WANITA TERBUNUH KERANA HIJAB


MELBOURNE 9 April – Seorang wanita terbunuh apabila hijab yang dipakainya terlilit pada gandar go-kart yang sedang dipandunya semalam.

Wanita berusia 26 tahun itu berkunjung bersama keluarganya di litar go-kart Port Stephens di New South Wales apabila hijabnya terbelit gandar kereta lumba itu ketika ia dipandu laju, demikian menurut The Australian Associated Press.

Paramedik berkata, wanita yang berasal dari Sydney itu mengalami kecederaan yang serius di lehernya menyebabkan jantungnya terhenti selepas kain hijab itu melilit lehernya.

Orang ramai yang terkejut dengan kejadian itu berjaya mengeluarkan wanita itu dan diterbangkan ke hospital John Hunter di Newcastle dalam keadaan kritikal.

Wanita itu bagaimanapun meninggal dunia tidak lama kemudian.

"Ketika mangsa sedang memandu sebahagian kain hijabnya terbelit di gandar go-kart dan membelit lehernya,” kata Inspektor Brian Larkham yang bertugas di Port Stephens.

Polis berkata, wanita itu dan keluarganya sedang bercuti di Port Stephens. – Bernama

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Penaja

insan yang cintakan ilmu

Pengikut