TERKEJUT TEMUI BINATANG PELIK



TANAH MERAH - Seorang penduduk di Kampung Belimbing, Tan Kim Tan atau lebih dikenali Mok Tan, 76, terkejut apabila menemui sekor binatang pelik berhampiran reban ayamnya di sini, semalam.

Binatang berkenaan bersayap menyerupai seekor keluang dan mempunyai bentuk kepala seperti kancil.

“Saya menemui binatang terbabit ketika berehat di dalam rumah, dan terdengar ayam-ayam peliharaan saya berkokok tidak seperti sedia kala, serta terus bergegas meninjau kawasan reban,

“Anak dan cucu saya juga turut meninjau kawasan terbabit kerana menyangka ular masuk dalam reban terbabit,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, dia terkejut kerana sangkaannya meleset dan ternyata binatang yang ditemui dalam reban ayamnya itu aneh dan tidak pernah dilihatnya sebelum ini.

“Ini merupakan pengalaman pertama saya bertemu dengan haiwan yang luar biasa,” katanya.

Kim Tan berhajat membela haiwan berkenaan beberapa hari untuk dipertontonkan kepada keluarga dan jiran-jiran sebelum melepaskan binatang itu ke dalam hutan.

“Saya masih tidak mengetahui jantina haiwan itu, namun menganggap inilah pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang menternak ayam berdekatan kawasan rumah saya," katanya.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Penaja

insan yang cintakan ilmu

Pengikut