WARDINA SEORANG YANG LANTANG


NAMA pelakon dan pengacara terkenal Wardina Saffiyyah tiba-tiba meledak gara-gara kelantangannya bersuara mengkritik senario yang berlaku dalam industri hiburan. Selepas itu, muncul pula isu dia berjumpa dengan orang kuat parti pembangkang. Rentetan dua peristiwa itu menjadikan nama Wardina panas.

Cemuhan dan kritikan diterima seperti gerabak keretapi, tak berhenti, termasuk mendakwa kelantangannya itu sebagai pencetus kepada publisiti murahan.

Tetapi mengenal seorang Wardina Saffiyah, wanita berusia 31 tahun ini bukanlah seorang yang gila publisiti dan bercakap tanpa berfikir panjang. Setiap kata yang terluncur keluar daripada mulutnya di susun rapi, katanya bimbang akan mengguris hati orang lain.

Namun akuinya, gara-gara kelantangan tersebut, dia sendiri agak kaget dengan penerimaan orang sekeliling. Tetapi sebagai hamba Allah, dia reda.

"Saya tidak takut dengan penerimaan orang kerana saya tahu setiap apa yang kita buat akan ada dua respon. Satu akan puji dan satu lagi akan kritik. Kritikan akan membantu saya menjadi orang yang lebih baik.

"Jika semua orang asyik puji pun susah juga. Bila saya dikritik oleh sesetengah pihak yang tidak senang dengan kelantangan saya bersuara, saya sedar ada perkara yang harus dibuat dengan hati-hati seperti mengeluarkan pendapat," ujarnya yang ditemui dalam satu sesi fotografi khas baru-baru ini.

Meskipun begitu, ibu kepada tiga orang anak itu tidak sesekali takut atau berhenti untuk bersuara mengikut gerak hatinya. Baginya, bergelar selebriti, maka dia disusuli dengan satu tanggungjawab besar yang merupakan satu anugerah yang jarang diperolehi oleh orang lain.

WARDINA turut memberitahu pendapat yang diberikan adalah lambang kasih sayang buat pelapis industri seni dengan harapan mereka juga bangga menonjolkan jati diri seorang
Justeru, dia menggunakan sepenuhnya peluang itu untuk membawa peminat dan orang ramai ke arah kebaikan. Jelasnya, perkara paling ditakuti apabila ada orang menyalahertikan niatnya itu.

"Jadi selebriti bukan sekadar ada bakat seni tetapi juga pakej dengan tanggungjawab yang berat. Saya tidak kata saya baik sangat, saya pun ada kekurangan sebagai manusia biasa. Selagi saya boleh mendidik dan bawa perkara baik saya akan lakukannya," kata pengacara program Malaysia Hari Ini itu lagi.

Sungguhpun dia mengkritik segelintir artis tetapi, Wardina tetap bersyukur kerana dia terjebak dalam dunia hiburan. Dia yang kini yang kerap dijemput sebagai panel dalam program ilmiah mengatakan dunia hiburan banyak mengajarnya mengenal ragam manusia serta asam garam kehidupan.

Keberanian bersuara yang diperoleh hari ini juga berpunca daripada dunia hiburan. Tambahnya, jika bukan kerana dunia hiburan dia tidak sedar akan keberanian serta bakat yang dimiliki.

"Masuk dunia hiburan kena berani kerana cabarannya terlalu besar. Jika dulu saya seorang pendiam dan tidak berani bersuara. Sekarang berbeza, semuanya kerana pengalaman," ujar Wardina lagi

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Penaja

insan yang cintakan ilmu

Pengikut