Bagaimanapun, doktor yang memeriksa bayi malang itu mendapati alasan berkenaan tidak masuk akal dan mengesyaki dia didera kerana anak berkenaan bukan sekadar luka akibat terjatuh, sebaliknya mengalami penderitaan amat sangat akibat pelbagai kecederaan, antaranya pendarahan otak, luka di kelopak mata, lebam di badan serta sawan akibat sering menangis.
Menyedari ada yang tidak kena menyebabkan bayi itu kini terpaksa bertarung nyawa akibat kritikal dan masih koma di Unit Rawatan Rapi (ICU), doktor terbabit membuat laporan polis.
Berikutan itu, ibu bapa bayi terbabit berusia 19 dan 20 tahun dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan untuk siasatan lanjut sebelum kedua-duanya direman seminggu bermula semalam.
1 komentar:
komentarsalam..aku xthulah apa nk jdi kpd orang sekarang ni... dunia dah nk kiamat..sepatutnya seorang ayah menjaga anaknya dgn kasih sayang..ini tidak, nk kata sama dgn binatang pn, binatang pandai jaga anak..di kesempatan ini jga kwan aku mengcapkan selamt tahun baru.. semuga tahun baru ini kita mulakan azam yang baru..semuga tahun 2010 lebih baik lagi azam kita dari tahun 2009...insyaallah
Reply