Idea kreatif mengubah suai bas sekolah menjadi restoren bergerak ternyata membuahkan hasil bagi tiga belia.
Idea kreatif mereka menerima sambutan baik pelanggan yang menyaksikan bulan pertama pelancaran restoran yang dinamakan 'Boombustic Food Truck' itu menghasilkan ke10,000.
Percubaan tiga anak muda itu,Ahmad Mursalin,27,Hafiz Shahrul Hussin,27 dan Rosmaizi Sirajuddin,29 menawarkan konsep makan sambil bersantai untuk keluarga di daerah terpencil itu.
Mereka dibantu oleh enam pekerja yang beroperasi di Seberang Jertih,Besut Terengganu.
Hafiz Shahrul mengakui keinginan tinggi untuk bekerja sendiri menjadi faktor utama mereka bermula dari bawah sejak jun lalu.
Katanya,pengalaman bekerja makan gaji dengan beberapa syarikat swasta turut digunakan untuk memajukan lagi perniagaan yang diuruskan mereka.
"Saya dan rakan kongsi,Ahmad Mursalin mengeluarkan duit simpanan sendiri RM 15,000 seorang sebagai modal perniagaan yang keseluruhannya berjumlah RM30,000.
"Kos itu termasuk membeli dan mengubahsuai bas serta menyediakan peralatan bagi menjalankan perniagaan."Katanya.
"Kerja menyelenggara dan pengubahsuian bas dilakukan sejak awal tahun ini dilakukan berperingkat sehingga dibuka secara rasmi awal jun lalu."Katanya.
"sambutan semakin menggalakkan sehingga ada yang sanggup beratur giliran kerana tempatnya hanya boleh memuatkan enam orang pada satu masa."Ujarnya.
Bagaimanapun katanya,beberapa meja dan kerusi turut disediakan secara santai diluar bas yang boleh menempatkan 30 orang.
"Jika pada hari biasa ,operasi perniagaan bermula dari jam 8.00 malam di seberang Jertih dan cuti hujung minggu pula kami akan bergerak ke tempat tumpuan orang ramai seperti dipantai Air Tawar dan Bukit Keluang."Katanya.
"Antara hidangan popular kami ialah sandwich cheese rembat serta sosej besar bas menggabungkan rasa barat,Mexico dan tempatan" katanya yang merancang menambah restoran lagi dalam masa terdekat.