Memaparkan catatan dengan label sejarah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sejarah. Papar semua catatan

SENARAI PASUKAN YANG PERNAH MENJUARAI PIALA FA MALAYSIA

  
Piala FA Malaysia merupakan pertandingan bola sepak kalah mati yang dipertandingkan Persatuan Bola Sepak Malaysia. Piala FA ditubuhkan pada tahun 1990 dengan 14 pasukan negeri, Angkatan Tentera Malaysia, Polis DiRaja Malaysia dan beberapa kelab bola sepak menyertai pertandingan ini. Sime Darby pula melakar sejarah menjadi kelab pertama yang berjaya mara ke peringkat akhir Piala FA Tahun 2012.Juara semasa untuk pertandingan ini ialah Kelab Lions X11 (2015)


1.1990 PERAK

2.1991 SELANGOR

3.1992 SARAWAK

4.1993 KUALA LUMPUR

5.1994 KUALA LUMPUR

6.1995 SABAH

7.1996 KEDAH

8.1997 SELANGOR

9.1998 JOHOR

10.1999 KUALA LUMPUR

11.2000 TERENGGANU

12.2001 SELANGOR

13.2002 PULAU PINANG

14.2003 N.SEMBILAN

15. 2004 PERAK

16.2005 SELANGOR

17.2006 PAHANG

18.2007 KEDAH

19.2008 KEDAH

20.2009 SELANGOR

21.2010 N.SEMBILAN

22.2011 TERENGGANU

23.2012 KELANTAN

24.2013 KELANTAN

25.2014 PAHANG

26.2015 LIONS XII

27.2016 JOHOR JDT


TULISAN JAWI DALAM PERUBATAN

TULISAN JAWI DALAM PERUBATAN

Dalam masyarakat melayu ,,iaitu sebelum diperkenalkan perubatan modem ,ahli-ahli masyarakat yang mengidap sesuatu penyakit akan menggunakan khidmat bomohatau dukun bagi menyembuhkannya.

Kebanyakkan bomoh atau dukunakan membaca mentera –mentera dan jampi berubat seseorang penyakit.Namundemekian untuk mengelakkan daripada mentera-m,entera atau jampi serapah begitu sahaja setelah bomoh atau dukun meninggal dunia,maka pelbagai ikhtiar telah dilakukan antaranya mengajar kepada anak cucu masing-masing.Usaha-usaha begini juga dilakukan dengan mencatatdan menulis dalam tulisan jawi dandijadikan bukuatau kitab yang akan digunakan sebagai rujukan generasi kemudian.

Didalam tib-tib perubatan dicatat cara-cara pengubatan,bahan-bahan yang digunakan untuk mengubati sesuatu penyakit,bacaan atau ayat memagar rumah daripada syaitan dan banyak lagi.

Selain tib perubatan,pinggan atau mangkuk bertulis turut digunakan dengan menulis ayat-ayat tertentu didalam pinggan dan di hidang dengan air kemudian diminum hingga habis.


Baca Juga..TULISAN JAWI DARI SUDUT PENTADBIRAN

TULISAN JAWI DALAM PENDIDIKAN

TULISAN JAWI DALAM KESUSASTERAAN

TULISAN JAWI DALAM PERUBATAN

SEJARAH MELAYU DAN NASIB TULISAN JAWI
TULISAN JAWI DALAM KESUSASTERAAN

TULISAN JAWI DALAM KESUSASTERAAN


Masyarakat Melayu,antara kelompok manusia yang kaya dengan cerita-cerita rakyat yang terdiri daripada Panglipur lara ,Sejarah ,Seloka ,Gurindam ,Pantun,Syair ,Cerita Nasihat dan banyak lagi.

Peringkat mula ,cerita-cerita rakyat didengkan malalui penceritaan secara lisan dari satu generasi ke satu generasi .Kemudian setelah penyebaran Islam sampai ke kepulauan Nusantara , maka terciptalah tulisan jawi yang diadaptasi daripada abjad Arab .

