Memaparkan catatan dengan label Penderaan/seksual/bunuh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Penderaan/seksual/bunuh. Papar semua catatan

PARAH!!! SI TUA BANGKA BUAT VIDEO LUCAH SENDIRI DI RUMAH DENGAN ORANG GAJI




BESUTKITO:  Pelakuan jijik seorang warga emas yang menjadikan pembantu rumahnya sebagai hamba seks berjaya dibongkar selepas polis menahan seorang lelaki berusia 69 tahun di rumahnya di USJ 2, di sini, Rabu lalu.
Lebih jijik lagi, suspek tergamak merakam adegan hubungan seks dilakukan bersama mangsa yang kemudian disimpan dalam kad memori miliknya.
Difahamkan, mangsa seorang wanita warga Indonesia berusia 25 tahun sudah bekerja dengan suspek sejak empat tahun lalu  dan tinggal di rumah itu bersama isteri suspek yang lumpuh serta seorang lagi pembantu warga Indonesia.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, hasil maklumat dan risikan, pihaknya menahan suspek dan seorang anak perempuannya selepas dipercayai terbabit dengan kes memperdagangkan orang bagi tujuan eksploitasi.
Hasil siasatan seterusnya, anak perempuan suspek dibebaskan dengan jaminan polis bagaimanapun bapanya direman sehingga hari ini.
Seorang lagi pembantu rumah warga Indonesia yang didapati bekerja dengan suspek sejak Ogos tahun 2012 ditahan kerana didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan diri sah.
Beliau berkata, mangsa pernah menerima wang gaji sebanyak RM5,000 daripada suspek yang dihantar ke negara asalnya sekali sepanjang empat tahun bekerja.
“Mangsa dipercayai dijadikan hamba seks sejak empat tahun lalu, dia dihantar ke Kedutaan Indonesia sebelum ke rumah perlindungan saksi di Johor Bahru untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, petang tadi.
Mohammad Azlin berkata, polis merampas cakera keras, tujuh kad memori dan dua cakera padat (CD) yang dipercayai mengandungi rakaman seks suspek bersama mangsa.
“Barang kes dihantar ke Jabatan Forensik di Cheras untuk siasatan isi kandungan dan kertas siasatan akan disiapkan dalam tempoh terdekat," katanya kes disiasat bawah Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Orang (ATIP) 2007.

JANDA MUDA BERGETAH KENA LACUR


Janda muda kena lacur

AYER KEROH - Niat asalnya mahu mencari rezeki halal selepas kematian suami untuk keluar daripada kepompong kemiskinan dan menyara anak tunggal.

Namun malang bagi seorang janda muda warga Vietnam apabila dia ditipu dan dijadikan pelacur di negara ini.

Disebabkan tidak tahu berbahasa Inggeris dan Melayu, janda muda itu tidak tahu di mana mahu meminta bantuan sehinggalah dia tertangkap ketika melacur.

Bui Thi Truc, 24, dijatuhi hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas didapati bersalah melakukan aktiviti persundalan.

Dia juga diarahkan Majistret Muzila Mohamed Arsad dihantar pulang semula ke negara asalnya selepas menjalani hukuman penjara.

Ibu kepada seorang kanak-kanak perempuan itu didapati bersalah kerana mencari langganan bagi maksud persundalan pada 18 Mei lalu, kira-kira jam 9 malam, di rumah bernombor 6-13, Blok Champhor Pangsapuri Garden City, Ujong Pasir, dekat sini.

Thi Truc disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 372(B) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak lebih setahun atau denda atau kedua-duanya.

ISRAEL JAHANAM GARI TANGAN WALAUPUN KE TANDAS


BANDAR KUWAIT - Seramai 18 orang aktivis warga Kuwait yang dibebaskan semalam selepas ditangkap pihak berkuasa Israel pada Isnin lalu dalam serangan di sebuah kapal bantuan ke Gaza mendakwa pasukan komando rejim Zionis melepaskan tembakan tanpa memberi sebarang amaran.

Aktivis-aktivis itu termasuk seorang Ahli Parlimen Kuwait, Waleed al-Tabtabai dan enam orang wanita diterbangkan menggunakan sebuah pesawat kerajaan Kuwait dari Jordan selepas mereka keluar dari Israel dengan menaiki bas semalam.

Beliau memberitahu, sekurang-kurangnya dua aktivis bantuan kemanusiaan mati akibat ditembak komando Israel dari bot dan helikopter.

"Komando Israel naik ke atas bot selepas berlakunya pembunuhan. Kami melawan dengan menggunakan tangan untuk mempertahankan diri kerana tidak mempunyai senjata. Ini adalah jenayah seperti lanun," katanya.

