KISAH SHIDEE DISEBALIK PERKAHWINAN


Dahulu dia pernah meletakkan matlamat untuk menamatkan zaman bujangnya pada usia 26 tahun ,Jika pun terlewat hanyalah setahun selepas itu .Baginya usia tersebut sudah cukup mematangkan seorang lelaki sepertinya untuk bergelar sang suami."Kita manusia biasa hanya mampu merancang Allah juga yang menentukannya"ujar penyanyi Shidee ,51 .Begitu pun saat dia memaklumkan kepada umum perihal perkahwinannya yang dilangsungkannya awal februari lalu ,ramai yang terkejut.Selain tragedi yang melibatkannya.Perbezaan umur diantara isteri sebanyak 28 tahun menarik perhatian ramai.

"Sudah tersurat untuk saya beristeri pada usia sebegini ,saya sendi tidak pernah menyangkayang Allah masih beri peluang untuk saya merasai nikmat alam berumahtangga ,lebih -lebih lagi dengan wanita yang berpangkat anak kepada saya"ujarnya lagi sambil memeluk erat isterinya,Siti Fairunnisa Aziz ,23 tahun .

Bercerita lanjut mengenai alam perkahwinan yang baru empat bulan ditempuhi,Shidee memberitahu pernah satu ketika dia hampir berputus asa untuk berbica mengenai perkahwinan .Hal ini kerana sebagai manusia perasaannya pernah bercampur baurapabila terlalu ramai yang memberikan komen dan pendapat mengenai status dirinya yang bujang terlajak.

Bukan kehendak diri ,malah saya tidak malu untuk memberitahu yang saya tidak pernah berhenti untuk mencari.Cuma apabila ada yang saya suka,mereka pula yang mengundur diri.Begitulah sebaliknya sehinggakan pada satu masa ,saya pasrah kiranya harus hidup berseorangan sehingga penghujung usia.

Tambah merisaukan apabila ibu tersayang juga tak henti-henti supaya shidee lekas-lekas kahwin dan sekarang sudah termakbul.

Menurut Shidee lagi dia tidak pernah menyangka bahawa perkenalannya yang terjalin dengan ibu Fairunnisa bakal membawanya ke jinjang pelamin walaupun diiring tohmahan berbisa."yang pasti Allah maha mengetahui akan segala-galanya.Saya da isteri kenal selama tiga tahun namun tiada siapa yang tahu kerana kami merahsiakannya"Shidee memberitahu.

Tidak mahu terus mengulas kemelut berlaku Shidee kini memanjatkan syukur kerana apa yang dihajatkannya sudah tercapai..

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Penaja

insan yang cintakan ilmu

Pengikut