Apabila wujudnya tulisan jawi ,maka banyak cerita cerita rakyat dikarang dan dijadikan buku-buku seperti Hikayat Hang Tuah,Hikayat Carang Kulina ,Syamsul Anwar,HikayatSeloka ,Teka-teki,Peribahasa,Teromba,Prosa Berirama dan nyanyianRakyat.

Dalam kehidupan masyarakat melayu,ternyata amalan berdasar ramalan sesuatu petanda –petanda seperti Tafsir mimpi,Bintang 12,,Syair Raksi dan banyak lagi.

TULISAN  JAWI DARI SUDUT PENTADBIRAN

TULISAN JAWI DARI SUDUT PENTADBIRAN

Dalam system pentadbiranFeudal (Kesultanan Melayu) ,semua urusan surat menyurat ,watikah,Perlantikan,Surat Perjanjian dan sebagainya ditulis dengan menggunakan tulisan jawi.Misalnya sepucuk surat tertua yang pernah ditemui iaitu surat Sultan Johor ,Sultan Abdul Jalil Riayat Shah kepada Perancis dan Navare,King Louis xv bertarikh 1719.Begitu juga dengan surat beriluminasi emas Sultan Terengganu (sultan Ahmad Shah I )kepada Govemor- General diBatavia Baron Van Der Capellan bertarikh 19 mac 1824 .(Manifestasi Tulisan Jawi 2006:Terbitan Kekwa dan Jabatan Muzium Malaysia).

Semasa kegemilangan empayar Acheh pada awal abad ke 17,beserta kerajaan Melayu lain seperti kesultananSerdang,Langkat,Deli,Tanjung Pura ,siak Riau –Lingga,Palambang dan lain-lain menggunakan tulisan jawi didalam semua urusan kerajaan.

Raffles,Crowford dan sarjana-sarjana Barat mempelajari tulisan jawi untuk memudahkanmereka berurusan dengan Raja dan pembesar-pembesarMelayu,selain itu mereka juga dapat mengenali budaya Melayu .

Penggunaan tulisan jawi amat meluas digunakan didalam urusan pentadbiran seperti catatan pada boring perniaga serta jumlah cukai yang dikenakan .Surat-surat persetiaan ,surat perjanjian dansebagainya ditulis dalam jawi.Penggunaannya berterusan dan tidak terhenti waktu pentadbiran negeri-negeri di Tanah Melayu diganggu gugat oleh Barat.Pihakpenjajah turut bergabung tanpa sebarang masalah.

TULISAN JAWI DALAM PENDIDIKAN

TULISAN JAWI DALAM PENDIDIKAN

Pembelajaran danpengajaran agama Islam di Alam Melayu khususnya Terengganu dijangka bermula seawall abad ke 12 atau 13 masihi.Ketika itu proses ini dengan menggunakan bahasa Arab.Oleh kerana bahasa Arab agak sukardi terima dan difahami oleh penduduk tempatan ,tambahan pula agam yang diajar itu agama baru dan terlalu asingbagi mereka semua.

Berdasarkan kepada penemuan Batu Nisan Syeikh Abdul Kadir bin HusinShah Alam di Langgar,Kedah bertarikh 910 Masehi ,batu Nisan di Pekan(419H),batu Nisan Phanrang,Vietnam (103M),Batu Nisan Puteri Sultan abdul Majid,Brunei,(1048H) dan Batu Nisan Fatimah bt Mainun,JawaTimur(1082M) jelas menunjukkan tidak terdapat sebarang perkataan Jawi yang ditemui.

Kaedah pendidikan yang menggunakan tulisan jawi berkemungkinan besar seawall abad 13M,kemudian penggunaannya digunakan secara meluas bermula sejak pengisytiharan penguatkuasaan Undang-undangIslam diTerengganu .Bukti ini jelas jika dilihat kepada tulisan yang terdapat pada Batu Bersurat yang telah dijumpai di Kampung Buloh ,Kuala Berang ,Hulu Terengganu.

