APA ITU SELSEMA BABI (H1N1)


BESUTKITO: Viral novel influenza type A H1N1. Ianya berasal dari virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yang sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yang lebih tinggi di dalam rantaian makanan @ manusia dan semasa di dalam badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dari manusia kepada manusia.

Jangka Hayat Virus

Oleh kerana ia adalah viurs yang air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. Jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host (badan manusia) ia akan mati. Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yang baik....akan 'bersih' dr virus tersebut.

Apa Yang Anda Perlu Tahu

Asal virus ini.

Sebenarnya telah terdapat outbrake ini di US sebelum terjadi outbrake di mexico tetapi tidak dilaporkan kepada WHO. Kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetus la outbrake di mexico.

Virologi Virus H1N1

Incubation period yang singkat pada purata 2 hari dengan julat 1 - 4 hari. Ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkiti pesakit. Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkiti paling cepat dan selewat - lewatnya hari ke - 4. H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kepada pesakit yang berisiko, ia dapat membunuh. Jika pesakit adalah seorang yang normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.

Cara Serangan

Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan. Virus ini akan menyerang sistem pernafasan (seperti selsema burung dan SARS). Pada peringkat awal, ia hanya pada 'trakea'. Jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru-paru dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse' dan ia amat merbahaya kepada golongan yang berisiko tinggi.

Siapa Yang Berisiko

1. Orang yang ada masaalah 'obesiti' @ gemuk
2. Perempuan mengandung
3. Orang yang ada astmatic
4. Orang - orang yang bermasalah dengan sistem imunisasi ( menjalani 'operation yg besar', kanak -
kanak yang belum cukup suntikan imunisasi, golongan - golongan yang rendah tahap imuniti
contohnya HIV)

* Kematian yang telah dilaporkan terdiri daripada golongan - golongan di atas.


Simptom - Simpton

Day 1 Rasa kurang sihat, tak bermaya
Day 2 Selsema, batuk dan demam yang kekal (demam tidak turun walaupun telah makan ubat demam)
Day 3 Rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
Day 4 Sakit dada yg teruk, jumpa doktor dengan segera
Day 5 and > Lung collapse @ koma


Langkah - Langkah Kawalan

1. Golongan - golongan yang berisiko, elakakan daripada kesesakan (kawasan yang padat dengan orang ramai)

2. Menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dengan betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran

3. Elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'

4. Jika kurang sihat, elakan diri dari beraktiviti (sosial dan berkumpulan)

5. Jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jangan hadirkan diri di kawasan orang ramai. Jika
terpaksa, pakai 'mask' (sekurang - kurangnya 3 ply mask)

6. Untuk orang yang sihat, elakkan dari kawasan yang padat.


7. Jika ada tanda-tanda simptom di atas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan

8. Jika sihat, jangan ke hospital atau klinik untuk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi banyak virus.

9. Tak perlu ambil anti-viral @ apa - apa ubat influenza!!!!!!!!!!. Jika sihat dan mengambilnya, akan mengakibatkan resistan
kepada vaksin @ ubat - ubat untuk merawat jika terkena jangkitan. Ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap
persekitaran badan yg telah mengambil ubat-ubat tersebut terlebih awal.

10. Vaksin hanya akan 'wujud' seawal - awalnya pada Oktober dan hanya untuk 'frontliner' sahaja dan untuk orang awam
selewat - lewatnya pada 2010.

11. Untuk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal sahaja di Malaysia. Ia mengambil masa 6 jam untuk run test
kepada 1 batch sample.

12. Tahap kesedaran dan pengetahuan yang tinggi amat perlu untuk kita sama-sama menghadapi outbrake ini. Sama-samalah kita berdoa kepada ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu. Amin.


Ini Adalah Sumber Dari Taklimat H1N1 Oleh Pengarah Kawalan Penyakit Berjangkit Dari Kementerian Kesihatan Malaysia Di Pan Pacific KLIA Pada 01.08.2009.
DAKWAAN PENJENAYAH KUASAI POLIS:SIKAP KPN DIPERTIKAI

DAKWAAN PENJENAYAH KUASAI POLIS:SIKAP KPN DIPERTIKAI

BESUTKITO:

Dakwaan penjenayah kuasai polis: Sikap KPN dipertikai

KUALA LUMPUR, 30 Ogos: Sikap Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan yang enggan mengulas tuduhan bahawa beliau mengizinkan penjenayah menguasai pasukan polis menimbulkan persoalan besar terhadap kredibilitinya, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Malah, katanya lagi, ia juga menyebabkan kredibiliti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein lebih dipertikaikan.

"Mengapa selepas mengambil alih kerajaan April lalu, Najib dan Hishammuddin terus mengekalkan seorang KPN yang telah begitu lama dipertikaikan kredibilitinya?

"Sama seperti kita mahukan seorang Perdana Menteri yang bersih dan dilihat bersih sejak dari mula Najib menyandang jawatan itu, kita juga mahukan seorang KPN yang bukan sahaja bersih tetapi dilihat bersih.

"Amat mengecewakan apabila hendak melantik KPN yang bersih dan dilihat bersih pun tidak mampu dilakukan oleh kerajaan Najib," kata Salahuddin.

Mengulas lanjut keengganan Musa mengulas pelbagai tuduhan terhadapnya itu, beliau berkata, "itu bukan sifat seorang KPN".

Sepatutnya, kata Salahuddin, Musa berdiri tegak untuk menangkis pelbagai tuduhan terhadapnya.

"Umno tidak henti-henti memperlekehkan kenyataan-kenyataan bersumpah yang disiarkan oleh Raja Petra (Kamarudin) sebagai tidak ada nilai, bohong dan sebagainya.

"Kenapa Musa tidak matikan sama sekali pendedahan Raja Petra kalau pendedahannya tidak ada nilai dan bohong?

