INFO PENJAGAAN KENDERAAN: TAYAR KERETA MEMPUNYA TARIKH LUPUT

BESUTKITO :Tayar merupakan bahagian yang paling penting pada setiap kenderaan.Ini kerana tayar adalah satu-satunya yang menggabungkan antara kenderaan dan permukaan jalan.Justeru itu setiap pemilik kenderaan perlulah memahami asas keselamatan dan pengetahuan mengenai tayar mereka.

Setiap tayar kenderaan dibekalkan dengan maklumat spesifikasi dan keselamatan pada dinding tayar tersebut.Contohnya seperti tarikh pembuatan ,indeks berat,indeks kelajuan dan tanda amaran haus pada tayar.

Berapa ramai antara kita yang sedar akan maklumat ini?Dan jarang sekali kita bertanyakan perkara ini kepada penjual ketika kita mahu menggantikan tayar kenderaan.

Ramai pengguna diMalaysia tidak menyedari akan amaran ini pada tayar dan mereka berpendapat tayar hanya perlu diganti apabila bunganya sudah tiada atau dalam erti kata lain sudah botak.

Tidakkah mereka sedar bahawa penggunaan tayar sehingga botak sudah melepasi tanda paras amaran dan keadaan ini bakal mengundang bahaya kepada mereka.

Untuk pengetahuan semua ,apabila tayar sudah melepasi tanda paras amaran kehausan .tayar sudah tidak lagi mampu untuk memberi cengkaman pada setiap perjalanan dan ini boleh menyebabkan kenderaan hilang kawalan ketika memandu.

Pada kenderaan yang menggunakan sistem ABS ,keadaan tayar yang botak boleh menyebabkan kenderaan mereka akan berhenti dalam jarak yang jauh ketika brek kecemasan.
Tarikh pembuatan juga adalah satu elemen yang penting perlu dititikberatkan oleh pengguna ketika membeli tayar kenderaan.Kebanyakan kilang tayar yang menghasilkan tayar hanya memberi jaminan ketahanan tayar sekitar 4 hingga 5 tahun sahaja.Apabila ianya melebihi tempoh yang dibenarkan,ia mengundang bahaya seperti keretakan pada permukaan tayar dan tidak lagi mencengkam jalan raya dengan sempurna kerana disebabkan bahan getah yang sudah luput dan mengeras pada tayar.
Jadi berhati-hatilah memilih dan membeli tayar terpakai yang mudah didapati di pasaran

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Penaja

insan yang cintakan ilmu

Pengikut