SENARAI ANGGOTA KABINET KERAJAAN PERSEKUTUAN 2013

BESUTKITO PUTRAJAYA - Berikut ialah senarai barisan kabinet Persekutuan 2013 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini: Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin Menteri di Jabatan Perdana Menteri: Datuk Seri Jamil Khir Baharom Datuk Seri Abdul Wahid Omar (akan dilantik sebagai senator) Datuk Seri Idris Jala (Senator) Tan Sri Joseph Kurup Datuk Seri Shahidan Kassim Nancy Shukry Datuk Joseph Entulu Belaun Datuk Paul Low Seng Kuan (Senator) Timbalan Menteri: Datuk Razali Ibrahim Timbalan Menteri: P.Waythamoorthy (akan dilantik sebagai senator) Kementerian Kewangan Menteri I : Datuk Seri Najib Tun Razak Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan Kementerian Pelajaran Menteri I: Tan Sri Muhyiddin Yassin Menteri II Datuk Seri Idris Jusoh Timbalan Menteri I: Datuk Mary Yap Timbalan Menteri II: P.Kamalanathan Kementerian Dalam Negeri Menteri: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Menteri: Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar Kementerian Komunikasi dan Multimedia Menteri: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek Timbalan Menteri: Datuk Jailani Johari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Menteri: Datuk Seri Mustapa Mohamed Timbalan Menteri: Hamim Samuri Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Menteri: Datuk Seri G. Palanivel Timbalan Menteri: Datuk James Dawos Mamit Kementerian Pengangkutan Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (pangku) Timbalan Menteri: Datuk Aziz Kaprawi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Menteri: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz Timbalan Menteri: Datuk Joseph Salang Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Timbalan Menteri: Datuk Tajuddin Abdul Rahman Kementerian Pertahanan Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Timbalan Menteri: Datuk Abdul Rahim Bakri Kementerian Kerja Raya Menteri: Datuk Fadillah Yusof Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin Kementerian Kesihatan Menteri: Datuk Seri Dr S.Subramaniam Timbalan Menteri:Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya Kementerian Belia dan Sukan Menteri: Khairy Jamaluddin Abu Bakar Timbalan Menteri: Datuk M Saravanan Kementerian Sumber Manusia Menteri: Datuk Richard Riot Timbalan Menteri: Datuk Ismail Abdul Muttalib Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Menteri: Datuk Hasan Malek Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (akan dilantik senator) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Menteri: Datuk Rohani Abdul Karim Timbalan Menteri: Datuk Azizah Mohd Dun Kementerian Luar Negeri Menteri: Datuk Seri Anifah Aman Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainuddin Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Menteri: Datuk Abdul Rahman Dahalan Timbalan Menteri: Datuk Halimah Sadique Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Menteri: Datuk Seri Douglas Uggah Embas Timbalan Menteri: Datuk Noriah Kasnon Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Menteri: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal Timbalan Menteri: Datuk Alexander Nanta Linggi Kementerian Wilayah Persekutuan: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor Timbalan Menteri: Datuk Dr. J. Loga Bala Mohan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan air Menteri: Datuk Seri Maximus Ongkili Timbalan Menteri: Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi: Menteri: Datuk Dr Ewon Ebin Timbalan Menteri Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah

SELIPAR TERBUANG JADI PRODUK MENARIK

NAIROBI, Kenya - Sebuah syarikat kitar semula di sini mengambil inisiatif mengumpul selipar terpakai di sekitar perairan pantai Timur Afrika bagi menghasilkan pelbagai produk kitar semula yang menarik. Syarikat itu, Kenya's Ocean Sole turut berperanan membersihkan beberapa kawasan pantai di Timur Afrika dan mengumpul barangan terpakai untuk dikitar semula terutama selipar getah. Pengasas syarikat tersebut, Julie Church berkata, matlamat pihaknya adalah untuk menghasilkan beberapa produk yang bernilai yang boleh dujual semula. Para pekerja di syarikat itu akan menghasilkan 100 jenis produk berbeza daripada selipar getah yang dikitar semula. Produk-produk menarik yang dihasilkan ialah replika buatan tangan seperti zirafah, gajah dan babi hutan. Pada 2008, syarikat tersebut telah menghantar sebuah replika zirafah setinggi 5.4 meter ke Rom, Itali untuk dipamerkan pada satu acara fesyen. Para pekerja akan membasuh selipar getah yang dikutip dan membaiki barang lusuh tersebut Selipar yang pelbagai warna itu kemudian digam, diukir dan diproses mengikut bentuk yang dikehendaki dan dibasuh sekali lagi sebelum diproses menjadi pelbagai barangan termasuk permainan kanak-kanak. - AP SUMBER:KOSMO
BN MENANG TIPIS DI TERENGGANU,KEKAL MEMERINTAH

BN MENANG TIPIS DI TERENGGANU,KEKAL MEMERINTAH

KUALA TERENGGANU: Barisan Nasional (BN) Terengganu sekali lagi mempertahankan negeri itu daripada jatuh ke tangan pembangkang apabila menang tipis 17 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Ahmad Said yang juga Menteri Besar, mempertahankan DUN Kijal dengan majoriti 4,204 undi. Pada sidang media di Kemaman, Ahmad Said berkata, BN bekerja keras untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat Terengganu, namun masih ada penduduk, khususnya pengundi bandar dan pinggir bandar, terus menyokong pembangkang. "PRU13 ini turut menyaksikan pengundi Cina menolak BN. Kerajaan BN Terengganu sudah melakukan yang terbaik... BN akan membuat post mortem dalam masa terdekat. "Meskipun rakyat di kawasan bandar menerima pelbagai pembangunan daripada kerajaan, namun mereka masih berpihak kepada pembangkang, berbeza dengan penduduk kawasan luar bandar yang majoritinya menyokong BN," katanya

Penaja

insan yang cintakan ilmu

Pengikut