"Bukankah orang kita terkenal dengan pepatah berani kerana benar?" kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Dalam laman web kelolaannya, Malaysia Today, Raja Petra semalam menyiarkan kenyataan bersumpah yang mengandungi pelbagai tuduhan terhadap Musa.

Malaysiakini melaporkan, Musa enggan mengulas tuduhan-tuduhan itu.

Walaupun dipadamkan identiti dan beberapa maklumat lain dalam kenyataan bersumpah itu, Raja Petra berjanji akan menyiarkan kesemuanya jika perkhidmatan Musa sebagai KPN disambung semula.

Dalam kenyataan bersumpah yang dikatakan dibuat oleh seorang pegawai polis yang pernah menjadi pembantu peribadinya (aide-de-camp atau ADC), Musa dituduh menyebabkan pasukan polis dikuasai penjenayah berikutan hubungannya dengan kumpulan itu.

Pegawai polis itu menuduh Musa membiarkan kepala-kepala penjenayah memanipulasi kenaikan pangkat anggota polis dan penentuan jawatan mereka.

Sebagai ADC kepada Musa, kata pegawai polis itu, beliau diarahkan untuk "menyelaraskan arahan mengenai pangkat dan jawatan para pegawai polis berdasarkan draf dan cadangan yang dibuat oleh BK Tan".

Laporan sebelum ini mendakwa Tan adalah kepala sindiket jenayah terancang yang menguasai dadah, persundalan, ceti haram dan rangkaian perjudian haram di seluruh Malaysia. Beliau juga didakwa menguasai sistem maklumat berkomputer polis.

Pegaawai polis itu juga mendakwa bahawa sesetengah arahan pertukaran dibuat dengan tujuan untuk memerangkap pegawai yang diarahkan berpindah itu.

Sesetengah arahan pertukaran pula dibuat untuk memperlihatkan seolah-olah Musa melakukannya dengan tujuan menghapuskan rasuah.

Musa juga dituduh mengarahkan supaya diwujudkan blog tanpa nama pemiliknya untuk menuduh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Johari Baharum menerima rasuah RM5.5 juta dari tiga kepala penjenayah.

Johari pada masa itu ialah Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan dikatakan tidak mempunyai hubungan baik dengan Musa.

Kenyataan bersumpah pegawai polis yang mendakwa pernah menjadi ADC kepada Musa itu juga mengulangi tuduhan bahawa Musa berada di sebalik pakatan jahat ke atas bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Ramli Yusof dan lain-lain pegawai yang terlibat menyiasat beberapa kepala penjenayah.

Ramli dan pegawai-pegawai tersebut sebelum ini menghadapi tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ketika itu dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Pegawai polis tersebut juga menyatakan beliau pernah memaklum dan mengadukan perkara itu kepada begitu ramai pembesar termasuk Johari sendiri dan bekas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad.

"Bagaimanapun, tidak banyak yang dapat dilakukan bila perkhidmatan Musa (sebagai KPN) dilanjutkan dua tahun lagi pada Julai 2007 lalu oleh Perdana Menteri sebelum ini, (Tun) Abdullah Ahmad Badawi yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri ketika itu.

"Ia menjadi pengesahan yang sangat kuat bahawa kerajaan berada di belakang Musa sepenuhnya," kata pegawai polis itu dalam kenyataan bersumpahnya.

Menurut Raja Petra, terdapat tanda-tanda bahawa kerajaan mahu menyambung lagi perkhidmatan Musa untuk kali ketiga apabila tempoh perkhidmatannya kini tamat pada 14 September akan datang.

"Ini bermakna kumpulan kongsi gelap Cina akan terus menguasai pasukan polis dan menentukan siapa yang ditukarkan, dinaikkan pangkat, diturunkan pangkat dan dicampak ke dalam penjara.

"Ya, mereka bertindak sehingga ke peringkat mencampakkan pegawai-pegawai polis yang enggan 'berkerjasama' ke dalam penjara. Dan, hari ini, kami mengemukakan bukti mengenainya," kata Raja Petra._ From Harakah Daily
INFO KESIHATAN:CACING

INFO KESIHATAN:CACING

BESUTKITO :

DIJANGKITI cacing? Eee... gelinya! Bagi kanak-kanak kota, jangkitan cacing mungkin jarang didengar tetapi ia masalah lazim di kalangan kanak-kanak di pedalaman, terutama yang jauh daripada kemudahan kebersihan dan kesihatan serta suka bermain tanpa memakai kasut.

Cacing ada di keliling kita. Bukan saja di dalam tanah, tetapi juga makanan mentah yang tidak dicuci seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kain lembap dan permukaan kotor.

Jangkitan cacing adalah masalah global membabitkan satu pertiga penduduk dunia, tetapi kes paling banyak direkodkan di kalangan kanak-kanak dan negara miskin.

Walaupun kita ada sumber air dan persekitaran bersih, jangkitan cacing tetap berlaku di Malaysia, terutama di kalangan kanak-kanak kecil dan sekolah rendah.

Faktor kepadatan pusat jagaan atau sekolah yang tinggi memudahkan jangkitan dipindahkan daripada seorang kanak-kanak kepada rakan sebayanya melalui persekitaran atau permukaan tercemar.

Jarang-jarang jangkitan cacing berakhir dengan kematian, tetapi ia boleh memberi kesan negatif jangka panjang terhadap pertumbuhan fizikal, perkembangan minda dan pendidikan.

Ini kerana cacing dalam usus mencuri khasiat daripada makanan perumah (kanak-kanak), menyebabkan mangsa mengalami masalah kekurangan zat.

