Memaparkan catatan dengan label Pendidikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pendidikan. Papar semua catatan

SK PASIR AKAR JOHAN MSSDB 2011



Sempena Kejohanan Olahraga MSSDB 2011 yang berlangsung dari 2 hingga 4 Mac 2011 bertempat di SMK Nasiruddin Sahah Besut Terengganu,Sekolah Kebangsaan Pasir Akar Hulu besut telah berjaya menjuari pertandingan ini dengan 3 emas.Dengan menghantar 12 peserta acara 100 meter,200 meter,lompat jauh berpagar dan lari berganti-ganti telah dinobat sebagai johan dan merupakan satu sejarah yang cemerlang bagi sekolah ini kerana inilah kali pertama mencipta kegemilangan dalam sukan Olahraga setelah 42 tahun.Umpama mimpi dalam mimpi ,semoga SK pasir Akar semakin gemilang dan mantap.

Gambar/berita : http://skpasirakar.blogspot.com

PERMOHONAN MASUK SEKOLAH REMAJA HAMIL DIBUKA SEKARANG


Berita baik untuk pelajar-pelajar sekolah YANG HAMIL .Kepada anda yang berminat bolehlah buat permohonan masuk mulai sekarang.. tahniah kepada kerajaan negeri Melaka kerana menyediakan sekolah untuk remaja hamil,dan mereka tidak lagi ketinggalan dalam pelajaran.


MELAKA - Sekolah untuk remaja hamil dikenali sebagai Sekolah Harapan akan memulakan operasi esok walaupun sehingga kini masih belum mempunyai pelajar.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam (gambar) berkata, Sekolah Harapan sepatutnya mula dibuka hari ini namun ditunda esok kerana hari ini merupakan cuti umum Hari Malaysia.

"Walaupun belum ada pelajar, sekolah ini tetap akan dibuka bermula pukul 10 pagi Jumaat ini (esok).

"Kita akan buka sekolah ini dulu, selepas ini sesiapa yang berminat boleh membuat permohonan dan segala maklumat mereka akan dirahsiakan," katanya ketika ditemui pemberita di Seri Bendahara di sini semalam.

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME PENYELIA ASRAMA JABATAN PELAJARAN TERENGGANU DI CAMERON HIGHLAND 2010





Pada 28 Jun 2010 yang lalu,Penyelia Asrama Terengganu telah berkursus di Cameron Highland bertempat di Hotel Rossa Brinchang.Kursus yang berlangsung selama 3 hari 2 malam itu diketuai oleh Penyelia Asrama Kanan Jabatan Pelajaran Terengganu (JPNT),En.Abd.Halim bin Hassan.Kursus Penyelia Asrama Terengganu yang pertama kali pada tahun ini dihadiri serama 62 orang Penyelia Asrama .

Kursus Peningkatan Profesionalisme Penyelia Asrama ini membincangkan Pelarasan Bantuan Kewangan Asrama bagi tahun 2010 dan perkara yang berkaitan dengan asrama.Pada masa sama Penyelia-penyelia Asrama juga dibawa melawat tempat-tempat menarik disekitar Berinchang dan tanah rata termasuk kawasan penanaman Pokok strawberri milik MARDI Cameron Highland dan memberi peluang kepada peserta kursus membeli ole-ole untuk dibawa pulang.

WANG IHSAN KEPADA MURID SEKOLAH DIKAJI SEMULA



Pengagihan wang ihsan kepada murid sekolah dikaji semula

BACHOK - Pengagihan wang ihsan daripada kerajaan pusat kepada lebih 100,000 pelajar miskin di sekolah rendah di Kelantan yang membabitkan peruntukan RM20 juta akan dikaji semula.

Pengerusi Pengagihan Wang Ihsan Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata ini berikutan keputusan kerajaan untuk meneruskan semula bantuan di bawah Kumpulan Wang Amanah Pelajaran Miskin (KWAPM) yang ditangguh sebelum ini berikutan ekonomi negara semakin pulih.

"Kita tidak mahu mereka menerima bantuan sebanyak dua kali berturut-turut", kata kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata keputusan berhubung pengagihan wang ihsan kepada penerima lain akan diketahui dalam tempoh terdekat selepas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed mendapat kelulusan Kabinet.

Bagaimanapun, katanya peruntukan RM5 juta untuk membantu keluarga yang menjadi mangsa bencana alam seperti ribut dan banjir serta waris kepada satu keluarga yang maut dalam kemalangan jalan raya akan diteruskan.-Bernama

JANGAN JADIKAN SIJIL BERHENTI SEKOLAH PELAJAR TEMPAT MENGHUKUM


DEK kerana ulasan pengetua yang tidak munasabah, hasrat untuk memasuki institusi pengajian tinggi terbantut.
TERBANTUT...walaupun memperoleh keputusan cemerlang, ulasan yang ditulis pada sijil berhenti sekolah boleh membantutkan hasrat pelajar melanjutkan pelajaran. - Gambar hiasan

KONTROVERSI...ulasan dalam sijil berhenti sekolah yang menjadi pertikaian.


Itulah dilema 22 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Yan apabila dilabel sebagai murid tidak berdisiplin dalam sijil berhenti sekolah walaupun tidak melakukan kesalahan serius sepanjang tempoh persekolahan.


Lebih mengejutkan, ada antara mereka pernah menyertai acara sukan hingga berjaya mewakili negeri, tetapi sumbangan berkenaan tidak diiktiraf kerana tidak dicatat dalam sijil berkenaan.


Mengapa perkara ini boleh berlaku? Bukankah sepatutnya sijil berhenti sekolah ditulis dan diberi ulasan oleh guru kelas bukannya pengetua? Apakah tindakan pengetua itu wajar? Dalam keadaan sebegitu, apakah yang harus dilakukan atau apakah langkah yang perlu diambil pelajar supaya mereka boleh melanjutkan pelajaran? Yang Dipertua (YDP) Persatuan Kebangsaan Pengetua Malaysia, Azam Md Atan, berkata perkara berkenaan tidak seharusnya berlaku kerana ia membabitkan masa depan pelajar.


Katanya, pelajar yang melakukan kesalahan sudah diberikan hukuman sama ada menerusi tindakan disiplin atau gantung sekolah .


"Sejahat atau senakal mana pun pelajar itu, tindakan memberi ulasan yang tidak munasabah bukanlah cara menghukum mereka.

"Ini kerana tindakan sewajarnya sudah diambil setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan.


"Justeru, pengetua perlu rasional dalam mengambil sebarang keputusan dan bukan menganiaya serta merosakkan masa depan mereka," katanya.


Sebagai pengetua, kata Azam, mereka perlu bimbing pelajar yang membuat kesalahan dan bukannya merosakkan masa depan mereka.


"Pelajar memang tidak lari dari membuat kesilapan dan tindakan sewajarnya harus dikenakan supaya mereka menginsafi kesalahan mereka itu.


"Tetapi menulis ulasan yang boleh merosakkan masa depan pelajar tidak wajar. Justeru, saya berharap, perkara ini tidak akan berulang dan pengetua akan lebih rasional dalam hal-hal seperti ini," katanya.

Penaja

insan yang cintakan ilmu

Pengikut