ANTARA LOMBOK DAN BUBUR LAMBUK


SHAH ALAM - Pandai menabur janji dan bijak menutur kata-kata manis menjadi sebab utama gadis tempatan mudah jatuh cinta kepada jejaka Lombok, demikian reaksi orang ramai apabila ditanya mengenai isu lelaki Lombok yang berjaya melarikan gadis remaja negara ini.

Firdaus Abd Rasyid, 23, berkata, disebabkan kata-kata manis lelaki Lombok, gadis tempatan mudah jatuh hati lalu dipengaruhi mereka.

Menurutnya, lelaki Lombok mempunyai keistimewaan tersendiri, namun sukar dijelaskan keistimewaan itu. Hanya gadis yang tertawan sahaja mampu memberikan alasan kenapa mereka mudah terpesona.

Sementara itu, Shafiei Nyatten @ Ngaderan, 25, berkata, ada juga sesetengah lelaki asing seperti lelaki Indonesia menggunakan ilmu hitam untuk mempengaruhi gadis tempatan jatuh cinta kepada mereka.

“Gadis tempatan hanya akan berada di alam realiti apabila mereka sudah sampai ke tempat lelaki berkenaan,” katanya.

Rabitah Hamdan, 22, berkata, sikap remaja sekarang terutamanya perempuan yang mudah terpengaruh dengan lelaki tidak kira tempatan atau asing adalah punca kepada terjadinya perkara berkenaan.

Menurutnya, sikap gadis tempatan yang terlampau mudah jatuh cinta juga menjadikan itu sebagai peluang untuk lelaki asing mengambil kesempatan.

Sementara itu, Hasnoor Khuzairah, 23, pula berkata, lelaki Lombok adalah pilihan utama wanita tempatan kerana mereka dikatakan rajin bekerja.

Menurutnya, gadis tempatan perlu lebih bersikap berhati-hati dan menggunakan fikiran sewajarnya supaya tidak menjadi mangsa lelaki Lombok yang seterusnya.

“Saya lihat remaja yang lebih ramai jatuh cinta dengan lelaki Lombok. Mereka mudah percaya kepada kata-kata manis lelaki Lombok.

“Ada baik dan buruk warga asing ramai di negara ini. Tetapi saya lihat banyak buruk daripada baiknya’, katanya ketika Sinar Harian semalam.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Penaja

insan yang cintakan ilmu

Pengikut