AKIBAT TERLAMPAU BERANI


KUALA LUMPUR: Tiga pemandu kereta nyaris lemas apabila kereta dipandu meredah banjir kilat tiba-tiba tersangkut sebelum dibawa arus deras ke dalam kawasan jalan yang menjadi kolam maut sedalam hampir empat meter.

Hujan lebat melanda ibu kota sejak jam 5 pagi menyebabkan air naik mendadak di beberapa kawasan rendah di sekitar ibu kota.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi semalam berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Jalan Chan Sow Lin di sini, pemandu terbabit yang tidak menyedari jalan digenangi air cuba meredah banjir terbabit, bagaimanapun panik selepas kereta ditenggelami air.

Difahamkan air yang menenggelami jalan terbabit lebih tinggi daripada biasa menyebabkan pemandu menyangka boleh melepasinya.


Polis terpaksa menutup laluan sepanjang 200 meter itu kepada semua lalu lintas.

Kejadian bermula apabila sebuah Proton Saga dinaiki seorang lelaki tidak menyedari laluan itu banjir diikuti dua lagi kereta iaitu Perodua Kancil dan Honda Civic yang turut terkandas.

Bagaimanapun, semua mangsa yang ketika itu memandu seorang diri sempat keluar kenderaan untuk menyelamatkan diri.

Jurucakap Skuad Penyelamat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.05 pagi dan bergegas ke tempat kejadian.

Turut membantu kerja menarik keluar kenderaan yang tersangkut adalah petugas Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (Itis).

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Penaja

insan yang cintakan ilmu

Pengikut