Penemuan Kaedah tulisan jawi telah menjadikan pendidikan menjadi agak senang kerana ahli Masyarakat alam melayu dapat menerima dengan senang dan mudah difahami.

Orang Melayu dahulu menjadikan tulisan jawi sebagai sesuatu yang wajib dipelajari secaramendalam jika ingin mendapat ilmu pengetahuan yang banyak berkaitan dengan keagamaan.ini sememangnya tidak boleh dinafikan sebab kebanyakan kitab –kitab agama ditulis didalam Jawi.

TULISAN JAWI DARI SUDUT PENTADBIRAN

Dalam system pentadbiranFeudal (Kesultanan Melayu) ,semua urusan surat menyurat ,watikah,Perlantikan,Surat Perjanjian dan sebagainya ditulis dengan menggunakan tulisan jawi.Misalnya sepucuk surat tertua yang pernah ditemui iaitu surat Sultan Johor ,Sultan Abdul Jalil Riayat Shah kepada Perancis dan Navare,King Louis xv bertarikh 1719.Begitu juga dengan surat beriluminasi emas Sultan Terengganu (sultan Ahmad Shah I )kepada Govemor- General diBatavia Baron Van Der Capellan bertarikh 19 mac 1824 .(Manifestasi Tulisan Jawi 2006:Terbitan Kekwa dan Jabatan Muzium Malaysia).

Semasa kegemilangan empayar Acheh pada awal abad ke 17,beserta kerajaan Melayu lain seperti kesultananSerdang,Langkat,Deli,Tanjung Pura ,siak Riau –Lingga,Palambang dan lain-lain menggunakan tulisan jawi didalam semua urusan kerajaan.

Raffles,Crowford dan sarjana-sarjana Barat mempelajari tulisan jawi untuk memudahkanmereka berurusan dengan Raja dan pembesar-pembesarMelayu,selain itu mereka juga dapat mengenali budaya Melayu .

Penggunaan tulisan jawiamat meluas digunakan didalam urusan pentadbiran seperti catatan pada boring perniaga serta jumlah cukai yang dikenakan .Surat-surat persetiaan ,surat perjanjian dansebagainya ditulis dalam jawi.Penggunaannya berterusan dan tidak terhenti waktu pentadbiran negeri-negeri di Tanah Melayu diganggu gugat oleh Barat.Pihakpenjajah turut bergabung tanpa sebarang masalah.

TULISAN JAWI DALAM KESUSASTERAAN

Masyarakat Melayu,antara kelompok manusia yang kaya dengan cerita-cerita rakyat yang terdiri daripada Panglipur lara ,Sejarah ,Seloka ,Gurindam ,Pantun,Syair ,Cerita Nasihat dan banyak lagi.

Peringkat mula ,cerita-cerita rakyat didengkan malalui penceritaan secara lisan dari satu generasi ke satu generasi .Kemudian setelah penyebaran Islam sampai ke kepulauan Nusantara , maka terciptalah tulisan jawi yang diadaptasi daripada abjad Arab .

Apabila wujudnya tulisan jawi ,maka banyak cerita cerita rakyat dikarang dan dijadikan buku-buku seperti Hikayat Hang Tuah,Hikayat Carang Kulina ,Syamsul Anwar,HikayatSeloka ,Teka-teki,Peribahasa,Teromba,Prosa Berirama dan nyanyianRakyat.

Dalam kehidupan masyarakat melayu,ternyata amalan berdasar ramalan sesuatu petanda –petanda seperti Tafsir mimpi,Bintang 12,,Syair Raksi dan banyak lagi.

