Memaparkan catatan dengan label Global. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Global. Papar semua catatan
'BURUNG' KANAK-KANAK UMUR 2 TAHUN DIPOTONG UNTUK SEKS

'BURUNG' KANAK-KANAK UMUR 2 TAHUN DIPOTONG UNTUK SEKS

Beijing, Mengerikan! Seorang kanak-kanak lelaki di China mengalami kejadian yang aneh dan mengerikan. Kemaluan nya dipotong untuk dijadikan ubat kuat seks.Kanak-kanak berrusia 2 tahun ini dipotong oleh orang tidak dikenali ketika di taman permainan.
Keluarga kanak-kanak ini sangat hairan dengan insiden yang dialami anak lelakinya itu kerana tidak mempunyai musuh.Mereka berharap orang yang berlaku kejam keatas anaknya itu dapat diberkas dengan segera.

Insiden ini terjadi di wilayah Tianshu, Provinsi Gansu, China pada 6 Julai lalu.ketika itu anaknya sedang bermain seorang diri di luar rumah dan tiada sesiapa yang menyaksikan kejadian itu. Selepas kejadian itu mangsa dikejarkan ke hospital untuk rawatan dan masih menjalani rawatan selanjutnya.

Ketika ini hangat diceritakan masyarakat kampung bahawa 'burung' anaknya itu sengaja dipotong pelaku untuk dijadikan bahan ubat kuat seks lelaki.

Sumber: Detik.com

AKIBAT MANGKUK TANDAS PECAH,WANITA PARAH HAMPIR PUTUS KAKI



Malang tidak berbau !!! terjadi kepada seorang wanita yang menggunakan sebuah tandas awam di England .Semasa wanita tersebut melepaskan hajatnya tiba-tiba mangkuk tandas yang dibuat daripada seramik itu pecah secara tiba-tiba menyebabkan pehanya terbelah hampir putus.Wanita itu telah dikejarkan ke Hospital dengan bantuan penjaga tandas tersebut.

BRA BERNILAI DUA JUTA DOLLAR US


NEW YORK, — Adriana Francesca Lima, supermodel asal Brazil yang bertubuh seksi, sekali lagi dipilih menjadi model untuk bra mewah keluaran Victoria’s Secret. Bra yang diberi nama Bombshell Fantasy Bra itu berharga 2 juta dollar AS .Wanita berusia 29 tahun ini memamerkan bra itu. Bra tersebut bertakhtakan 3.000 berlian putih 60 karat, safir biru muda, dan topas berbentuk oval. Total, 142 karat. "Ini benar-benar sebuah karya seni," kata Lima mengenai bra rancangan Damiani Jewelers itu. "Saya suka berlian. Berlian selalu menjadi sahabat perempuan!" lanjutnya.

Lima mengatakan pula, bra tersebut selesa dikenakan. "Ini sangat selesa, selesa," ujar ibu satu anak tersebut kepada Reuters Television.

Pada 2008, Lima menjadi model Black Diamond Miracle Bra keluaran label yang sama berharga lima juta dollar AS.

WANITA TERKEJUT DI KEPUNG DUA JET TENTERA AS

WANITA TERKEJUT DI KEPUNG DUA JET TENTERA AS

Wanita terkejut dikepung dua jet tentera AS


LAURA JOSEPH


SEATTLE, Amerika Syarikat (AS) - Seorang penumpang di dalam sebuah pesawat ringan yang menceroboh ruang udara dekat pesawat rasmi Presiden AS, Air Force One yang membawa Presiden Barack Obama, terkejut apabila mendapati dia dikepung oleh dua jet tentera.

Menurutnya, pencerobohan tersebut tidak disengajakan.

Susulan kejadian itu, pihak tentera menghantar dua jet pejuang yang mengeluarkan bunyi bising sehingga mengejutkan penduduk sekitarnya di Washington Barat.

Penumpang berkenaan, Laura Joseph berkata, ketika kejadian, pesawat jenis Cessna 180 yang dinaikinya sedang menuju ke sebuah pangkalan terbang di Tasik Washington, dekat bandar raya ini selepas berlepas dari Tasik Chelan, di Washington Timur.

Wanita itu memberitahu, dia dan juruterbang, Lee Daily, tidak mengetahui mengenai kunjungan Obama atau larangan terbang yang dikenakan berhubung lawatan Presiden AS itu.

"Saya melihat sebuah jet pejuang terbang melintas. Ketika itu saya terfikir agak ganjil melihat sebuah pesawat tentera dalam jarak sebegini dekat," katanya.

Wanita itu dan juruterbangnya telah disoal siasat oleh ejen-ejen Perkhidmatan Rahsia yang melindungi Obama selepas mereka mendarat tetapi kedua-duanya dibebaskan setelah pihak berkuasa mendapati insiden itu berlaku dengan tidak disengaja. - AP

RUMAH KAYU ZAMAN BATU DI TEMUI


SEJUMLAH serpihan kayu ditemui yang dipercayai runtuhan sebuah rumah berusia 10,500 tahun di Flixton, Britain, baru-baru ini.

FLIXTON, Britain - Sebuah tapak yang merupakan rumah kayu manusia zaman batu ditemui di sini yang dipercayai berusia 10,500 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Sekumpulan ahli arkeologi dari Universiti Manchester, membuat penemuan itu baru-baru ini.

Para penyelidik percaya lantai rumah itu mengandungi lantai yang terdiri daripada lapisan rumput.

Menurut seorang penyelidik, Dr Chantal Conneller dari Universiti Manchester, rumah itu mungkin digunakan selama 200 tahun hingga 500 tahun.

"Anda boleh menempatkan tiga atau empat orang di dalam rumah itu. Ia mungkin satu struktur ritual kerana terdapat bukti terdapat aktiviti ritual di tapak ini," katanya. - Agensi

Penaja

insan yang cintakan ilmu

Pengikut