CARA SEKS ORANG TUA

Semakin tua mungkin ghairah seksual seseorang juga akan semakin menurun kerana berkurangnya hormon. Tetapi sebenarnya hubungan seks pada usia yang lebih tua akan lebih menarik kerana fikiran lebih bebas dari stress Masalah seksual yang muncul kerana bertambahnya umur seperti disfungsi ereksi atau menurunnya libido merupakan tantangan yang harus diatasinoleh semua orang agar tidak mengganggu kualiti hubungan seksualnya walau telah berumur. Berikut 5 langkah yang dapat membantu meningkatkan kualiti hubungan seks pada orang yang lebih tua, seperti tersiar di everydayhealth: 1. Memperlambat proses hubungan seksual Ketika seseorang bertambah tua, dirinya akan memerlukan waktu yang lebih lama untuk terangsang daripada ketika muda dulu. Sehingga sediakan lebih banyak waktu untuk pemanasan atau foreplay agar seks lebih menyenangkan. Perubahan fisiologis yang terjadi ketika usia bertambah tua juga membuat rangsangan yang sering dilakukan ketika muda tidak lagi memiliki efek yang sama. Oleh kerana lakukan eksperimen-eksperimen untuk merangsang pasangan agar mendapatkan seks yang lebih baik. 2. Mengungkapkan keperluan masing-masing pasangan Komunikasi yang baik adalah salah satu kunci keberhasilan hubungan seksual pada suami isteri. Usia yang berubah juga menyebabkan keperluan seksual berubah juga. Berbicara sebelum, selama, dan setelah melakukan hubungan seks dapat memberikan pengalaman yang lebih menyenangkan dan menghindari kesalahfahaman serta kecemasan. Lakukan percakapan ringan ketika sedang berada di tempat tidur. Untuk percakapan yang berat seperti kondisi pengubatan disfungsi ereksi atau mengatasi libido yang rendah, pilihlah waktu yang lebih santai tetapi jangan pada waktu mendekati seks. Jujurlah tentang apa yang terjadi dan apa yang Anda harap akan terjadi dapat menjadi cara yang baik untuk lebih intim di kamar tidur. 3. Bereksperimen dengan posisi bercinta baru atau penggunaan sex toys Agar lebih mudah terangsang, seseorang di usia yang sudah tidak muda lagi mungkin memerlukan sesuatu yang baru. Menggunakan sex toys seperti vibrator dan bantuan praktis seperti pelumas, dapat membantu meningkatkan kualiti hubungan seks pasangan. Anda juga dapat bereksperimen dengan posisi bercinta yang baru atau penambahan beberapa bantal untuk mendukung tulang yang pegal selama bercinta karena faktor usia. 4. Masturbasi Ketika seseorang telah kehilangan pasangannya, dirinya dapat memenuhi keperluan seksualnya dengan masturbasi. Masturbasi telah diketahui dapat meningkatkan kesihatan, baik fisik mahupun emosional. Luangkan waktu untuk menemukan apa yang dapat menyenangkan diri sendiri. Hal ini bahkan dapat menyebabkan seseorang terlepas dari stres karena terlarut dalam kesepian dan kesendirian. 5. Tetap sihat Tubuh seseorang mungkin akan berubah ketika bertambah tua, tetapi Anda dapat meningkatkan cara kerja tubuh dengan membuat pilihan makanan yang sihat dan olahraga. Hal ini pada gilirannya dapat menyebabkan seks yang lebih baik dengan mempertahankan kekuatan otot dan kapasiti aerobik. Meskipun Anda tidak lagi perlu khuatir akan risiko kehamilan jika berhubungan seks di usia tua, tetapi usia tidak melindungi seseorang dari penyakit menular seksual. Tetap gunakan kondom sebagai perlindungan dari penyakit menular seksual.

KES BUNUH NUR SYALEZA:SUAMI DIDAKWA MEMBUNUH ISTERI

PETALING JAYA - Suami eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9 Nur Syaleza Jaffar, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh isterinya itu, bulan lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 31, eksekutif bahagian teknologi maklumat syarikat gas dan minyak, ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid.