SEJARAH MELAYU DAN NASIB TULISAN JAWI

SEJARAH MELAYU DAN NASIB TULISAN JAWI

PELBAGAI cerita dan laporan masa silam yang dicatat dalam tulisan jawi tidak begitu diketahui oleh orang Melayu dewasa ini. Hal ini terserlah, antara lainnya, dari buku mengajar tulisan jawi oleh M.B. Lewis, pensyarah bahasa Melayu Universiti London.

Bukunya berjudul: Tulisan Melayu: A Handbook of Malay Script dicetak pada tahun 1954. Antara kandungannya ialah petikan dari sejarah Melayu seperti berikut: “Kalakian maka datang sebuah kapal Feringgi dari Goa maka ia berniaga di Melaka. Maka dilihat oleh Feringgi itu negeri Melaka terlalu baiknya dan bandarnya pun terlalu ramai.

‘‘Maka segala orang Melaka pun berkampung melihat rupa Feringgi itu. Maka sekaliannya hairan melihat dia, maka kata orang Melaka, ia ini Benggali putih. Maka pada seorang orang Feringgi itu berpuluh-puluh orang Melaka mengerumuni dia, ada yang memutar janggutnya, ada yang menepuk kepala, ada yang mengambil chepiaunya, ada yang memegang tangannya.

‘‘Maka kapitan kapal itu pun naik mengadap Bendahara Seri Maharaja, maka Bendahara diangkat anak kapitan itu dipersalin, maka kapitan kapal pun persembah pada Bendahara Seri Maharaja rantai emas berpermata seutas ia sendirinya memasakkan kepada leher Bendahara Seri Maharaja.

‘‘Maka segala orang hendak gusar akan kapitan Feringgi itu tiada diperoleh Bendahara katanya jangan dituruti kerana ia orang yang (tiada tahu bahasa).

Demikian petikan dari sejarah Melayu. Jelas bahawa segalanya berlaku sebelum kemudiannya Portugis menyerang dan menakluki Melaka. Buku-buku sejarah mengisahkan pelbagai aspek penaklukan dan penjajahan Portugis tetapi tiada cerita mengenai orang-orang Melaka pada mulanya seperti hairan ajaib bila menemui mereka bagi kali pertama. Kedatangan mereka ialah dari Goa di India yang telah ditaklukinya.

Lewis juga memetik tajuk-tajuk berita akhbar-akhbar Utusan Melayu, Majlis, Warta Melayu, Warta Negara dan Melayu Raya serta pantun-pantun Melayu, antaranya berbunyi:

Jangan lurut padi muda

pecah batang kena tangan

jangan diturut hati muda

rosak binasa panjang-panjangan.

Belah durian berpangsa-pangsa

belah sepangsa isi merah

jangan tuan memilih bangsa

darah juga sama merah.

Di muka surat akhbar Warta Malaya 9 Januari 1933 dicatat: Yang diterbitkan hari-hari, Muafakat dan bantuan itulah tangga kemajuan berkekalan.

Mendapat tempat ialah kandungan surat kepada Sultan Ibrahim Shah, Negeri Selangor dari Residen Melaka, Walter Sewell Cracraft pada 26 April 1825 bersamaan 7 Ramadan 1240 mengenai Melaka menjadi pelabuhan bebas. Ayat pertama surat tulisan jawi itu berbunyi: “Bahawa ini surat tulus dan ikhlas serta kasih sayang yang tiada berkesudahan lagi selagi ada peredaran cakrawala matahari dan bulan...”

Lain-lain cerita tulisan jawi dipetik dari Hikayat Pelanduk Jenaka. Hikayat Sang Lomeri dan Hikayat Bayan Budiman. Menarik perhatian ialah sikap rendah diri dalam surat yang dikirim kepada Ratu Elizabeth, berbunyi: “Mengadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen. Harap diampun Tuanku. Adalah patik sekalian yang bertandatangan di bawah ini iaitu yang Dipertua dan ahli-ahli Majlis mesyuarat undangan bagi pihak penduduk di negeri-negeri Melayu memohon ampun ke bawah duli mempersembahkan dengan beberapa hormat takzim dan takrim kehormatan dan tahniah pada hari kemahkotaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku.”