Ini sebabnya ibu bapa perlu melihat tanda jangkitan cacing pada anak dan pastikan mereka diberi ubat mematikan cacing setiap enam bulan. Antara tanda umum jangkitan cacing ialah:

1.Letih


2.Tiada selera makan


3.Kerap berasa tidak sihat


4.Sering mengadu sakit perut


5.Pertumbuhan perlahan


6.Prestasi di sekolah terjejas

Kebanyakan cacing berbahaya ini hidup dalam usus manusia dan biasanya tidak menyebabkan gejala yang nyata, kecuali jika ia menembusi dinding usus dan berpindah ke bahagian atau organ badan lain. Yang membimbangkan ialah jika ia mengakibatkan komplikasi pada sistem pernafasan atau jantung.

Jenis cacing
jenis Cacing

Cacing gelang — Ini adalah jenis cacing paling lazim menjangkiti kanak-kanak, khususnya prasekolah. Dianggarkan ia menjangkiti satu perempat (25 peratus) penduduk di seluruh dunia.

Cacing gelang hidup dalam usus kecil dan menghasilkan banyak telur. Telur ini kemudian keluar bersama najis dan dari sini ia boleh menjangkiti orang lain jika tiada amalan kebersihan baik.

Telur cacing gelang boleh bertahan lama dalam tanah dan boleh memasuki badan melalui makanan mentah. Makanan mentah seperti ulam, salad atau buah-buahan yang boleh menjadi ejen paling berkesan untuk memindahkan telur cacing dari tanah ke dalam badan manusia perlu dibersihkan dengan air mengalir. Malah, kanak-kanak yang suka bermain tanah atau tidak memakai kasut juga boleh dijangkiti.

Kebanyakan kes jangkitan cacing gelang tidak menunjukkan gejala. Bagaimanapun, ada juga kanak-kanak mengalami sakit perut, muntah atau sukar buang air besar. Cacing ini juga bertanggungjawab menyebabkan kanak-kanak batuk teruk pada waktu malam.


Cacing benang — Ini adalah jenis cacing kedua lazim menjangkiti kanak-kanak. Apabila seseorang dijangkiti, rungutan paling biasa ialah gatal pada dubur dan menyebabkan mereka tidak boleh tidur malam.

Jika seorang ahli keluarga dijangkiti cacing ini, seluruh keluarga perlu mendapatkan rawatan kerana ia sangat mudah merebak pada orang lain.

Pakaian perlu dicuci dengan baik dan kuku dipotong pendek supaya kebersihan sentiasa terjaga. Kegatalan pada dubur boleh diatasi dengan menyapukan krim antihistamin dan pastikan memakai sarung tangan ketika mengubati anak.


Cacing cangkuk — Ia jenis cacing yang lazim di kalangan penduduk luar bandar dan di kawasan kurang kemudahan kebersihan. Kanak-kanak berumur antara lima hingga 15 tahun berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan dan biasanya jumlah cacing dalam usus mereka lebih banyak berbanding orang dewasa.

Jika jangkitan tidak serius, ia tidak menunjukkan sebarang kesan, tetapi kanak-kanak boleh alami cirit-birit berdarah dan kadangkala dubur terkeluar jika jangkitan sampai ke peringkat serius. Malah, kanak-kanak juga kelihatan pucat dan tidak sihat akibat kekurangan zat.


Cacing kerawit — Menjangkiti satu pertiga penduduk dunia. Ia juga sangat biasa di pedalaman, terutama jika kanak-kanak berjalan berkaki ayam. Di kawasan bandar, kanak-kanak yang tinggal berhampiran kawasan terbuka dan padang lebih berisiko mendapat jangkitan.

Cacing kerawit memasuki badan melalui kulit. Larva (anak cacing yang baru ditetaskan) memasuki usus kecil dan tinggal selama beberapa tahun. Ia hidup dengan mengambil nutrien daripada dinding usus.

Jangkitan cacing kerawit boleh menyebabkan kehilangan darah kronik dan pesakit mengalami anemia serta kekurangan zat besi. Jika tidak dirawat segera, pembesaran seseorang kanak-kanak terjejas.

Antara gejala jangkitan cacing kerawit ialah tanda kekurangan darah, cepat letih, lemah, perut berasa tidak selesa dan ada kalanya pesakit mengidam makan benda pelik seperti lumpur dan arang. Jika jangkitan berlaku pada wanita, biasanya mereka mengalami pendarahan haid yang banyak.


Cacing jarum — Jangkitan cacing ini paling biasa berlaku pada kanak-kanak berumur antara lima hingga 14 tahun. Walaupun jangka hayat cacing ini pendek, pesakit biasanya mendapat jangkitan berulang.

Cacing jarum sangat halus dan kecil, berukuran antara dua hingga empat milimeter saja, berwarna putih dan biasanya ditemui dalam satu kumpulan.

Ia tinggal dalam usus besar dan dikategorikan dengan gejala gatal pada dubur akibat pengeluaran telur di kawasan itu pada waktu malam. Apabila anak anda menggaru duburnya, telur tadi berpindah ke jari dan kukunya. Telur ini disebarkan apabila dia menyentuh mana-mana permukaan.

Jika dia menyentuh mulut dan menelan telur ini secara tidak sengaja, telur cacing jarum masuk ke dalam perut dan sampai ke usus. Kitaran hidup cacing berulang di dalam badan pesakit.

Selain gatal pada dubur, pesakit juga mengalami anemia, cirit-birit, muntah, letih, hilang selera makan, nafas menjadi kasar, batuk dan sukar bernafas. Jika seorang kanak-kanak dijangkiti, semua ahli keluarga perlu mendapatkan rawatan bersama-sama.

Kuku perlu dipotong pendek, tandas, lantai, cadar, sarung bantal, tuala dan pakaian mesti dibasuh beberapa kali untuk mengelak jangkitan berulang. Pastikan pakaian, cadar, tuala dan sarung bantal dijemur di tengah panas untuk memusnahkan telur cacing.