Sementara itu, seorang peguam, Mubarak al-Mutawa yang turut berada di atas kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza, Mavi Marmara berkata: "Komando-komando Israel mula melepaskan tembakan tanpa memberi amaran. Mereka (komando-komando itu) telah membunuh beberapa orang sukarelawan sebelum beberapa komando lagi mendarat di atas kapal," kata seorang peguam, Mubarak al-Mutawa yang turut berada di atas kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza, Mavi Marmara.

Seorang aktivis muda, Ali Buhamd mendakwa dia melihat seorang askar Israel menembak kepala seorang warga Turki yang cedera.

Askar itu juga membiarkan seorang lagi warga Turki yang cedera mati akibat pendarahan.

Namun, Israel menyalahkan aktivis-aktivis di atas kapal Mavi Marmara ekoran insiden serbuan di perairan antarabangsa itu dengan menyatakan anggota-anggota tentera diserang terlebih dahulu.

Pihak Israel mendakwa anggota-anggota tentera diserang sebaik sahaja mendarat di kapal yang menyebabkan seramai sembilan orang terbunuh.

"Saya boleh pastikan bahawa tiada siapa pun daripada sukarelawan ini memiliki senjata api.

"Kami tidak bersenjata selain daripada peralatan dapur. Sukarelawan tidak memulakan sebarang tentangan," kata Mubarak.

Dua orang aktivis wanita, al-Abduljader dan Senan al-Ahmad memberitahu mereka telah digari dan dilayan dengan buruk oleh pihak berkuasa Israel selain terpaksa ke bilik air dengan tangan masih bergari di sebuah penjara.

Insiden yang berlaku pada awal pagi itu di Laut Mediterranean telah mencetuskan kritikan antarabangsa terhadap Israel.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu tunduk pada tekanan antarabangsa apabila 680 aktivis dari pelbagai negara asing yang ditahan selepas serangan ke atas enam buah kapal bantuan Gaza pada Isnin lalu dibebaskan dan diusir dari negara berkenaan semalam.

Sebelum dibebaskan, mereka ditahan di sebuah penjara di selatan Israel.

Keputusan untuk membebaskan aktivis-aktivis asing itu dibuat oleh Perdana Menteri Israel pada malam kelmarin. - Agensi

KES DERA SYAFIA,LEBIH SEORANG TERLIBAT


KUALA LUMPUR – Polis percaya terdapat lebih daripada seorang individu yang terlibat dalam kes penderaan hingga mengakibatkan kematian seorang kanak-kanak perempuan, Syafia Humairah Sahari, 3, dalam kejadian di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali, dekat sini, Khamis lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, DSP Bakhtiar Rashid berkata, siasatan awal mendapati suspek utama, yang kini ditahan reman tujuh hari, tidak melakukan pembunuhan berseorangan tetapi kemungkinan melibatkan sekurang-kurangnya lima individu lain.

"Siasatan awal mendapati terdapat dua kemungkinan iaitu individu-individu itu turut terlibat mendera Syafia atau mereka tidak melakukannya, tetapi mengetahui kanak-kanak terbabit telah didera.

"Bagaimanapun polis sedang mengesan kesemua mereka yang disyaki terlibat termasuk bapa suspek untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, polis juga akan memanggil ibu kanak-kanak itu, Nurhanim Aziz, dalam tempoh terdekat untuk diambil keterangannya.

Diminta mengulas kebarangkalian mangsa adalah anak kepada suspek, Bakhtiar enggan mengulas lanjut dan berkata, tiada sebarang ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan bagi mengesahkan perkara itu.

"Saya tidak boleh kata ya atau tidak kerana belum ada pihak yang meminta ujian DNA dilakukan bagi mendapatkan pengesahan berhubung perkara itu.

“Namun, hal ini akan dipertimbangkan selepas polis merujuk kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengenai laporan yang mendakwa ibu mangsa bersekedudukan dengan teman lelakinya (suspek),” katanya.

Bakhtiar turut kecewa apabila tiada saksi tampil memberikan maklumat sejurus selepas kejadian itu berlaku dan beliau meminta mereka yang mempunyai maklumat supaya berbuat demikian.

Syafia Humairah meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kuala Kubu Baharu setelah mengalami pendarahan di otak dan pecah pada bahagian abdomen.

