KANDUNGAN DENGAN KEDUDUKAN BAYI TIDAK NORMAL






Apakah kedudukan bayi yang tidak normal???

Kedudukan bayi dalm kandungan tidak normal bila biasanya :

1) Menyonsang ( breech )

2) Menyerong ( tranverse lie )



1) Kandungan menyongsang (breech)...

Kandungan menyongsang biasa berlaku pada peringkat awal mengandung.Tetapi bila siibu telah mengandung sehingga 34 minggu umur kandungan dan masih menyongsang , beliau perlu diperiksa.



Apakah yang menyebabkan kandungan songsang ???
Biasanya disebabkan

1) Bayi premature

2) Uri dibawah (placenta previa)

3) Tulang punggung sempit

4) Kandungan kembar (twin)

5) Banyak air mentuban (polyhdramnios)

6) Sudah mengandung banyak kali

7) Anak cacat dan lain-lain lagi


APAKAH YANG AKAN DILAKUKAN ???

Biasanya seperti berikut :

1) Jalani pemeriksaan mengandung seperti biasa

2) Sahkan bilangan anak

3) Cuba kesan jika anak kemungkinan cacat di dalam

4) Cuba kesan keabnormalan pada organ mengandung seperti uri dlll

5) Jika betul songsang, kenal pasti songsang jenis apa



dan , pada umur mengandung adalah 37 dan 38 minggu

1) Doktor akan periksa tentang faktor risiko seperti bilangan anak sekarang dan sejarah kelahiran dulu

2) Mengira berat kandunganyang lahir dulu

3) Mengira tinggi si ibu

4) Melihat jenis songsang

5) Melakukan pemeriksaan pelvis

Jika didapati ada faktor risiko seperti anak besar, songsang dengan kaki dibawah : siibu akan menjalani pembedahan Caeserean Section pada umur kandungan 38 minggu. Jika difikirkan selamat melahirkan secara melalui vagina, maka boleh lah melalui vagina.



2) KANDUNGAN MENYERONG (tranverse lie)
Jika siibu menghadapi kandungan menyerong, pada peringkat awal adalh seperti diatas.

Namun jika berterusan sehingga 34 minggu, penyebab kandungan menjadi serong akan diperiksa.

APA YANG KAN DILAKUKAN ???

1) Kedudukan songsang akn dipastikan lagi

2) Pastikan tiada kandungan kembar dan air mentuban tidak banyak

3) Buat ultrasound utk sahkan

4) Jika masih songsang pada 37 dan 38 minggu mengandung, siibu mungkin akan dimasukkan ke wad

5) Pakar akan menentukan bila pembedahan Caeserean Section akan dilakukan

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

1 komentar:

komentar
27 Julai 2011 pada 1:35 PG delete

saya mempunyai masalah ank kandungan menyerong dan ini termasuk 35 minggu..belum lg menurun..adakah ia akan dapat turun kebawah apabila masuk 37 @38 minggu...terima ksh

Reply
avatar

Penaja

insan yang cintakan ilmu

Pengikut