Cacing pita — Jangkitan cacing pita berlaku apabila seseorang makan daging lembu, babi atau daging lain yang dijangkiti larva cacing. Bagaimanapun, ia jarang berlaku dan biasanya hanya dialami individu yang kerap makan daging atau produk berasaskan daging.

Gejala jangkitan termasuk penurunan berat badan tanpa sebab, hilang selera makan, perut buncit dan sebahagian daripada cacing terkeluar apabila buang air besar.

Pencegahan

Banyak kaedah boleh dilakukan untuk mengelak jangkitan ini pada anak. Paling penting ialah mengajar mereka untuk mengamalkan kebersihan sejak kecil. Antara langkah yang boleh diambil ialah:


Ajar anak mencuci tangan setiap kali selepas keluar dari tandas, sebelum dan selepas makan.

Jangan benarkan anak bermain di luar rumah tanpa memakai kasut.

Pastikan kuku anak sentiasa pendek.

Makanan yang dimakan mentah perlu dicuci dengan bersih di bawah air mengalir.

Pastikan daging dan ayam dimasak hingga benar-benar masak. Jangan terima daging panggang setengah masak kerana mungkin mengandungi larva cacing yang masih hidup!

Basuh tangan anda sekerap mungkin ketika memasak, terutama jika mengendalikan daging dan ayam.

Jika anda mengesyaki anak anda dijangkiti, segera bawa ke klinik untuk diberi ubat anti cacing
TIONG DAKWA ONG PERNAH AMBIL SENDIRI RM4JUTA DARINYA

TIONG DAKWA ONG PERNAH AMBIL SENDIRI RM4JUTA DARINYA

KUALA LUMPUR, 29 Ogos: Ketua pegawai eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) Datuk Seri Tiong King Sing mendakwa Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat pernah mengambil sendiri darinya sumbangan sebesar RM4 juta tahun lalu, lapor China Press semalam.
Iklan




Menurut akhbar itu, maklumat mengenai sumbangan tersebut diperolehi dari satu salinan laporan polis Tiong ke atas Ong yang juga kepada Menteri Pengangkutan.
Malaysian Insider pula melaporkan, pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) itu juga mengulangi cabarannya supaya Ong mendedahkan berapa banyakkah yang dimiliki oleh beliau dan isterinya dalam akaun bank mereka.
Tiong mendakwa, wang RM10 juta yang sebelum ini didakwa beliau telah disumbangkan kepada Ong telah diberikan dalam tiga ansuran secara tunai, yang pertama sebanyak RM5 juta, kedua RM1 juta dan ketika RM4 juta.
Menurut laporan polis itu, Ong telah meminta sumbangan RM5 juta dari Tiong pada tahun 2008.
Tiong mendakwa, wang RM5 juta itu dimasukkan dalam dua beg dan ditemani dua kakitangannya, beliau telah memberikan wang itu kepada rakan Ong di Hotel Hilton Petaling Jaya.
Beberapa minggu kemudian, menurut laporan polis itu, Ong meminta RM1 juta lagi dari Tiong.
Wang yang diminta itu kemudiannya diberikan kepada wakil Ong di tempat letak kereta Hotel Armada di Petaling Jaya.
Menjelang akhir 2008, Ahli Parlimen Bintulu itu sekali lagi bersetuju untuk menyumbangkan RM4 juta lagi kepada Ong.
Ong sendiri didakwa datang mengambil wang tersebut di sebuat rumah tetamu kerajaan, menurut laporan polis itu.
Wang tersebut, kata bendahari Parti Demokratik Sarawak (SPDP) itu dalam laporan polisnya, diletakkan di tempat meletak barang kereta Ong, lapor China Press.
Ong membuat laporan polis, mengemukakan saman RM500 juta serta melemparkan tuduhan terhadap Tiong selepas Ketua Pegawai Eksekutif KDSB itu mendakwa memberikan RM10 juta kepadanya 12 Ogos lalu.
"Dia boleh cakap apa sahaja, tetapi saya rasa apa yang penting ialah keadilan dan kebenaran akan mengatasi segala-galanya dan bukan berasaskan cakap dengar oleh individu yang kredibilitinya dipersoalkan," Malaysian Insider memetik Ong berkata.
Tuduhan tersebutlah yang mendorong Tiong mengemukakan laporan polis terhadap Ong.
Tiong malah menyatakan beliau bersedia ke mahkamah dan menyatakan beliau mempunyai saksi untuk membuktikan beliau memberikan RM10 juta kepada Ong.
Timbalan Tiong dalam KDSB, Datuk Faizal Abdullah pula berkata Ong telah menggunakan jet peribadi milik syarikat tersebut sebanyak lima kali.
Faizal yang timbalan ketua Umno Bahagian Kapar seterusnya mendakwa, Ong �berhutang� kepada KDSB sebanyak AS$40,000 bagi perkhidmatan tersebut.
Tidak ada penafian yang meyakinkan dari Ong terhadap dakwaan Faizal itu.
KDSB ialah syarikat yang disiasat dalam skandal PKFZ.
Projek PKFZ mencetuskan kontroversi apabila timbulnya pendedahan bahawa kos pembangunannya melambung daripada RM2.5 bilion kepada RM4.6 bilion.
Laporan audit yang dikeluarkan pada akhir Mei oleh Price Waterhouse Coopers, syarikat yang dilantik LPK bagi tujuan itu, menyebut tentang pembabitan beberapa ahli politik dalam projek berkenaan, yang menurutnya, mungkin menimbulkan percanggahan kepentingan.
Ahad lalu, bekas naib presiden MCA yang kini menyertai PKR, Datuk Chua Jui Meng mendakwa, jika didedahkan skandal itu, ramai pemimpin Umno yang terlibat.
Dakwaan itu tampil selepas dakwaan ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Tee Lian Ker baru-baru ini mendakwa bahawa ramai tokoh Umno dan MCA berada dalam "payroll" Tiong - FROM HARAKAH DAILY
TIP PENJAGAAN KERETA

