Memaparkan catatan dengan label Global. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Global. Papar semua catatan
'BURUNG' KANAK-KANAK UMUR 2 TAHUN DIPOTONG UNTUK SEKS

'BURUNG' KANAK-KANAK UMUR 2 TAHUN DIPOTONG UNTUK SEKS

Beijing, Mengerikan! Seorang kanak-kanak lelaki di China mengalami kejadian yang aneh dan mengerikan. Kemaluan nya dipotong untuk dijadikan ubat kuat seks.Kanak-kanak berrusia 2 tahun ini dipotong oleh orang tidak dikenali ketika di taman permainan.
Keluarga kanak-kanak ini sangat hairan dengan insiden yang dialami anak lelakinya itu kerana tidak mempunyai musuh.Mereka berharap orang yang berlaku kejam keatas anaknya itu dapat diberkas dengan segera.

Insiden ini terjadi di wilayah Tianshu, Provinsi Gansu, China pada 6 Julai lalu.ketika itu anaknya sedang bermain seorang diri di luar rumah dan tiada sesiapa yang menyaksikan kejadian itu. Selepas kejadian itu mangsa dikejarkan ke hospital untuk rawatan dan masih menjalani rawatan selanjutnya.

Ketika ini hangat diceritakan masyarakat kampung bahawa 'burung' anaknya itu sengaja dipotong pelaku untuk dijadikan bahan ubat kuat seks lelaki.

Sumber: Detik.com

AKIBAT MANGKUK TANDAS PECAH,WANITA PARAH HAMPIR PUTUS KAKI



Malang tidak berbau !!! terjadi kepada seorang wanita yang menggunakan sebuah tandas awam di England .Semasa wanita tersebut melepaskan hajatnya tiba-tiba mangkuk tandas yang dibuat daripada seramik itu pecah secara tiba-tiba menyebabkan pehanya terbelah hampir putus.Wanita itu telah dikejarkan ke Hospital dengan bantuan penjaga tandas tersebut.

BRA BERNILAI DUA JUTA DOLLAR US


NEW YORK, — Adriana Francesca Lima, supermodel asal Brazil yang bertubuh seksi, sekali lagi dipilih menjadi model untuk bra mewah keluaran Victoria’s Secret. Bra yang diberi nama Bombshell Fantasy Bra itu berharga 2 juta dollar AS .Wanita berusia 29 tahun ini memamerkan bra itu. Bra tersebut bertakhtakan 3.000 berlian putih 60 karat, safir biru muda, dan topas berbentuk oval. Total, 142 karat. "Ini benar-benar sebuah karya seni," kata Lima mengenai bra rancangan Damiani Jewelers itu. "Saya suka berlian. Berlian selalu menjadi sahabat perempuan!" lanjutnya.

Lima mengatakan pula, bra tersebut selesa dikenakan. "Ini sangat selesa, selesa," ujar ibu satu anak tersebut kepada Reuters Television.

Pada 2008, Lima menjadi model Black Diamond Miracle Bra keluaran label yang sama berharga lima juta dollar AS.

WANITA TERKEJUT DI KEPUNG DUA JET TENTERA AS

WANITA TERKEJUT DI KEPUNG DUA JET TENTERA AS

Wanita terkejut dikepung dua jet tentera AS


LAURA JOSEPH


SEATTLE, Amerika Syarikat (AS) - Seorang penumpang di dalam sebuah pesawat ringan yang menceroboh ruang udara dekat pesawat rasmi Presiden AS, Air Force One yang membawa Presiden Barack Obama, terkejut apabila mendapati dia dikepung oleh dua jet tentera.

Menurutnya, pencerobohan tersebut tidak disengajakan.

Susulan kejadian itu, pihak tentera menghantar dua jet pejuang yang mengeluarkan bunyi bising sehingga mengejutkan penduduk sekitarnya di Washington Barat.

Penumpang berkenaan, Laura Joseph berkata, ketika kejadian, pesawat jenis Cessna 180 yang dinaikinya sedang menuju ke sebuah pangkalan terbang di Tasik Washington, dekat bandar raya ini selepas berlepas dari Tasik Chelan, di Washington Timur.

Wanita itu memberitahu, dia dan juruterbang, Lee Daily, tidak mengetahui mengenai kunjungan Obama atau larangan terbang yang dikenakan berhubung lawatan Presiden AS itu.

"Saya melihat sebuah jet pejuang terbang melintas. Ketika itu saya terfikir agak ganjil melihat sebuah pesawat tentera dalam jarak sebegini dekat," katanya.

Wanita itu dan juruterbangnya telah disoal siasat oleh ejen-ejen Perkhidmatan Rahsia yang melindungi Obama selepas mereka mendarat tetapi kedua-duanya dibebaskan setelah pihak berkuasa mendapati insiden itu berlaku dengan tidak disengaja. - AP

RUMAH KAYU ZAMAN BATU DI TEMUI


SEJUMLAH serpihan kayu ditemui yang dipercayai runtuhan sebuah rumah berusia 10,500 tahun di Flixton, Britain, baru-baru ini.

FLIXTON, Britain - Sebuah tapak yang merupakan rumah kayu manusia zaman batu ditemui di sini yang dipercayai berusia 10,500 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Sekumpulan ahli arkeologi dari Universiti Manchester, membuat penemuan itu baru-baru ini.

Para penyelidik percaya lantai rumah itu mengandungi lantai yang terdiri daripada lapisan rumput.