Pada peringkat permulaan Lewis mencatat sumbangan Pendita Za’ba (Zainal Abidin bin Ahmad) menyusun daftar ejaan Melayu. Lalu dijelaskan: “Tentang ejaan jawi ini hanyalah pada umumnya sahaja dikatakan mengikut kebiasaan penulis-penulis yang lebih ramai. Yang sebenarnya kebiasaan itu ada banyak tentangannya yang berlain-lain pada lain-lain orang. Banyaklah perkataan yang belum tetap ejaan jawinya.

Lewis menyatakan harapan bahawa “para pelajar Asia dan juga Inggeris” akan mendapat faedah dari buku panduan tulisan Melayu yang disusun olehnya itu supaya boleh membaca pelbagai bacaan jawi. Tetapi seperti diketahui semasa ini hanya Kumpulan Utusan Melayu menyiarkan sisipan khas akhbar tulisan jawi, iaitu pada tiap hari Isnin.

Jelas bahawa pelbagai hal kemudiannya ditelan masa. Ramai anak sebilangan ramai ibu bapa yang dulu fasih membaca jawi tidak boleh membaca jawi.

SEJARAH PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)

SEJARAH PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)


SEJARAH PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)

Kejayaan cemerlang PAS dalam pilihan raya umum ke-12 pada 2008 telah meletakkan PAS sebagai sebuah parti pembangkang utama yang dilihat oleh rakyat berupaya mengambil alih pemerintahan negara. Semenjak 1990, PAS telah melangkah maju daripada sebuah parti pembangkang yang dianggap ‘ekstrem’ menjadi sebuah parti pemerintah yang moderat dalam melaksanakan cita-cita Islamnya bermula di Kelantan semenjak 1990, kemudian ke Terengganu pada 1999 hingga 2004, dan kini PAS mendapat kepercayaan rakyat di Kedah, Perak dan Selangor. Di Parlimen juga, PAS telah bangkit dan menguasai 10 peratus daripada kerusi Parlimen atau 25 peratus daripada keseluruhan kerusi pembangkang. Perkembangan ini meletakkan PAS dalam perhatian peminat politik, pengkaji dan juga penyelidik.

Sebenarnya, kemunculan PAS dalam sejarah politik tanah air telah bermula semenjak 23 Ogos 1951 apabila para ulamak yang bersidang di Kuala Lumpur bersetuju menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan Ulamak Se-Malaya. Nama persatuan ini kemudiannya diubah menjadi Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) pada 24 November 1951, dalam satu
persidangan ulamak Malaya di Bagan Tuan Kecil (Butterworth), Seberang Prai. Itulah sekelumit permulaan sejarah PAS yang diasaskan oleh para ulamak yang kemudiannya berkembang menjadi sebuah pertubuhan politico-dakwah yang penting di negara ini. Penglibatan dan sumbangan PAS dala politik negara bermula sebaik sahaja ia ditubuhkan walaupun ramai pengkaji mengatakan PAS hanya menyertai politik menjelang pilihan raya 1955.

Kemunculan PAS ini dikatakan hasil daripada silang pengaruh yang berlaku antara beberapa gerakan Islam yang lebih awal seperti Ikhwanul Muslimun di Mesir, Masyumi di Indonesia dan Jamaat Islami di Pakistan. Ketiga-tiga pengaruh ini telah menyerap masuk ke Tanah Melayu melalui para ulamak yang belajar di Mesir, Mekah, India dan Indonesia. Ksedaran yang awal ialah para ulamak atau umat Islam memerlukan sebuah pertubuhan atau badan yang boleh mewakili mereka dalam semua aspek kehidupan terutama dalam keadaan Tanah Melayu sedang dijajah oleh British ketika itu. Longgokan ksedaran ini kemudiannya menghasilkan Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) pada 1947 diikuti oleh Hizbul Muslimin pada 1948 kesan daripada usaha gigih Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Walau bagaimanapun, gerakan Islam yang berpusat di Gunung Semanggol ini terkubur ekoran penguatkuasaan Ordinan Darurat pada Jun 1948.