TIP PENJAGAAN KERETA

Perhatikan tayar cukup angin. Tiada benda pelik melekat di bahagian tayar atau mana-mana bahagian kereta. Jika tayar anda selalu kehilangan tekanan angin bermakna kemungkinan besar paku telah tertembus pada tayar anda. Kenapa tayar kereta tidak pancit terus dan hanya hilang angin sedikit demi sedikit? Kerana tayar kereta menggunakan teknologi tubeless iaitu tanpa tiub dan angin akan masih berada di dalam tayar walaupun tertusuk paku. Selalunya paku berada di bahagian tepi jalan yang ditabur oleh TAUKEY TIUB yang target untuk memancitkan tayar penunggang motor. Oleh itu, jika memandu, janganlah terlalu ke kiri. Lagipun lorong di kiri adalah untuk penunggang motor, basikal dan pejalan kaki.
Sebelum memulakan perjalanan, hidupkan enjin dan tunggu sehingga injin melahu pada kadar RPM yang normal kemudian baru jalan. Sebelum hidupkan injin, onkan suis dan tunggu apa-apa lampu yang sepatutnya padam sebelum injin hidup. Dengan cara ini, enjin anda akan lebih berkuasa di jalan dan menjimatkan minyak serta tahan lebih lama.
Seminggu sekali kalau boleh, periksa lampu brek ketiga dan semua lampu brek. Pastikan ia berfungsi. Buka bonet injin, buka penutup bateri dan periksa air bateri. Pastikan ianya berada pada aras antara minimum dan maksimum. Buka penutup minyak brek (Botol besar dekat body di hadapan pemandu dalam bonet injin), pastikan minyaknya mencukupi. Cari jarum pemeriksa minyak enjin. Untuk kancil ia ada di bahagian depan dekat belt yang bergerak kalau injin hidup (pemegang warna kuning). Cabut dan lapkan minyak di jarum tersebut dan kemudian masukkan kembali jarum tu. Bilang sampai lima dan cabut kembali. Minyak mesti berada pada aras di antara minimum dan maksimum. Kalau bawah daripada minimum, masukkan sedikit minyak injin sehingga ke paras yang saya katakan tadi. Untuk kereta auto, cari jarum yang lebih kurang sama bentuknya tapi berada di sebelah yang bertentangan dengan jarum yang pertama (untuk periksa minyak gear box). Lakukan perkara yang sama seperti yang pertama.
Sebulan sekali, pergi ke pam minyak dan periksa tekanan tayar. Tekanan yang sesuai ada di catatkan di bahagian dalam tiang B (tiang antara pintu depan dan belakang) sebelah pemandu. Periksa juga tekanan tayar simpanan. Setiap 3 bulan (kalau setiap hari guna kereta untuk ke tempat kerja, pergi ke kedai tayar dan rotate tayar mengikut aturan yang sesuai. Jika tayar anda sudah hampir botak, pergi ke kedai tayar dan tukar secepat mungkin. Tayar depan lebih penting kerana kawalan kereta bergantung padanya. Untuk periksa harga tayar, boleh tengok2 di laman web lelong.com.my atau pergi je kedai tayar buat survey dulu baru tukar. Jangan sampai kena tipu beli tayar celup.
Setiap 5,000 km pergi ke workshop, tukar minyak injin (jika gunakan minyak biasa), tukar penapis minyak (oil filter) setiap 2 kali tukar minyak injin dan tukar plag setiap 3 kali tukar minyak injin. Kalau kereta model lama (kancil 660 sehingga 1996) yang pakai “Petnam” atau contact point, suruh meknaik cuci contact point setiap 3 kali tukar minyak injin dan tukar setiap 9 kali tukar minyak injin. Kalau nak buat sendiri pun boleh. Pergi kedai hardware, beli strap wrench atau cup wrench untuk buka oil filter kereta anda. Beli oil filter dalam RM10, minyak hitam shell helix sudah memadai untuk prestasi yang baik dengan harga RM43 untuk botol 3 liter bagi kenderaan bersaiz kecil seperti kancil dan 4 liter untuk kereta bersaiz besar.
Digalakkan setiap bulan anda hantar kereta anda ke kedai cuci kereta atau car wash. Ini penting bagi memastikan semua tempat dalam kereta anda bersih dan kereta anda lambat nampak buruk ditelan masa.
Sayangi kereta anda, jaga kereta anda..
Related Car Facts
USING COOKING OIL FOR YOUR CAR ENGINE? Would you believe that palm oil could be used as an engine lubricant for your car? (10)
YOUR FAVOURITE CAR PARTS & CAR ACCESSORIES SHOP / WORKSHOP? BROTHERS / KAKIMOTOR / ENEOS / ELSE? LETS SHARE HERE! (6)
WINNERS LIST OF UPSI CAR AUTOSHOW COMPETITION (0)
WHAT IS ADJUSTABLE CAM PULLEY AND HOW IT WORKS (12)
TRUST /GREDDY E-MANAGE BLUE PIGGYBACK-SPECS AND PRICE (7)
THE SULTAN OF BRUNEI’S CAR COLLECTION, SOME LIST AND PICTURES, YOUR OPINION? HOW MANY CARS DO YOU HAVE? (16)
google_protectAndRun("ads_core.google_render_ad", google_handleError, google_render_ad);
Tagged as: , , , , , , , , , , , , ,
KES KHALWAT NORMAN DAN MEMEY