Norazman Bashah, didakwa membunuh Syaleza, 31, di kediamannya di No.115, Tingkat 1 Blok O, Apartment Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, di antara jam 12 tengah hari hingga 7.30 malam, 28 Julai lepas.

Norazman Bashah yang diwakili peguam Shah Rizal Abdul Manan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 14 Sept untuk tarikh sebutan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd Rawi.Akhbar sebelum ini melaporkan  seorang eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9 ditemui mati di kediamannya di Damansara Damai.
APA ITU KUDIS BUTA

APA ITU KUDIS BUTA

Kudis Buta
Apa itu kudis buta?
Kudis buta ialah keadaan kegatalan pada kulit yang disebabkan oleh gigitan kutu yang
bernama Sarcoptes Scabiei.
Perihal Sarcoptes Scabies :
• Ianya berbadan bulat dan mempunyai lapan kaki yang panjang.
• Kutu ini berukuran 0.4 mm panjang setiap satu.
• Kutu betina akan mengorek masuk kedalam kulit, mengeluarkan telur dan mati.
• Telur-telur akan menetas menjadi kutu dan hidup selama 30 hari.
Kudis buta bukanlah tanda-tanda kurangnya penjagaan kebersihan. Walaubagaimanapun,
ianya cenderung berlaku ditempat-tempat tinggal yang sesak sepeti asrama dan rumah
asuhan.

Apakah tanda-tanda dan gejala kudis buta?
Kudis buta biasanya berkait dengan :
1. Kegatalan kulit yang teramat sangat, yang mana ianya lebih teruk diwaktu malam dan
selepas mandi air panas.
2. tanda-tanda calar kesan daripada menggaru.
3. Bintik merah – seperti ruam terutama dikawasan kedua-dua tapak tangan dan kaki.
4. Garisan hitam beralun dan pendek pada kulit (tempat korekkan kutu)

Nota: Kegatalan adalah disebabkan oleh reaksi alahan kepada kutu.

Kawasan yang biasa dijangkiti
Tempat-tempat yang biasa ialah :
• Dicelah-celah jari.
Kudis buta yang menjangkiti kawasan dicelah-celah jari
• Tapak tangan
• Bahagian dalam pergelangan tangan
Kawasan-kawasan lain termasuk :
• Kawasan kemaluan.
• Punggung
• Sekitar pusat.
• Celah-celah ketiak.
• Siku
• Kaki dan buku lali.

Bagaimana ianya merebak?
Kudis buta senang merebak dari seorang ke seorang yang lain melalui:
• Sentuhan kulit ke kulit.
• Menyentuh pakaian atau cadar yang dijangkiti (jarang)
Apakah rawatan untuk kudis buta?
Ubatan yang boleh membunuh kutu dinamakan scabicides. Ianya berbentuk krim atau losyen
disapu pada kulit. Ini termasuk:
• Losyen benzyl benzoate
• Krim gamma benzene hexachloride
• Losyen malathion
Dimana ianya disapu?
• Daripada bawah dagu hingga kehujung jari-jari kaki.
• Semua kawasan yang terlibat, termasuk kawasan dicelah-celah jari, bawah kuku dan
kemaluan.
Bagaimana ianya disapu?
• Ubatan disapu dan biarkan semalaman sebelum membilasnya esok pagi.
• Rawatan perlu diambil untuk 1-3 malam berturut-turut mengikut nasihat doktor.
Pakaian dan cadar perlu dibasuh dengan air panas.
Semua ahli keluarga perlu dirawat pada masa yang sama, tidak kira samada mereka
ada rasa gatal atau tidak.
Kegatalan mungkin berterusan untuk beberapa minggu selepas rawatan berhasil. Ubatan
untuk mengurangkan kegatalan mungkin perlu diteruskan untuk beberapa minggu.

