ZARINA ZAINUDIN TABAH BESARKAN ANAK KEMBAR AUTISME

 

   Gaya, penampilan,Pemakaian dan raut wajah pasangan kembar ini tidak ubah sama seperti remaja lain yang sedang meningkat dewasa.
          Wajahnya begitu bersahaja dan langsung tidak nampak sebarang kekurangan pada mereka.Namun sebalik 'kesempurnaan itu' mereka sebenarnya anak istimewa yang menghidap masalah autisme.
          Bagi yang tidak mengenali mungkin mencemuh melihat perangai mereka mereka seakan budak nakal,tetapi jika mengetahui mereka adalah anak kepada selebriti Zarina Zainudin,sedikit sebanyak pasti ingin mengetahuinya..
         Zarina mengetahui bukan mudah menjaga anak autisme terutama apabila dikelilingi masyarakat yang kurang pengetahuan mengenai autisme.
         Itulah yang dirasai oleh Zarina ketika menjaga anak bujang kembarnya,iaitu Muhammad Razil Azrai (Razil) dan Muhammad Raizal Azrai,20 (Raizal).
         Biar pun naluri keibuanya ingin melepaskan mereka seperti anak remaja lain,namun dek kerana keterbatasan,pergerakan perlu dikawal bagi megelakkan kejadian yang tidak diingini.
        Tanya saja apa cabaran yang tidak pernah berlaku,malah bermacam-macam perkara pahit sudah dilui sepanjang meniti fasa kedewasaan .Anak hilang,dimaki orang,tidak dihiraukan ketika bersekolah semuanya sudah dirasai.
       Ada ketikanya,Zarina sedih dengan sikap sesetengah orang yang tidak memahami situasi anaknya."Siapa boleh bersabar jika anakwalhal anda tahu itu bukan sengaja dilakukan mereka.Baru-baru ini ,Razil secara tiba-tiba minum air orang lain dan terus dimaki."Tolonglah,lihat dulu dan jangan terus bertindak memarahi mereka.Saya boleh membayar apa ja yang anak lakukan,tetapi tolong fahami dan jangan melulu memarahi mereka ."Katanya ketika ditemui dirumahnya,baru-baru ini.
      Orang mudah menghukum insan seperti anaknya kerana mereka tidak pernah berada ditempatnya dan tidak merasai apa yang dilalui dan tidak mengetahui apa itu Autisme.Melihat situasi itu,Zarina sentiasa berhati-hati dalam memberi kebebasan  pada anak kembarnya yang mempunyai karakter berbeza.
     Razil dikategorikan sebagai hiperaktif,sukar dikawal,moodnya tidak boleh diangka ,tidak boleh membaca dan berkomunikasi berbanding adiknya Raizal yang mengalami autisme sederhana.Dalam kenyataan anaknya begitu.Zarina bersyukur kerana Raizal diibaratkan sebagai pembantu peribadinya dalam apa juga situasi dan di mana-mana saja membabitkan abangnya kerana memiliki sikap pelindung dan bijak memainkan peranannya sebagai adik.Razil pernah terlepas pegangan adiknya dan menyebabkan mereka berdua hilang dipusat membeli belah.
    " Perhubungan saya dengan Madu adalah baik dan beliau sentiasa kerumah membantu.Anak-anak saya memanggil Madu saya mama"katanya yang turut mengusahakan perniagaan makanan secara kecil-kecilan dan produk kosmetik.Tiada apa yang beliau harapkan kecuali setiap insan lebih peka kepada masalah autisme ini dan tidak mudah menunding jari menuduh membuta tuli jika berlaku sesuatu kejadian diluar dugaan.
    
       

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Penaja

insan yang cintakan ilmu

Pengikut