KES KHALWAT NORMAN DAN MEMEY

Memey seperti baru bangun tidur
NORMAN dan Memey berbincang sesuatu semasa menghadiri perbicaran kes khalwat mereka di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam.
KUALA LUMPUR - Saksi kes khalwat Norman Hakim dan Memey Suhaiza berkata, ketika serbuan dibuat, pelakon wanita itu dilihat seperti baru bangun tidur berikutan wajahnya yang sembab dan kusam selain terdapat garis-garis halus di pipi.
Jelas Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang terlibat dalam operasi itu, Kyairool Nizam Khairuddin, 25, Memey yang berpakaian lengkap dan duduk di kaunter hadapan pintu kelihatan agak terkejut.
"Salah seorang penguat kuasa tanya kenapa enggan buka pintu, Memey hanya menjawab takut," kata Kyairool Nizam.
Saksi kedua pendakwaan itu berkata demikian dalam pemeriksaan utama oleh Pegawai Pendakwa Syarie JAIS, Muhammad Nazri Basrawi semasa perbicaraan kes khalwat pasangan itu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini semalam.
Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 33, dan Memey Suhaiza Suhaimi, 21, dituduh berkhalwat pada pukul 3 pagi 30 Oktober 2008 di pejabat beralamat 4-1A, Jalan UP 1/2, Taman Ukay Perdana, Ampang dekat sini.
Terdahulu, pihak pendakwaan membuat pindaan berhubung waktu dalam pertuduhan iaitu dari pukul 3 pagi itu dipinda kepada di antara pada pukul 1.45 dan pada pukul 3 pagi 30 Oktober 2008.
Norman dan Memey bagaimanapun tetap mengekalkan pengakuan tidak bersalah terhadap dakwaan berkhalwat. (kosmo online)
GURU HAMIL 12 ANAK

GURU HAMIL 12 ANAK

Seorang guru yang dilapor hamil 12 anak berazam untuk melahirkan semua kandungannya enam lelaki dan enam perempuan.

Jika berjaya wanita itu yang hamil selepas rawatan penyuburan akan mencatat rekod dunia baru.

Pakar kesuburan Britain mengatakan kandungan wanita itu berdepan dengan bahaya.

Pemegang rekod ketika ini warga Australia ,lahirkan sembilan anak tapi meninggal pada tahun 1971
SEJARAH DAERAH BESUT

SEJARAH DAERAH BESUT

Latarbelakang
Bukti bertulis yang paling awal menyentuh mengenai daerah ini cuma sedikit, catatan MUNSYI ABDULLAH dalam PELAYARAN ABDULLAH KE KELANTAN dan dari buku TUFFATUL NAFIS karangan Raja Ali Haji.
Oleh kerana tidak terdapat bukti-bukti bertulis mengenai sejarah awal Daerah Besut, maka terdapat berbagai-bagai cerita yang menerangkan asal usul BESUT.
Salah satu cerita mengenai asal nama Besut kononnya berpunca dari zaman dahulu dimana dikatakan daerah ini merupakan salah sebuah kawasan dibawah kuasa Kerajaan Siam . Mengikut salah satu cerita nama Besut timbul dari perkataan BE yang dalam bahasa Siam bermakna DAERAH manakala SUT menggambarkan satu tempat atau kawasan yang paling jauh atau penghujung. Ini mungkin betul berdasarkan faktor betapa jauhnya Bangkok yang merupakan Pusat Pentadbiran Siam dengan daerah ini.
Satu cerita mengenai asal usul nama Besut ialah berdasarkan cerita kononnya kawasan ini dahulunya diperintah oleh seorang raja yang digelar RAJA SANG NYANYA. Beliau adalah ketua lanun yang sangat zalim dan ini menyebabkan tidak ramai orang yang tinggal di kawasan ini. Selepas kematiannya barulah kawasan ini didiami orang dan salah satu kumpulan penduduk terdiri dari orang PANGAN. Kumpulan mereka diketuai oleh seorang yang bernama BESUT jadi dipercayai nama BESUT adalah berasal dari nama ketua orang pangan tersebut.
Kesemua cerita yang mengaitkan asal usul nama daerah ini memang tidak dapat dibuktikan kerana tidak ada bukti yang bertulis. Bukti yang paling awal menyentuh mengenai daerah ini cuma sedikit sebagaimana catatan MUNSYI ABDULLAH dalam PELAYAN ABDULLAH KE KELANTAN dari buku TUHFATUL NAFIS karangan Raja Ali Haji.
Dalam catatan ini ada diceritakan mengenai sekumpulan pedagang dari PATTANI ( Selatan Siam ) telah datang ke BESUT dengan diketuai oleh seorang yang bernama CIK LATIF. Adalah dipercayai Cik Latif berasal dari SUMATERA dan telah biasa berdagang di PATTANI. Dengan menawarkan SEGANTANG MATA KAIL dikatakan Cik Latif berjaya memujuk orang-orang Pangan keluar dari daerah ini ke Hulu Besut. Beliau dan orang-orangnya telah berjaya membina sebuah perkampongan ditebing SUNGAI BESUT yang diberi nama PALEMBANG mungkin mengambil nama sempena nama tempat asal beliau di Sumatera. Palembang merupakan PUSAT PENTADBIRAN yang pertama di BESUT sebelum KG. RAJA.
Bila Cik Latif meninggal dunia, beliau diganti oleh anaknya bernama CIK KAMAT. Semasa pemerintahan Cik Kamat Daerah Besut berada dalama keadaan huru-hara kerana ancaman dari perompak lanun yang bermaharajalela di pulau-pulau yang berada disekitar laut daerah ini. Dalam buku pelayaran PELAYARAN ABDULLAH KE KELANTAN, Abdullah Munsyi ada menceritakan kegiatan lanun-lanun di kawasan ini. Dikatakan lanun-lanun ini diketuai oleh PANGLIMA EBEH dan PANGLIMA GARANG.
Untuk menghadapi ancaman lanun-lanun ini, CIK KAMAT tidak berdaya untuk menentangnya dan beliau telah membuat keputusan meminta bantuan dari TERENGGANU. Permohonan beliau dipersetujui oleh Sultan Terengganu masa itu iaitu SULTAN MANSUR 1, yang dikenali sebagai MARHUM BERJANGGUT. Beliau memerintah Terengganu dari 1726-1793. Sultan Mansur 1 telah menghantar angkatan tentera yang diketuai oleh Putera Baginda iaitu Tengku Kadir.
Tengku Kadir dan tentera dibawah pimpinannya berjaya mengalahkan lanun-lanun tersebut dan memaksa lanun-lanun tersebut berundur ke PULAU PERHENTIAN. Sebagai penghargaan diatas kejayaan beliau mengalahkan lanun-lanun berkenaan, Tengku Kadir telah diberi kuasa oleh Sultan Terengganu untuk memerintah Besut. Cik Kamat pula dilantik sebagai ORANG BESAR BESUT serta mendapat hak di atas Pulau Rhu.