Para ulamak mengambil beberapa sikap selepas tragedi darurat ini. Ada yang ’tawakuf’ daripada politik kepartian tetapi menggerakkan kesedaran rakyat melalui institusi pendidikan atau media massa. Dalam fraksi yang lain, para ulamak telah mengambil sikap untuk menyertai parti nasionalis Umno bagi membolehkan isu-isu umat Islam diperkatakan. Beberapa tokoh Hizbul Muslimin seperti Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan, seorang lepasan Maahad Il Ihya Assyariff, Gunung Semanggol telah menyertai Umno pada 1950 dan dilantik mengetuai Bahagian Agama dan Pelajaran Umno. Bahagian ini kemudiannya mengaturkan beberapa persidangan untuk membolehkan ulamak menubuhkankan persatuan. Dalam tulisannya, ”Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan”, Haji Ahmad Fuad menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan. Lebih-lebih lagi ketika itu ulamak telah muak dengan sikap Umno yang mengabaikan isu pemurtadan Natrah, pengajuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain. Dalam satu persidangan ulamak yang dipimpin oleh Sheikh Abdullah Fahim, Mufti Pulau Pinang di Seberang Perai pada 1951, mereka telah mengeluarkan fatwa mengharamkan judi loteri anjuran Umno.

Dalam konflik pelbagai yang dihadapi oleh para ulamak dan situasi politik semasa yang masih tidak menuju kepada jalan Allah itu, maka para ulamak membuat pendirian untuk menubuhkan PAS. Haji Ahmad Badawi, seorang ulamak di Seberang Perai telah mengeluarkan satu manifesto yang dinamakan ’Manifesto al-Badawi’ dengan tema ”Ulamak ke Jalan Allah” bagi menyambut persidangan untuk menubuhkan PAS pada 24 November 1951. Mereka memutuskan supaya PAS menjadi sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan melalui landasan demokrasi ke arah membentuk sebuah negara yang diredhai Alah. Para ulamak menolak bentukbentuk perjuangan yang diasaskan berdasarkan ideologi ciptaan manusia yang dibawa masuk oleh penjajah.

Semenjak itulah, PAS muncul sebagai sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan negara, kemudian menyertai pilihan raya demi pilihan raya. PAS juga menggunakan pelbagai saluran untuk menyampaikan mesej dakwahnya termasuk membentuk beberapa kerjasama politik dengan orang bukan Islam semenjak 1953. Di bawah kepemimpin Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan dan Dr Haji Abbas Alias, PAS bercakap soal kemerdekaan yang boleh ditegakkan hukum Islam. PAS menolak kerakyatan jus soli yang merugikan peribumi dan PAS mendesak supaya Islam dijadikan dasar negara yang merdeka. Apabila Dr Burhanuddin al-Helmy mengambil alih kepemimpinan PAS pada akhir 1956, PAS mula memperincikan sikapnya terhadap kemerdekaan yang hendak dicapai yang dianggap ’masih kosong’ dari
matlamat sebenar kerana mengabaikan kebangsaan Melayu dan ketuanan Islam1. Hal ini tergambar daripada hasrat Dr Burhanuddin,

”Dalam perjuangan kita (PAS) bagi mencapai kemerdekaan, kita telah dan terusmenerus memperjuangkan Melayu itu sebagai kebangsaan bagi negara Tanah Melayu ini dengan bertapak di atas asas ideologi Islam yang maha suci”2.

