NASHA AZIZ DIPERINTAH BAYAR RM10,000 KPD BAPA KANDUNG



KUALA LUMPUR - Model dan pelakon terkenal Nasha Aziz diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini supaya membayar RM10,000 kepada bapa kandungnya sebagai ganti rugi am dalam kes saman fitnah yang dikemukakan oleh plaintif itu.

Hakim Datuk Abdul Wahab Patail memutuskan demikian selepas membenarkan peguam M. Visvanathan yang mewakili plaintif Abdul Aziz Mohd. Ali, 61, memasukkan penghakiman selepas Nasha, 38, yang dinamakan sebagai defendan pertama tidak hadir pada perbicaraan Rabu lalu.

Selain jumlah tersebut, Hakim Abdul Wahab memerintahkan defendan membayar faedah sebanyak lapan peratus dari 31 Mac 2005 sehingga penyelesaian penuh saman tersebut. Lain-lain perintah yang dimohon oleh plaintif, ditolak.

Dalam penghakiman itu, Hakim Abdul Wahab berpendapat, defendan tidak mempertikaikan artikel yang telah diterbitkan dalam Utusan Malaysia bertarikh 24 Oktober 2004.

Kata Hakim Abdul Wahab, mahkamah tidak menerima penghujahan Visvanathan bahawa perkataan-perkataan yang diterbitkan itu membawa maksud bahawa plaintif telah meninggal dunia.

Ini kerana perkataan tersebut jelas merujuk kepada bapa angkatnya, Abdul Aziz Hathim.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Penaja

insan yang cintakan ilmu

Pengikut