Menurut seorang penyelidik, Dr Chantal Conneller dari Universiti Manchester, rumah itu mungkin digunakan selama 200 tahun hingga 500 tahun.

"Anda boleh menempatkan tiga atau empat orang di dalam rumah itu. Ia mungkin satu struktur ritual kerana terdapat bukti terdapat aktiviti ritual di tapak ini," katanya. - Agensi

BANGKAI PESAWAT MALAYSIA TERHEMPAS 20 TAHUN LALU DITEMUI

BANGKAI PESAWAT MALAYSIA TERHEMPAS 20 TAHUN LALU DITEMUI

JAKARTA: Bangkai pesawat yang dilapor di temui di pergunungan Aceh Besar Selasa lalu belum disahkan sebagai pesawat dari Malaysia yang dilaporkan hilang di kawasan itu lebih 20 tahun lalu.

Konsul Jeneral Malaysia di Medan, Norlin Othman berkata, setakat ini Polis Aceh hanya mengesan dari udara terdapat bangkai pesawat di kawasan pergunungan itu dan mereka belum memastikan jenis pesawat atau dari negara mana pesawat berkenaan.


"Kepastian hanya akan diketahui selepas pasukan polis Aceh dapat mengesannya di darat. Perjalanan ke lokasi itu dikatakan akan mengambil masa dua hari dua malam dengan berjalan kaki.


"Bila operasi itu akan dijalankan, kita belum tahu kerana pada masa ini kawasan Aceh sedang mengalami keadaan angin kencang," katanya ketika dihubungi hari ini Norlin berkata, Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Medan akan terus berhubung dengan Polis Aceh bagi mendapatkan pengesahan sebelum mengambil langkah seterusnya.


Beliau diminta mengulas mengenai laporan sebuah akhbar tempatan Aceh yang menyebut mengenai penemuan bangkai pesawat itu, yang dikatakan turut mengandungi rangka manusia di dalamnya.


Norlin berkata, setakat ini Polis Acheh belum dapat mengesahkan sama ada terdapat rangka manusia dalam bangkai pesawat itu selagi mereka belum menemuinya.


Berdasarkan rekod, dua pesawat dari Malaysia dilaporkan terhempas di Aceh iaitu sebuah pesawat kecil Twin Otter pada tahun 1989 dan sebuah pesawat Skyvan pada tahun 1993, yang dikatakan belum ditemui kerana pesawat berkenaan dipercayai terhempas dalam hutan tebal.-Bernama

LARISSA TETAP AKAN BERBOGEL UNTUK RAKYAT PARAGUAY


"Saya tetap akan berbogel demi pasukan bola Paraguay dan rakyat.Itu adalah janji saya sebelum ini...walau pun negara kami kalah tapi saya tetap akan berbogel sebagai balasan kepada Pasukan bola sepak Paraguay" ujar Pelakon dan Model terkenal Paraguay Larissa Riquelme.Beliau menjadi terkenal seluruh dunia kerana publisiti telanjangnya semasa Piala Dunia berlangsung.

Dinegara kelahirannya ,namanya memang sudah popular tetapi semakin terkenal di arena antarabangsa semasa Piala Dunia 2010 Arika Selatan dengan publisiti murahannya itu.

Tumpuan kepadanya mula tercetus ketika ia meraikan gol Pasukan Paraguay dengan handset Nokia nya berada betul-betul dicelah payudaranya itu.Belia juga adalah model bagi produk penyembur deodoran berjenama EXE yang terukir di payudaranya.

Larissa berkata yang ia akan berlari bertelanjang bulat dijalanraya Asuncion,Ibu negara Paraguay.Tarikh lariannya itu bagaimana pun belum ditentukan.Beliau meminta para rakyat Paraguay supaya bersabar menanti.

SEPANYOL JUARA PIALA DUNIA 2010



JOHANNESBURG – Sepanyol muncul Juara Piala Dunia pertama di bumi Afrika apabila menewaskan Belanda 1-0 menerusi jaringan Andres Iniesta pada minit ke-166 masa tambahan.

Kedua-dua pasukan terikat 0-0 pada separuh masa pertama.

Tindakan pengadil England, Howard Webb melayangkan kad merah kepada pertahanan Belanda, John Heitinga pada minit ke-109 menjadi detik kejatuhan ‘The Flying Dutchman’.

JADI BISU KERANA TIUP TROMPET PIALA DUNIA


CAPE TOWN - Seorang wanita kulit putih Afrika Selatan, Yvonne Mayer, 29, hilang suara selama dua hari selepas meniup trompet tradisi masyarakat negara itu, vuvuzela pada satu parti jalanan Piala Dunia 2010 di Fan Park di sini baru-baru ini.

Dia yang bekerja sebagai jurujual insurans tempatan diberitahu seorang doktor ketika mendapatkan rawatan di Hospital Medi-Cross di sini yang mendapati tekaknya pecah namun, pegawai perubatan menasihatkan Mayer untuk tidak makan dan minum dalam tempoh 48 jam.

"Ini kali pertama saya meniup trompet popular itu Isnin lalu dan kemudian langsung tidak boleh bercakap. Pada mulanya saya menyangka tertelan kumbang sebelum doktor yang memeriksa tekak saya mendapati ia sudah pecah," katanya.

Akibatnya, Mayer terpaksa berpuasa maraton dua hari untuk mengembalikan semula tisu tekak menjadi pulih manakala Dr. Scott Barker yang merawat wanita itu menyifatkan ia kes pertama seumpamanya disebabkan meniup vuvuzela. - Agensi

Penaja

insan yang cintakan ilmu

Pengikut