Penyertaan PAS dalam pilihan raya 1959 telah memberikan kejayaan besar apabila Terengganu dan Kelantan berjaya dikuasai. PAS membentuk kerajaan yang dipimpin oleh Mohd Daud Abdul Samad di Terengganu dan Ustaz Ishak Lotfi Omar di Kelantan sebagai Menteri Besar. PAS memulakan langkah sebagai kerajaan di dua negeri Pantai Timur untuk menterjemahkan ideologi perjuangannya yang berasaskan al-Quran dan Sunnah. Namun begitu, kerajaan PAS di Terengganu telah dijatuhkan pada Oktober 1961 hasil permainan politik kotor Perikatan. Di Kelantan, PAS berjaya bertahan sehingga BN mendaruratkan Kelantan pada akhir 1977. Dalam konteks ini, PAS-lah satu-satunya pembangkang yang diberikan kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah kerajaan negeri di negara ini.

Selepas kejatuhan Terengganu pada hujung 1961, PAS mulai menerima tekanan-tekanan politik seperti penyalahgunaan ISA, penahanan Dr Burhanuddin al-Helmy diikuti oleh sekatan politik, keganasan Pemuda Tahan Lasak Umno dan beberapa siri pembunuhan politik. Perjuangan PAS untuk memartabatkan kebangsaan Melayu Raya berasaskan Islam telah dijadikan kambing hitam dalam Konfrantasi Indonesia pada 1963. PAS menolak pembentukan Malaysia kerana mahukan sebuah negara Melayu yang lebih besar meliputi seluruh alam Melayu dibentuk. Dalam masa yang sama Umno mencanangkan isu-isu perkauman yang akhirnya membawa kepada beberapa siri perbalahan kaum di Pulau Pinang, Perak dan Singapura antara 1964 hingga 1969, dan kemuncaknnya tercetus Tragedi 13 Mei 1969 yang mengubah landskap politik negara. Selepas tragedi ini, Datuk Mohd Asri Muda yang memangku jawatan Yang Dipertua Agung PAS semenjak 1965 telah dilantik sebagai Yang Dipertua Agung PAS pada 1971.

PAS memasuki era baru dalam politik negara apabila PAS mula meneroka kerjasama dengan Umno bagi menjamin kestabilan politik negara, mengekalkan ketuanan Melayu dan menyerapkan Islam dalam pemerintahan. PAS menyertai beberapa parti lain telah membentuk Kerajaan Campuran PAS-Perikatan pada 1973, kemudian sama-sama mengasaskan Barisan Nasional (BN) pada 1974. BN mencapai kejayaan besar dalam pilihan raya 1974 dan PAS sendiri telah berjaya menembusi ruang-ruang yang baru sehingga membolehkan Islam di sampaikan ke corong telinga rakyat dengan lebih berkesan. Walau bagaimanapun, keterbukaan PAS dalam membentuk kestabilan politik negara telah disalahgunakan oleh musuh-musuh politiknya dengan melaga-lagakan pimpinan PAS sehingga terjadi krisis politik Kelantan pada 1977. Akibatnya, PAS telah menolak Akta Darurat (Kelantan) 1977 yang menyebabkan PAS bukan sahaja disingkirkan dari BN, tetapi turut kehilangan Kelantan.

Setelah melalui tempoh yang mencabar antara 1978 hingga 1982 di mana PAS terpaksa berhadapan dengan perpecahan, kehilangan kuasa pemerintahan, tekanan ISA dan krisis kepemimpinan, akhirnya PAS telah mengasaskan kepemimpinan ulamak pada Oktober 1982. Tuan Haji Yusof Rawa telah diangkat untuk memimpin PAS bagi menggantikan Datuk Mohd Asri yang meletakkan jawatan. Permulaan era kepemimpinan ulamak memperlihatkan PAS kembali kepada asas perjuangannya untuk mendaulatkan Islam dan memberikan penekanan terhadap kwajipan tersebut. Gerakan dakwah PAS berkembang dengan lebih tersusun melalui pendekatan haraki dan dalam masa yang sama PAS terus membina jambatan dakwah dengan non-Muslim sehingga terbentuk Majlis Perundingan Cina (CCC). Di sudut yang lain, pendekatan PAS telah disambut oleh kerajaan dengan melaksanakan juzuk tertentu daripada Islam seperti Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam, Dasar Bersih, Cekap dan Amanah serta penubuhan Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa dan lain-lain.