Negeri Besut di bawah naungan Terengganu
Tengku Kadir yang menjadi Raja yang pertama Negeri Besut mengambil langkah untuk memperkuatkan kedudukan dan pemerintahannya yang membina benteng-benteng pertahanan disepanjang Sungai Besut berhampiran dengan KOTA PALEMBANG dan kemudian mendirikan tempat kediaman yang baru di KAMPONG RAJA di bawah pemerintahan Besut terus menjadi aman damai.

Sejarah dan Pentadbiran
Tengku Kadir yang mangkat pada 1835, telah digantikan oleh puteranya Tengku Ali. Semasa pemerintahannya telah berlaku peperangan antara Besut dengan Terengganu. Mengikut Tuan Haji Salleh bin Haji Awang dalam buku MENGKAJI SEJARAH TERENGGANU peperangan ini dikenali sebagai PEPERANGAN BESUT.
Kenaikan Tengku Ali telah memulakan pergolakan dalam institusi Beraja di Besut. Semasa pemerintahan beliau sejarah Besut telah menyaksikan pemberontakan beliau terhadap Sultan Omar di Kuala Terengganu. Peristiwa ini berlaku pada 23 Syawal 1292/1876 masihi. Peristiwa ini timbul disebabkan dasar Sultan Omar yang memerintah daerah-daerah secara langsung. Akibat dasar itu, Tengku Ali secara rahsia berusaha mendapat bantuan dari Kelantan untuk menjatuhkan Sultan Omar. Semasa istiadat melantik Tengku Ahmad sebagai Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Ali tidak hadir dan Sultan Omar telah menghantar rombongan ke Besut dan mendapati Tengku Ali sedang mengumpulkan pasukan bersenjata dari Kelantan untuk menentang Sultan Omar.
Sultan Omar terus menghantar surat bantahan kepada pemerintahan Siam dan SINGORA dan memberi amaran kepada Kelantan supaya kedua-dua kuasa itu tidak campurtangan dalam hal ehwal tanah jajahannya. Sultan Omar menyiapkan 8000 orang tentera duketuai oleh PANGLIMA BESAR ORANG KAYA MEGAT SERI MAHKOTA RAJA ( Wan Ab. Rahman bin Ali ) menyerang Besut melalui laut. Tengku Ali sempat lari ke Kelantan. Selepas peristiwa ini, Besut diwakilkan pemerintahannya kepada Tengku Ngah.
Apabila Tengku Ngah memerintah Besut, berlaku perebutan kuasa antara baginda dengan Tengku Muda. Dalam keadaan genting, Tengku Ngah menyerahkan kuasa kepada adiknya Tengku Chik Haji. Tengku Muda berkuasa di Kampong Lampu manakala Tengku Chik Haji di Kampong Raja. Persengketaan ini amat meruncing dan menyebabkan Sultan Terengganu sendiri datang ke Besut untuk menyelesaikannya.
Sultan Terengganu telah membuat cara penyelesaian yang baik tentang siapa yang berkuasa dimana baginda melantik Tengku Chik Haji sebagai Raja disebabkan kedudukan Kg.Raja di timur matahari naik sedangkan kedudukan Kg.Lampu dibarat matahari jatuh.
Kenaikan Tengku Chik Haji sebagai pemerintah Besut telah menyebabkan Besut mendapat kemajuan. Beliau mempunyai kuasa raja untuk menjatuhkan hukuman kepada orang yang melakukan kesalahan. Hasil yang dipungut tidak lagi menjadi hak mutlak sultan. Beliau juga mengambil berat mengenai Pendidikan Islam dimana, di Kg.Palembang misalnya, pondok-pondok didirikan untuk mengajar agama wakaf-wakaf, balai Polis dan lain-lain didirikan. Istana yang pertama dibina pada 1878 dan masih ada hingga sekarang.
Pemerintahan terakhir dalam dinasti beraja Palembang ialah Tengku Ngah. Beliau seorang pendiam tapi mengambil berat tentang kebajikan penduduk KOTA PALEMBANG dan Kg.Raja. Beliau dapat mengekalkan kemajuan dan keamanan Besut sebagaiman yang diasaskan oleh Tengku Chik Haji. Dikatakan pada waktu itu wakil Sultan di Kuala Terengganu sering datang ke Besut untuk mengutip hasil dari pemerintahan di Besut sebagai perbelanjaan membuat BUNGA EMAS untuk dihantar ke SIAM . Tengku Ngah dikatakan mangkat pada 1899 setelah memerintah Besut selama kira-kira 19 tahun.

