KENALI PUNCA-PUNCA CAESAREAN


FAKTOR YANG BERPUNCA DARIPADA BAYI

1.LEMAS
Ia merupakan salah satu indikasi paling sering berlaku.Doktor dapat ,mengetahui bayi lemas melalui pemeriksaan CTG iaitu alat yang dipasang untuk mengesan aktiviti jantung bayi.Daripada pemeriksaan jantung yang dilakukan,ia boleh menentukan bayi lemas atau tidak.

Selain daripada itu ia dapat dikenalpasti melalui warna air ketuban.Jika warnanya jernih beerti tiada apa-apa masalah .Namun sebaliknya jika ia berwarna kuning kehijauan cair/pekat/sangat pekat.Ini kerana najis bayi (Mekonium ) sudah pun dikeluarkan .Jika warnanya merah pula itu beerti uri telah lekang.

2.CEPHALOPELVICB DISPROPORTION (CPD)
Diagnosis true CPD berlaku kerana nisbah kepala bayi dengan tulang punggung ibu tidak sepadan akibat daripada keadaan tulang punggung ibu sememangnya kecil sejak dari azali,berpunca daripada penyakit yang menyebabkan tulang punggung kecil atau mengalami kemalangan.Diagnosis relative CPD pula ,tulang punggung ibu normal namun kepala atau atau saiz bayi terlalu besar untuk melaluinya.

3.SAIZ BESAR
Biasanya berat bayi yang melebihi 4 kg perlu dilahirkan melalui pembedahan caesarean kerana dia terlalu besar untuk dikwluarkan secara normal.

4.KEDUDUKAN
Apabila berhadapan dengan masalah kedudukan yang tidak normal samada melintang atau songsang ,caesarean merupakan pilihan yang paling biasa diambil oleh doktor untuk mengeluarkan bayi dengan selamat biarpun anda masih berpeluang melahirkannya secara normal.

5.PEMBESARAN TERBANTUT(INTRA UTERINE GROWTH RETANDATION ATAU IUGR)
Pertumbuhan bayi dalam rahim terbantut disebabkan berlakunya kekurangan bekalan oksigen kepada bayi dalam kandungan ,sebagai langkah keselamatan ,pembedahan caesarean perlu dilakukan untuk mengeluarkan bayi bagi sebarang komplikasi kelahiran.

6.CACAT
Untuk pengetahuan anda,tidak semua ibu yang mengandungkan bayi cacat perlu pembedahan caesarean .Ia khusus untuk bayi yang mengalami masalah hydrocephalus.

7.KEMBAR
Bagi yang mengandungkan kembar dua,anda masih boleh mencuba untuk melahirkan bayi secara normal(bergantung kepada kedudukan bayi)namun ,sebaliknya jika anda bakal melahirkan kembar tiga atau lebih.

8.TALI PUSAT BERMASALAH
Bagi bayi yang menghadapi apa-apa masalah berkaitan dengan tali pusatnya ,tidak kira samada tali pusat terkeluar ,terbelit dan sebagainya ,pembedahan caesarean perlu dilakukan untuk mengelakkan komplikasi ke atas bayi.

FAKTOR YANG DISEBABKAN DARIPADA IBU

1.MASALAH KESIHATAN
Sekiranya anda disahkan menghidap darah tinggi ,kencing manis mahu pun sakit jantung yang tidak terkawal sewaktu hamil,maka pembedahan caesarean yang bakal anda lalui adalah secara elektif.hal ini kerana masalah kesihatan yang dihadapi boleh menjadi lebih buruk jika anda berhasrat untuk bersalin secara normal.

2.PEMBEDAHAN LEBIH DARIPADA DUA KALI
Maklumat penting untuk yang pernah melalui pembedahan caesarean lebih daripada dua kali ketahui ialah anda tiada pilihan lain selain melahirkan bayi secara caesarean kerana doktor bimbang parut pada rahim akibat pembedahan lalu akan koyak/pecah.

3.MASALAH URI
Biar apa pun jenis masalah uri yang dialami (plancenta praevia dan sebagainya)anda perlu melahirkan bayi secara caesarean bagi mengelakkan sebarang komplikasi sewaktu melahirkannya.

4.RAHIM PECAH (UTERINE RUPTURE)
Sekiranya anda tergolong dikalangan mereka yang mempunyai anak yang ramai ,atau pun pernah membuang ketumbuhan fibroid,anda berkemungkinan besar untuk melahirkan bayi secara caesarean kerana risiko rahim pecah.Sama juga halnya dengan mana-mana wanita yang gemar menggunakan pencetus kontraksi samada air selusuh berasaskan herba seperti genggam fatimah ,anda berisiko tinggi untuk mengalami rahim pecah lalu sebai langkah keselamatan,anda perlu menjalani pembedahan caesarean untuk mengeluarkan bayi.

5.PROSES PELAHIRAN PANJANG
Dalam proses kelahiran ,terdapat dua fasa iaitu latern (rahim membuka sehingga 3sm)dan aktif (mula 3sm-10sm yang mengambil masa 7 jam )Jika anda melaui proses pelahiran lebih daripada 7 jam,ia dianggap sebagai proses pelahiran panjang .Jika keadaan mendesak,maka pilihan yang anda ada ialah bantuan kelahiran dan pembedahan caesarean.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Penaja

insan yang cintakan ilmu

Pengikut