Paling mencabar pada era kepemimpinan ulamak ialah beberapa siri penyalahgunaan ISA yang berlaku pada 1984, 1987 dan 1989, ketimbang dengan desakan PAS untuk diadakan Debat Terbuka PAS-Umno pada 1984. Dalam kemelut ini, tercetus pula tragedi Memali pada November 1985 yang mengorbankan 14 orang ahli PAS. Tetapi, pada 1987, Umno pula menghadapi krisis kepemimpinan sehingga parti tersebut diharamkan. Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Fadzil Mohd Noor memanfaatkan kesempatan ini dengan mewujudkan kerjasama politik dengan serpihan Umno, Semangat 46 yang membolehkan PAS berkuasa semula di Kelantan. Ketua Dewan Ulamak PAS (kemudian Mursyidul Am PAS), Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat diberikan kepercayaan untuk memimpin kerajaan Kelantan semenjak 1990. Dengan dasar ’Membangun Bersama Islam’, PAS berjaya melaksanakan tanggungjawabnya untuk menegakkan hukum Allah yang berada dalam bidang kuasana.

Pada 1996, PAS mula berkrisis dengan Parti Melayu Semangat 46 (PMS46) yang menyebabkan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang dibentuk pada 1989 berpecah. Dua tahun kemudian, Umno sekali lagi menghadapi perpecahan ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyebabkan wujudnya gerakan Reformasi. PAS telah memimpin Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) bagi menuntut keadilan kepada rakyat, kemudian menubuhkan Barisan Alternatif (BA) pada 1999. Melalui BA, PAS berjaya merampas semula Terengganu. Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang diamanahkan untuk mengetuai kerajaan Terengganu sehingga 2004. Selepas pencapaian lemah PAS pada 2004 kerana momentum Perdana Menteri baru, PAS bangkit semula pada 2008 dengan mengetuai tiga kerajaan negeri dan turut serta dalam kerajaan di Selangor. Kini, PAS dilihat sebagai pencabar utama Umno dalam menguasai politik orang Melayu Islam.

Sepanjang tempoh 1951-2008 ini, PAS telah dipimpin oleh tujuh orang Yang Dipertua Agung/Presiden iaitu Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan (1951-1953), Dr Haji Abbas Alias (1953-1956), Profesor Dr Burhanuddin al-Helmy (1956-1969), Datuk Mohd Asri Muda (1969-1982), Tuan Haji Yusof Rawa (1982-1988), Dato’ Fadzil Mohd Noor (1988-2002) dan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (2002 hingga sekarang). Para pengkaji yang menganalisis perkembangan PAS ini mengatakan PAS telah mengalami empat jenis kepemimpinan iaitu kepemimpinan ulamak tradisi (1951-1956), kepemimpinan nasionalis kiri (1956-1969), kepemimpinan nasionalis kanan (1969-1982) dan kepemimpinan ulamak haraki (1982-sekarang)3. Dalam pada itu juga, mereka mengatakan PAS telah melalui empat tahap perkembangan iaitu tahap kemunculan (1951-1959), tahap kebangkitan (1959-1973), tahap kemuncak (1973-1977), tahap kejatuhan (1977-1990) dan tahap kebangkitan semula (1990-sekarang)4. Dari sudut pembinaan ideologi perjuangan PAS, dikatakan berlaku tiga fasa iaitu fasa penubuhan dan pembentukan ideologi (1951-1958), fasa pencernaan ideologi (1958-1982) dan fasa pengukuhan idelogi (1982-1995)5.


Penaja

insan yang cintakan ilmu

Pengikut