KERTAS BAHASA INGGERIS 1 DAN 2 PULA BOCOR PERLU DIDUDUKI SEMULA

PUTRAJAYA, 11 Sept (Bernama) -- Kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 (Kertas 1 dan 2) bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) didapati turut bocor dan murid perlu mendudukinya semula pada tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata perkara itu disahkan pada 11 pagi tadi selepas kementerian menerima maklumat pada Rabu malam yang disebarkan melalui media sosial.

Beliau berkata kementerian memohon maaf atas insiden kedua itu selepas soalan mata pelajaran Sains 018, 028 dan 038 yang dijadualkan pada Khamis bocor dan terpaksa ditangguhkan ke 30 Sept.

"Kita akan pastikan mereka yang bertanggungjawab diambil tindakan yang sekeras-kerasnya kerana kita melihat integriti telah dipersoalkan dan perkara ini tidak sepatutnya berlaku.

"Saya sekali lagi merakamkan rasa dukacita tentang apa yang berlaku dan memohon maaf kepada ibu bapa yang terpaksa menanggung kesusahan," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis menandatangani perjanjian dan pelaksanaan Program Latihan Berteraskan Continuous Professional Development (CDP) di sini pada Khamis.

Idris berkata satu jawatankuasa bebas akan dibentuk dalam masa terdekat bagi menyiasat insiden tersebut yang disifatkannya telah mencemarkan kredibititi dan integriti kementerian itu.

"Ianya (set kertas peperiksaan) merupakan soalan yang lengkap. Jadi kita akan tubuhkan satu jawatankuasa bebas dan berprofil tinggi dengan mengambil kira keseriusan dan untuk melihat apa yang telah berlaku sebenarnya.

"Jawatankusa ini bukan sahaja untuk menghukum mereka yang terlibat tetapi juga memastikan perkara ini tidak berulang selain memberi pandangan kepada kementerian apakah langkah-langkah yang perlu diambil," katanya.

Beliau berkata panel jawatankuasa itu akan dilantik berdasarkan mereka yang memahami aspek keselamatan tinggi seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat.

"Kita akan pastikan jawatankuasa ini berterusan dan akan terus memberikan cadangan-cadangan kepada kementerian apakah langkah, tindakan, tahap keselamatan yang perlu dibuat dari semasa ke semasa supaya kita dapat mengatasi isu-isu perkembangan teknologi yang digunakan oleh mereka-mereka yang ada akses kepada teknologi atau menyalahgunakan kuasa," katanya.

Mengenai tarikh untuk menduduki semula kertas itu, Idris berkata kementerian sedang meneliti sama ada ia boleh diadakan pada 30 Sept bersama peperiksaan kertas Sains atau pada tarikh lain.

Beliau berkata tarikh baharu adalah perlu dengan mengambil kira pelbagai aspek antaranya isu logistik dan teknikal termasuk soal keselamatan soalan dan integriti kerana ia melibatkan 473,175 murid, 8,299 pusat peperiksaan, 51,438 petugas peperiksaan dan 382 bilik kebal.

Idris berkata kementerian akan memastikan tidak berlaku lagi soalan peperiksaan bocor selepas ini.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

1 komentar:

komentar
28 Oktober 2015 5:12 PG delete


SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB MBAH RAWA GUNPALA

Reply
avatar

Penaja

insan yang cintakan ilmu

Pengikut