ADAKAH TELEFON BIMBIT SELAMAT UNTUK DIGUNAKAN SEMASA HAMIL?

 
Kami tak boleh cakap dengan nyata samada menggunakan telefon bimbit itu selamat apabila anda hamil. Telefon bimbit hanya mula digunakan secara meluas sejak 1990an, jadi adalah sukar untuk menentukan kesan jangka panjang setakat ini.

Kajian yang dilakukan setakat ini mencadangkan bahawa tiada risiko kesihatan yang serius akibat penggunaan telefon bimbit untuk jangka masa pendek. Namun, semasa hamil, mungkin anda mahu lebih berwaspada agar terjamin keselamatan.

Dua kajian berkaitan mendapat hubungan antara bayi terdedah kepada telefon bimbit dalam uterus (rahim) dan masalah perlakuan, seperti hiperaktiviti, semasa di zaman kanak-kanak. Kanak-kanak yang menggunakan telefon bimbit nampaknya mempunyai risiko besar mempunyai masalah perlakuan apabila besar.

Namun, mungkin ada penerangan lain bagi masalah perlakuan itu. Ada kemungkinan yang jika ibu menggunakan telefon bimbitnya secara kerap, dia akan memberi kurang perhatian kepada bayinya secara menyeluruh. Jika bayi atau kanak-kanak kecil tidak menerima perhatian yang dia perlukan, dia mungkin membina masalah perlakuan.

Kajian yang lebih baru antara dua di atas mengambilkira kenyataan yang kanak-kanak mungkin terjejas jika kurang mendapat perhatian. Namun begitu, masih tiada cukup bukti bahawa telefon bimbit jika digunakan secara terus menyebabkan masalah perlakuan.

Telefon bimbit mengeluarkan tahap gelombang radio yang rendah, diberi nama radiasi elektromagnet tak mengion. Banyak alat-alat harian mempunyainya. Television anda, komputer dan ketuhar gelombang mikro semua mengeluarkan radiasi ini. Radiasi tak mengion adalah lebih lembut dari radiasi mengion, yang dikeluarkan oleh X-ray, mesin terapi radiasi dan skan CT. Pakar bersetuju yang radiasi tak mengion tidak berkebarangkalian membahayakan bayi belum lahir.

Setiap telefon bimbit dinilai ukur mengikut tahap radiasi yang dikeluarkan. Pengukuran ini diberi nama nilai kadar penyerapan spesifik (SAR - specific absorption rate). Nilai SAR menyatakan jumlah radiasi, atau tenaga, yang diserap oleh badan anda semasa menggunakan telefon. Lebih tinggi SAR telefon bimbit anda, lebih banyak radiasi yang diserap. Anda boleh menyemak nilai SAR telefon anda:
Dari segi penggunaan, jumlah tenaga yang dipancarkan oleh telefon bimbit anda bergantung kepada berapa kuat signal itu. Lebih kuat signal, lebih kurang tenaga yang diperlukan oleh telefon untuk berfungsi, dan lebih rendah nilai SAR. Jadi, jika anda hanya menggunakan telefon anda apabila anda mempunyai signal kuat, ini satu cara untuk mengurangkan tahap radiasi yang terdedah kepada anda.

Ramai antara kita bergantungkan telefon bimbit setiap hari. Oleh itu, jika anda perlu menggunakan telefon, tak perlu bimbang sangat. Anda boleh mengurangkan pendedahan anda dengan cara-cara berikut:
  • gunakan telefon bimbit anda seberapa minima yang boleh, atau hanya jika tiada pilihan lain;
  • hantar teks atau guna telefon talian bukan telefon bimbit untuk membuat panggilan;
  • pastikan panggilan anda pendek;
  • cari tempat di mana anda mendapat signal yang kuat sebelum membuat panggilan.
Menggunakan alat bebas tangan boleh mengurangkan SAR terkena ke bahagian kepala anda semasa membuat panggilan. Namun begitu, alat bebas tangan boleh meningkatkan SAR bagi keseluruhan badan anda. Ini mungkin sesuatu yang hendak dielakkan semasa anda hamil.
sumber dari Baby Centre

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Penaja

insan yang cintakan ilmu

Pengikut