ASRAMA merupakan tempat tinggal yang disediakan oleh kerajaan dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia.Asrama juga tempat pengumpulan pelajar-pelajar cemerlang dari seluruh pelusuk negeri bertujuan supaya para pelajar dapat mengulangkaji pelajaran dengan selesa .Menu yang disediakan oleh Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia adalah amat lazat serta mengikut sukatan yang ditentukan.Manakala kelengkapan perabot yang disediakan juga memang memuaskan dan selesa dan dihiasi landskap yang indah.
Bagi penghuni asrama yang diantaranya dari keluarga berpendapatan rendah ,semasa berada diasramalah tempat mereka menjamah makanan yang lazat yang susah disediakan oleh keluarga mereka.
Pada tahun 2010 ini ,Kerajaan telah mangambil inisiatif baru dengan mengambil dasar penjimatan berbelanja untuk keperluan semasa.Pihak berkenaan menetapkan supaya Wang Lebihan Asrama digunakan hanya untuk pembayaran utiliti sahaja dengan ini akan membantutkan kelancaran program-program yang dirancang.
Seperti Kelas Tambahan (Kelas Malam)sudah tidak boleh lagi adakan kerana masalah kewangan,tapi mungkin ia boleh dibuat disiang hari di ajar oleh guru secara percuma.
Tapi yang paling membimbangkan adalah kelas Al-Quran.Tiadanya kelas Al-Quran akan melahirkan lebih ramai yang buta Al-Quran dimasa hadapan.Kelas Al-Quran mesti diajar oleh orang yang berkenaan sahaja mungkin tidak semua guru yang pakar untuk mengajar Al-Quran.Dengan itu peruntukan Khas untuk kelas ini mesti diadakan supaya pelajar tidak rugi.