Jenazah mangsa telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuang, Sungai Buloh, petang semalam. – Bernama
IBU KEJAM , KEKASIH DAJAL AKAN BERDEPAN KES BUNUH DAN BERSEKEDUDUKAN

IBU KEJAM , KEKASIH DAJAL AKAN BERDEPAN KES BUNUH DAN BERSEKEDUDUKAN

KUALA LUMPUR – Pemandu teksi, yang berdepan dengan tuduhan membunuh kerana dipercayai mendera sehingga mati anak perempuan teman wanitanya, juga bakal dihadapkan ke mahkamah syariah kerana bersekedudukan dengan ibu mangsa sehingga melahirkan seorang anak luar nikah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, DSP Bakhtiar Rashid berkata, polis akan merujuk lelaki berumur 28 tahun itu dan ibu mangsa, 25, ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk tindakan lanjut setelah didapati tidak berkahwin tetapi hidup bersama sehingga mempunyai seorang anak berusia setahun enam bulan hasil perhubungan selama enam tahun.

"Ibu mangsa masih belum bercerai dengan suaminya, tetapi berlagak seperti sepasang suami isteri dengan suspek,” katanya di sini, hari ini.

Semalam, kanak-kanak perempuan, Syafia Humairah Sahari, 3, dilaporkan mati dipercayai akibat didera oleh teman lelaki ibunya di rumah mereka di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali dekat ini, pada Khamis lepas.

Bakhtiar berkata, suspek itu kini ditahan reman tujuh hari sehingga 4 Mac ini di lokap Balai Polis Kuala Kubu Baru bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Katanya, polis akan memohon untuk melanjutkan reman sehingga 14 hari terhadap suspek bagi menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Selain itu, katanya, suspek juga positif dadah setelah ujian air kencing diambil semasa dalam tahanan.

Bakhtiar berkata, polis juga akan menahan enam individu termasuk ibu mangsa dan saksi di tempat kejadian yang mempunyai kaitan dengan kes kematian kanak-kanak perempuan itu.

"Kita akan membuat tangkapan secara menyeluruh termasuk kemungkinan menahan emak (ibu mangsa) yang melakukan perbuatan sama mendera anaknya itu.

“Saksi akan turut diambil keterangan berikutan ada beberapa orang yang melihat kejadian berlaku tetapi tidak melaporkan kepada polis,” katanya.

Selain itu, katanya, polis akan mengambil keterangan bapa mangsa yang kini ditahan reman tanpa boleh dijamin di Penjara Sungai Buloh sejak 2006.

Bakhtiar berkata, hasil bedah siasat ke atas mayat Syafia Humairah di Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) pada 10.30 pagi ini mendapati kematian kanak-kanak itu adalah akibat kecederaan serius berikutan terdapat pendarahan di otak dan pecah pada bahagian abdomen.

"Hasil bedah siasat yang dijalankan juga mendapati terdapat penderaan berterusan pada badan mangsa. Ada kesan-kesan kecederaan luaran yang baru dan lama dilakukan dipercayai dipukul oleh benda keras.

"Pada bahagian belakang tubuh badan mangsa pula terdapat lebam selain leher, pipi dan bahunya,” katanya.

Menurutnya, keluarga ibu mangsa telah menuntut mayat kanak-kanak itu dari Bilik Mayat HKKB pada kira-kira 1.30 petang tadi dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuang, Sungai Buloh petang ini. – BernamaBukan sahaja berdepan kes bunuh, tetapi bersekedudukan
BAYI LIMA BULAN MATI DILIWAT,IBU BAPA DIREMAN

BAYI LIMA BULAN MATI DILIWAT,IBU BAPA DIREMAN

PETALING JAYA 6 Feb. – Seorang bayi lelaki berusia lima bulan mati dipercayai akibat didera dan diliwat.

Sehubungan itu, sepasang suami isteri ditahan di tanah perkuburan Islam di Sungai Buloh sebaik selepas pengkebumian bayi pertama mereka itu Isnin lepas, kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed.

Beliau berkata, bayi itu dibawa ke Hospital Sungai Buloh oleh pasangan yang masing-masing berusia 33 dan 19 tahun itu pada malam 31 Januari lalu kerana mendakwa bayi mereka tidak sihat.

"Menurut ibu bayi itu, anaknya masih hidup ketika mereka tiba di hospital tetapi doktor yang memeriksanya mengesahkan bayi itu telah mati.

"Bedah siasat dijalankan sejurus selepas itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis polis bersama masyarakat di Subang Perdana di sini, hari ini.

Beliau berkata, ibu berusia 19 tahun itu membuat laporan polis mengenai kematian bayinya di bit polis Hospital Sungai Buloh.

Arjunaidi berkata, siasatan lanjut polis mendapati bayi itu mempunyai kesan luka di seluruh badan dan dia turut diliwat.

Pasangan dari Sungai Buloh itu direman sehingga 1

Penaja

insan yang cintakan ilmu

Pengikut