Pentadbiran pesuruhjaya dan kedatangan British
Berikutan dari kemangkatan Tengku Ngah, Besut ditadbir oleh Pesuruhjaya iaitu wakil kepada Sultan di Kuala Terengganu. Bermula dari sini kedudukan Besut sebagai sebuah negeri pun berakhir. Pesuruhjaya Besut yang pertama ialah Tengku Long atau gelarannya TENGKU SERI INDERA SEGERA. Kemangkatan Tengku Long pada 1909 telah menyebabkan Besut ditadbir terus dari Terengganu. Dengan berlakunya PERJANJIAN BANGKOK pada 1909 antara British - Siam, negeri-negeri utara Persekutuan Tanah Melayu jatuh sebagai tanah jajahan British. Sebagai satu daerah dalam Terengganu, Besut turut menerima perubahan dimana Kerajaan British menghantar Penasihat kepada sultan dan segala pentadbiran kecuali mengenai adat resam dan agama Islam.
Pada tahun 1910, kebakaran besar telah berlaku memusnahkan sama sekali Kota Palembang . Ini menyebabkan penduduk-penduduk berpindah ke Kg.Raja dan lain-lain kawasan. Keturunan raja tidak lagi mempunyai kuasa dan kebanyakannya masih lagi menetap di Kg.Raja sehingga sekarang.

Zaman Jepun hingga sekarang
Semasa Pemerintahan Jepun, Besut ditadbirkan oleh Wakil Gabenor Jepun di Kuala Terengganu iaitu MR. ARATAKE. Sistem Pesuruhjaya masih diteruskan oleh Jepun dimana TUAN HAJI WAN LONG ( Datuk Sangsura Pahlawan ) menjadi Pesuruhjaya Besut semasa pemerintahan Jepun. Tuan Haji Wan Long telah digantikan oleh TENGKU SERI AKAR. Semasa beliau berlakunya penyerahan Besut kepada Siam dan seterusnya kekalahan Jepun dan kembalinya semula Pentadbiran British.
Kerajaan British telah menghapuskan jawatan Pesuruhjaya dan meletakkan Besut di bawah Pentadbiran DEPUTY RESIDENT COMMISSIONER. Orang pertama menjawat jawatan itu ialah seorang anak tempatan iaitu ENCIK ABD. AZIZ BIN HUSSIN. Hanya 3 orang yang sempat memegang jawatan itu termasuk DATO' HAJI KAMARUDDIN BIN HAJI IDRIS yang kemudiannya dilantik sebagai MENTERI BESAR TERENGGANU.
Dari tahun 1947 hingga 1957, pentadbiran Besut diletakkan dibawah pegawai Pentadbiran ( ADMINISTRATIVE OFFICER ). Orang pertama memegang jawatan itu ialah C.C. MOWAT dan yang terakhir ialah AB.RAHMAN BIN MAT.
Selepas ini sistem PEGAWAI DAERAH bermula seorang Pegawai British bernama L.M. EDYE menjadi Pegawai Daerah Besut yang pertama di ikuti oleh ENCIK MUSTAFA BIN ABDUL JAMAL ( masih ada dan bertugas sebagai anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Terengganu ). Semasa beliau menjadi Pegawai Daerah, Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Di Besut upacara bersejarah ini diadakan di Padang Bola Kg.Raja dimana Pengistiharan Kemerdekaan dibaca oleh Allahyarham En. Ismail bin Yusof ( DATO' BENTARA LUAR ) seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu.

Lokasi daerah Besut
Besut adalah satu daripada 7 buah daerah di Negeri Terengganu yang terletak disebelah utara negeri dan bersempadan dengan Negeri Kelantan ( CIK SITI WAN KEMBANG ). Disebelah timurnya negeri ini adalah Laut Cina Selatan dan disebelah Baratnya pula ialah Banjaran Titiwangsa.

Perhubungan awam
Perhubungan awam yang paling utama bagi penduduk di Daerah Besut ialah melalui jalan darat ( Jalan Raya ). Walau bagaimanapun jalan laut masih digunakan lagi.
Jalanraya yang paling penting ialah Jalan Besar yang merentasi sungai ini bermula dari Negeri Pahang hingga ke Negeri Kelantan. Jalan ini melalui 6 buah Pusat Pentadbiran daerah bagi negeri ini iaitu bermula dengan KEMAMAN, DUNGUN, MARANG, KUALA TERENGGANU, BANDAR PERMAISURI dan JERTEH ( BESUT ).
Jalan lautnya pula kebanyakannya digunakan oleh golongan nelayan dan perjalanan ke tempat perlancongan utama bagi daerah ini iaitu Pulau Perhentian dan dikenali juga dengan nama HAWAI THE SECOND.

WABAK H1N1 SEMAKIN MENGGANAS


Wabak H1N1 ataupun Selsema Babi semakin mengganas di negara kita,Setakat ini seramai 62
kematian telah berlaku.Wabak ini terlalu cepat merebak dikalangan masyarakat kita.Pihak Kementerian Kesihatan harus melakukan lebih giat lagi untuk memberi kesedaran kepada rakyat negara ini cara-cara pencegahan-pencegahan yang boleh mereka lakukan.Jika diperhatikan masih kurang lagi kesedaran masyarakat kita untuk mencegah jangkitan penyakit ini.Antara pencegahan yang paling mudah tapi tidak diambil berat ialah memakai penutup hidung dan mulut.

Cara Pencegahan Jangkitan Wabak H1N1 (Yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan M'sia)

1.Mengamal kebersihan diri,kerap mencuci tangan dengan air sabun dan mengamalkan adab bersin dengan betul.
2.Memakai penutup hidung dan mulut (mask) jika punyai gejala penyakit,dapat elakkan jangkitan pada orang lain.
3.Mematuhi nasihat kesihatan sekiranya pergi dan balik dari negara yang dilanda wabak.
4.Sentiasa memantau status kesihatan diri dan segera mendapatkan rawatan jika sakit.
5.Mengurangkan perjumpaaan

Pihak sekolah atau institusi pengajian boleh menasihatkan atau menggalakan murid-murid mereka supaya mengamalkan pencegahan-pencegahan jangkitan
wabak H1N1 secara serius.

Penaja

insan yang cintakan ilmu

Pengikut