Pencegahan dari merebak kepada orang lain
1. Jauhi kanak-kanak yang dijangkiti dari sekolah/taman kanak-kanak sehingga selesai
rawatan.
2. Rawat seluruh ahli keluarga serentak.
Elakkan bersentuhan dengan pesakit atau jika menghidapi kudis buta, ubati segera dan seelok-eloknya jauhkan diri daripada orang lain.

3. Pastikan kebersihan diri.

Jangan berkongsi pakaian atau barangan peribadi seperti tuala.
Rendam pakaian dalam air panas.
Jemur tilam, bantal dan permaidani di bawah terik matahari.

Kaedah Tradisional
1) Bunga Tanjung Ubati Kudis Buta
Spanish cherry atau bunga tanjung sejenis tumbuhan yang berasal dari keluarga Sapotaceae. Pokok itu yang tumbuh sehingga paras 20 meter akan mengeluarkan bunga-bunga kecil yang berbau harum yang bertindak sebagai perangsang dari segi perubatan.

Kulit pokok bunga tanjung direbus untuk dibuat tonik yang pedar dan pahit rasanya. Ia digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati demam, kudis buta dan penyakit kulit yang dikenali sebagai exzema.

Di samping itu, kulit dan daun pokok bunga tanjung ditumbuk lumat untuk digunakan sebagai ubat sapu untuk menghilangkan bisa akibat dipatuk ular. Di Indonesia, daun bunga tanjung digunakan sebagai satu kaedah perubatan tradisional untuk merawat asma, tonsillitis, vertigo dan angin.

Dari segi saintifiknya, pokok bunga tanjung dikenali sebagai Mimusops Elengi. Ia juga mengeluarkan buah-buah kecil yang berkesan untuk merawat penyakit disentri iaitu berak berdarah.

2) Peria
Jika menghadapi masalah darah kotor seperti bisul, kudis buta, rasa gatal dan lain-lain masalah, fungus peria boleh mengatasinya dengan cara mencampurkan segelas jus peria dan sudu kecil jus limau. Ia hendaklah diamalkan sedikit demi sedikit dalam jangkamasa empat ke enam bulan. Masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dengan meminum air daripada daunnya. Ia juga boleh mengatasi masalah hati kesan daripada pengamblan alkohol.
Walaupun peria tidak di minati kerana kepahitannya tetapi ia banyak membawa manfaat kepada orang yang mengemarinya. Rasa pahitnya akan hilang dengan cara merendam di dalam air garam sebelum di masak. Di India, biji daripada buahnya yang telah di masak ranum pula di jadikan sebagai bahan perasa

3) Guna Belerang

Panaskan belerang tersebut dalam periuk serta dicampur dengan bunga dan sapu suam2 kat tempat yang kena kudis itu.Cuba amalkan 2 hingga 3 kali sehari.Insyaallah hilang la kudis tu.

4) Guna Daun Mengkuang

Bakar daun mengkuang tersebut dan ambik dia punya abu.Sebelum letak abu tu dekat kudis,pecahkan kudis yang ada kuning-kuning(nanah) terlebih dahulu dan lepas tu baru rendam tempat kudis tu dalam air garam suam2.Insyaallah jika diamalkan petua ni,mungkin dapat menghilangkan parut2 kudis tu

5) Guna Daun Jambu Batu
Cari 5 atau 6 helai daun jambu batu, giling hingga lumat.Ia kemudian dicampurkan dengan santan dari segengam kelapa parut perah.Kemudian dibungkus dalam kain jarang dan digosokkan pada kudis buta itu.

6.Guna daun gelenggang
1. Ambil beberapa helai daun gelenggang dan bersihkannya.
2. Tumbuk daun gelenggang tadi hingga lumat. Pada masa yang sama, tambahkan sikit minyak tanah.3. Sapukan daun yang telah lumat ke bahagian yang dijangkiti penyakit kulit.
Ulangi 3 langkah yang dinyatakan sehinggalah penyakit panau, kurap atau kudis buta anda sembuh. Mudah-mudahan anda sentiasa sabar sebelum menikmati hasilnya.

Penaja

insan yang cintakan ilmu

Pengikut