BUKTI ANDA SEORANG WANITA



Haid juga dikenali sebagai menstruasi.Ia menunjukkan anda kini menjadi seorang wanita.
Apabila haid berlaku anda akan mengalami pendarahan dari faraj .Haid yang berlaku adalah berbeza dari seorang wanita dengan wanita lain.Setiap kitaran haid adalah selama 3-7 hari .Tempoh antara sebuah kitaran haid ke kitaran seterusnya adalah berbeza iaitu di antara 21-35 hari.

Kanak-kanak perempuan akan mengalami haid pada purata umur 10 tahun.Menstruasi bermula apabila sistem pembiakan telah matang.Ia berlaku dari hasil tindak balas hormon yang berinteraksi dengan tubuh badan anda.Apabila mengalami haid anda mungkin Sindrom Pra Mentruasi (PMS) Ia berlaku beberapa hari sebelum anda didatangi haid .Anda mungkin mengalami cepat marah ,rasa sedih dan kecewa serta keinginan yang kuat terhadap sesuatu.Anda juga merasa sebu dan sembab,sedikit sakit pada payudara dan jerawat mula timbul.Ini hanyalah sementara sahaja dan anda akan berasa lebih baik sehari dua selepas anda didatangi haid.

Jika berlakunya haid yang terlalu banyak ,ia mungkin berlaku akibat tidak keseimbangan hormon .Apabila anda mendapat haid yang banyak ,anda mengalami pendarahan yang berpanjangan,sengugut,haid yang kerap dalam tempoh yang pendek dan sebaiknya jumpalah dengan doktor jika mengalami haid yang terlalu banyak.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Penaja

insan yang cintakan ilmu

Pengikut