,sebaliknya butir-butir ini adalah sangat penting bagi doktor yang merawat.
Butir-butir penting dalam riwayat pesakit.
Persoalan-persoalan akan ditimbulkan seperti berapa tahun kelamin itu telah berkahwin dan berapa lamakah ia telah mencuba untuk mendapat kehamilan.
Butir-butir tentang edaran haid seperti umur seseorang itu pertama kali keluar haid,samada haid disertai dengan kesakitan atau tidak dan juga keluar darah luar biasa selain daripada darah haid dan tarikh hari pertama keluaran haid yang terakhir adalah penting untuk dicatat dalam rekod penderita.
Butir-butir mengenai cara-cara dan amalan perancang keluarga perlu diperolehi jika penderita itu pernah mengamalkannya sebelum ia menjadi mandul kerana ini ada kaitannya dengan kesuburan seseorang anita.Jika penderita pernah diperiksa dan disiasat oleh doktor-doktor lain atas kemandulannya ,butir-butir mengenai siasatan ini perlu dibawa apabila pesakit itu menemui pakar untuk mendapat rawatan selanjutnya.
Sejarah tentang kesihatan penderita perlu diambil secara mendalam terutama dari segi penyakit tibi,kencing manis (diabetes)dan juga jenis pembedahan yang telah dilakukan seperti pembedahan ‘appendix’ pembedahan perut yang lain.Penyakitn –penyakit yang berkaitan sistem peranakan seperti keluaran lendir keputihan atau rasa sakit dibahagian bawah perut,khususnya ketika haid atau persetubuhan.Butir-butir lanjut mengenai sesuatu pembedahan yang dilakukan keatas sistem peranakan seperti ‘D & C’ adalah penting dicatatkan dalam rekod pesakit.
Pemeriksaan Tubuh Badan
Pemeriksaan yang lengkap akan dilakukan oleh doktor ke atas penderita yang datang ke klinik mandul dengan tujuan untuk mengesan sesuatu keadaan luar biasa yang mungkin terdapat pada tubuh badannya,khususnya pemeriksaann di bahagian peranakan.
Kadangkala saya mendapati sesetengah daripada pesakit berasa malu dan segan untuk diperiksa dibahagian kemaluannya.Perlu ditegaskan disini bahawa satu sahaja pemeriksaan ke atas kemaluan penderita iaitu tidak mencukupi dan tidak bloh memberi segala maklumat tentang punca kemandulan penderita itu.pemeriksaan ini perlu diulangdan juga disertai dengan beberapa jenis ujian darah dan lain-lain.

SEBAB-SEBAB KEMANDULAN WANITA
UNTUK memudahkan pemahaman ke atas sebab-sebab kemandulan dikalangan wanita ,sebab-sebab tersebut perlu dibahagikan kepada empat bahagian:-
1.Kemandulan disebabkan oleh penyakit dalam faraj dan pangkal rahim
2.Penyakit dalam rahim
3.Penyakit dalam saluran fallopian dan kegagalan ‘ovulasi’ (Pengeluaran benih)

PENYAKIT PENYAKIT DALAM FARAJ DAN PANGKAL RAHIM
PENYAKIT yang berlaku dalam faraj dan misalnya jangkitan kuman ‘Monilia’(sejenis kulat) ,’Trichomonas’ dan lain-lain bakteria boleh menyebabkan kemandulan.Penyakit kuman ini biasanya menyebabkan perubahan dalam lendir faraj .Keadaan ini mungkin memusnahkan setengah daripada benih lelaki kerana keadaan lendir yang wujud tidak sesuai bagi benih-benih tersebut.
Penyakit yang berlaku pada pangkal rahim dan menyebabkan saluran pangkal rahim itu tertutup akan menyebabkan kemandulan .Keadaan ini boleh berlaku jika timbulnya satu tumbuhan dihadapan pangkal rahim atau pangkal rahim itu menjadi rosak dan tertutup (stenosis) selepas menjalani sesuatu pembedahan seperti ‘amputation of cervikx’.
Lendir yang terdapat pada saluran pangkal rahim mempunyai peranan yang penting dan aktif dalam pencatuman benih lelaki dengan benih wanita ,bukan hanya satu saluran yang pasif .Lendir tersebut diperyai mengambil peranan dalam pengangkutan ,penyimpanan,perlindungan serta memperkuatkan tenaga benih-benih lelaki sebelum bergerak menuju ke kilang telur.
Kadangkala terdapat gangguan dalam bentuk lendir tersebut kerana keadaan tidak seimbang dalam kandungan hormon pesakit itu.Keadaan ini boleh mengganggu peranan yang dimainkan lendir saluran pangkal rahim.Keadaan begini sering timbul dalam penyakit ‘cervical erosion’.Jangkitan kuman (cervicitis) juga boleh mengganggu keadaan lendir itu.dan seterusnya menimbulkan kemandulan.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Penaja

insan yang cintakan ilmu

Pengikut